CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: arriesya

Meriam Lama..

[Copy link]
Post time 30-7-2010 03:49 PM | Show all posts
Yang kat atas tu meriam Belanda kalau x silap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 04:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 30-7-2010 17:05

Meriam Belanda


Waktu Belanda menduduki Kota Selangor dan Kota Tanjung mereka telah melengkapkan kedua-dua kota tersebut dan menambah beberapa pucuk meriam lagi buatannya yang dibawa dari Melaka...

Meriam yg dimaksudkan ini masih banyak lagi terdapat Kota Selangor... Panjangnya 8 kaki 8 inci, lilitan pangkal 4 kaki 8 inci, lilitan mulut 2 kaki 10 inci dan tebal bibir 3 inci...

5 pucuk meriam jenis ini terdapat di pinggir Kota Selangor berhampiran ngan umah Tuan Pegawai Daerah sekarang ini... Kelima-limanya terpelihara ngan baek sbg mengindahkan lg keadaan bukit tersebut...

Ada kemungkinan juga dtgnya meriam ini dari Johor atau Melaka. Jika diamat-amati meriam2 tersebut ada persamaan dgn meriam yg menjadik hiasan di muka pintu gerbang Kota A Famosa di Melaka. Sepucuk lagi meriam yg hampir sama ialah meriam Si Rambai di Fort Cornellis, di Pulau Pinang...

Setelah meneliti keadaan meriam jenis nie, ade persamaan ngan 2 pucuk meriam yg terdpt di Kampong Peranap, Kelate bersame-same Si Kuning n Si Hijau. D bhgian blkang meriam diberi berputing  bulat sbg tmpt memegang ketike diangkat...

D pertengahannya pule..diberi bertelinga kiri dan kanan sbg tmpt menyangkut pada landasan. Sebiji lubang bg kegunaan memasang api dibuat kira-kira 2 1/2 kaki dr pangkal.. Buatan jenih ni adlh lebey kemas...

Walau bagaimanepun... trdpt ckit perbezaan antara  Meriam Belanda d Bukit Kuale Selangor ngan Meriam Belandon yg terdpt di hadapan  Muzium Jakarta/Betawi.. Ukuran panjang n lilitan hmpir sama tp.. terdpt perbezaannya di bhg muncungna... Meriam di Betawi bertmbah spjng kire2 12 inci kehdp  n lebey kecil dr muncong asaina...

Sumber: Buku Sejarah Kuala Selangor tulisan Dato' Dr. Haji Yusoff bin Hassan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 30-7-2010 23:21

Meriam Kerajaan di Kuala Selangor

Satu drpd kesan Kerajaan Selangor yg masih boleh dijadikan bukti kewujudan permulaan politik Selangor di Kuala Selangor ialah adanya bbrapa pucuk meriam tinggalan Kerajaan Selangor...

Ada 5 jenih meriam lama yg masih terdpt di Kuala Selangor. Dipercayai meriam2 ini adlh d antra tinggalan Kerajaan Melayu Selangor, Belanda dan Inggeris...

Menurut cerite jumlah meriam dkedua2 kota nie ialah 102 pucuk. Keterangan yg sama juga terdpt dlm buku cendaramata Persatuan Sejarah Melayu terbitan thn 1973...

Tetapi apa yg tertulih d papan keterangan Bukit Selangor.. yg didirikan oleh Muzium Negara..menyebut.. semase Belandon mengalahkn Kuale Selangor mereka telah menawan 68 pucuk meriam. Ni bermakne sebhgian drpd meriam tersebut mungkin sempat dibawok lari oleh Sultan Ibrahim ke Bukit Raja di Permatang...

Iniloh yg menyebabkn kat ataih Bukit Raja tu ada beberapa pucok meriam..di antaranya buatan tangan Melayu dan Lela... Meriam2 nie ada persamaanna ngan meriam yang ado di Bukit Selangor n Bukit Tanjung...

Sumber: Sejarah Kuala Selangor...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 06:10 PM | Show all posts
Meriam Buatan Tangan


   Sejenis lagi meriam dipercayai buatan tangan d zmn Kerajaan Melayu terdpt juga di Kuala Selangor. Meriam jenih nie pjgnya lebey dr 5 kaki, lilitan pangkal ngan muncungnya hmpir sama besor... Begitu jugak keadaan x rata menunjukkan x ada alat mesin yg digunakan...

Dlm buku Kota-Kota di Tanah Melayu, yg dinyatakan oleh sorang ahli pelayaran Inggerih yg melarikan diri dr V.O.C, kemudiannya berkhidmat ngan Kapten Scott..menyebut..meriam-meriam yg ada di Kuala Selangor tu kurang baek...

Jenih ini hanya ada bbrape pucuk shj yg tinggal n boleh djumpai d ataih Bukit Raja Permatang..kira2 2 batu dari Kuale Selangor menyeberang Sg. Selangor... Ada kemungkinan meriam jenis ni dibeli atau dpt bantuan dr Kerajaan Perak kpd Selangor bg menghadapi Belandon atau perang saudara...

Ditebing Sg. Perak..meriam tersebut dinamakn Padam Pelita 1875. Tarikh nie sangat bersesuaian ngan tarikh perang saudara di Selangor..iaitu 1866-1874...

Meriam Padam Pelita ni diberi nama adlh berpandukan bhw apabile meriam nie berbunyi sume pelita2 disekitarnya akan terpadam...

Sumber: Buku Sejarah Kuala Selangor
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 03:46 PM | Show all posts
Xmustahil meriam boleh meletup sendiri... orang2 dulu kan banyak ilmu yg pelik2.. nie mesti berkaitan dengan jin. so x mustahil lah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.045020 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list