CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23484|Reply: 13

Haji Abdul Rahman Limbong

[Copy link]
Post time 23-6-2007 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Haji Abdul Rahman Limbong dilahirkan pada sekitar tahun 1868.  Ibu beliau, Tun Tijah binti Tun Akut, dipercayai dari keturunan Tun Zain Indera, sementara bapanya, Haji Abdul Hamid, dikatakan berasal dari Patani.

Nama penuh Haji Abdul Rahman Limbong ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Abdul Kadir, manakala gelaran 揕imbong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2007 12:58 PM | Show all posts
Antara kejayaan terbesar Haji Abdul Rahman Limbong ialah apabila beliau berjaya membebaskan empat puluh tiga orang penduduk dari tuduhan membersihkan tanah dan bercucuk tanam tanpa kebenaran daripada kerajaan British. Kejayaan ini berpunca dari hujahnya yang menjelaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan bukannya hak negeri. Kejayaan ini telah menaikkan nama Haji Abdul Rahman Limbong.

      Haji Abdul Rahman Limbong juga telah berjaya menyatukan masyarakat tani yang terkenal dengan semangat kedaerahan. Mereka telah sanggup mengetepikan semangat kedaerahan ini yang telah dipupuk sejak dahulu lagi semata-mata bagi menentang ancaman luar.  Perpaduan ini telah berjaya membangkitkan semangat jihad dikalangan mereka bagi menuntut keadilan setelah dizalimi dengan system tanah kerajaan British.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2007 12:58 PM | Show all posts
Sebagai seorang ulama yang berpengaruh, sumbangan Haji Abdul Rahman tidak terhad kepada pengajaran ilmu agama sahaja. Beliau juga telah memberi sumbangan yang banyak dalam memperbaiki taraf ekonomi masyarakat Melayu setempat.

      Haji Abdul Rahman telah membuka kilang membuat kapur tohor dan bata di Losong dengan tujuan menggalak dan memberi peluang kepada orang Melayu menceburkan diri dalam bidang perusahaan. Konsep berbakti kepada tanah juga diperkembangkan oleh Haji Abdul Rahman kepada orang lain supaya mereka terus maju. Beliau mengesyorkan dipelbagaikan jenis tanaman, dan pernah menyuruh petani membersihkan dusun durian untuk ditanam dengan kapas, pisang dan padi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2007 12:59 PM | Show all posts
Sumbangan beliau dalam bidang politik pula telah menyelamatkan empat puluh tiga orang petani dari didenda oleh kerajaan. Kepakarannya dalam bidang Islam telah banyak membantu beliau berhadapan dengan wakil kerajaan dalam perbicaraan tersebut. Haji Abdul Rahman Limbong telah menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan bukannya hak negeri.

      Haji Abdul Rahman Limbong juga telah berjaya membangkitkan semangat jihad di kalangan masyarakat Islam di Ulu Terengganu. Masyarakat ini telah ditindas oleh system tanah (enakmen baru) kerajaan. Beliau juga telah berperanan sebagai Penasihat kepada ketua-ketua kebangkitan yang terlibat dalam kekacauan 1928. Ini telah menjadikan beliau semakin terbabit dalam penentangan menentang British.
      Haji Abdul Rahman Limbong, menerusi pengaruh kepimpinannya telah meneguhkan perpaduan dan kesatuan di kalangan masyarakat tani, sehingga atas dasar 揚erang Sabil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2007 01:24 PM | Show all posts
Pembuangan Negeri dan Kematian

Beliau telah dituduh bertanggungjawab mencetuskan tragedi pemberontakan kaum tani di Ulu Terengganu. Pada 23 Zulhijjah 1346 bersamaan 13 Jun, 1928 beliau telah di bawa   ke Singapura di letak di bawah jagaan Kerajaan Negeri Selat. Pada 29 Safar 1347, bersamaan 19 Ogos 1928 beliau telah di hantar ke Mekah dan segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan negeri.

Beliau meninggal di Mekah pada 14 Jamadil Akhir 1348 bersamaan 16 November 1929.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2007 01:26 PM | Show all posts

Surat Haji Abdul Rahman Limbong kepada anak muridnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-6-2007 01:26 PM | Show all posts

Pengisytiharan Buang Negeri Haji Abdul Rahman Limbong
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 11:47 PM | Show all posts
Seorang ulama ulung yang telah memimpin kebangkitan rakyat negeri Terengganu Darul Iman menentang penjajahan dan
kezaliman penjajah kafir British.

Al-Fatihah buat beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2007 08:33 AM | Show all posts
Aku tak tau sangat pasal Abdul Rahman Limbong ni.....tapi bila dah ada info ni barulah aku tau cite dierr.....thanks ya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2007 04:26 PM | Show all posts
nih projek mase fom 3. mule2 ingat british buang tuan guru dlm laut, tp rupenye tak.. hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 11:59 PM | Show all posts
sultan sulaiman ni lemah...bukan macam sultan zainal abidin III...zaman diorang pun dah takde tokku paloh...kalo tak inggeris dah lama perintah terengganu, lepas sultan zainal abidin III & tokku paloh mangkat 1919, baru inggeris bole masuk pelan2...

yg ikut pemberontakan dia ni bukan kecik2 orang, bole kata seluruh rakyat terengganu kecuali besut & bahagian utara terengganu sokong tok guru...

sepatutnye memang takde masalah kalo kerajaan nak kutip cukai tanah tapi masalahnye duit tu bukan dapat kat sultan tapi inggeris yg sapu
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 05:20 AM | Show all posts
Al-Fatihah untuk beliau
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 10:03 AM | Show all posts
Nama yg tak asing bagi generasi Ganu  yg terdahulu.
Namun semakin dilupakan.

Banyak cerita menarik tentang kisah hidup TG HARL.

Tak silap dalam satu buku cum tesis dari UKM.

Terimakasih TT.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 12:20 PM | Show all posts
kita ptut nama kan jalan2,bangunan2 atau ape2 landmark sempena pejuang2 ni...tok janggut,rahman limbong,rentap,dol said,maharaja lela
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.057229 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list