View: 2628|Reply: 2
|
Kenapa harus ada percanggahan?
[Copy link]
|
master_toolbox This user has been deleted
|
Assalamualaikum pada semua,
Saya melihat di setiap perbincangan berkaitan dengan Islam, harus dan mesti ada percanggahan sehingga berlaku satu ketidak sefahaman antara sesama islam. Walhal dunia Islam masa kini semakin terancam, generasi kita makin terjerumus ke kancah kesesatan dan agama kita diinjak2 seperti bangkai. Kita masih terus bergolak sesama sendiri cuba untuk menegakkan dan bertelagah tentang perkara2 yang bukan pokok.
Apa berlaku di palestin, Iraq, Afghanistan dan lain lain. Kenapa umat Islam hari ini yang bertuhankan ALLAH yang Maha Esa, Maha Kuasa, Maha Kaya dan segala MAHA itu.. ibaratnya tidak mendapat naungan dari Tuhan? Apa yang kurang? pernah kita fikir tak?. Sehinggakan satu dunia mengenal orang Islam sebagai pengganas. walhal agama yang Rasul bawa adalah agama kasih sayang, kenapa pada hari ini ia dikenali sebagai agama pengganas?. Itu gejolak yang berlaku di seluruh dunia. Jika itu terlalu besar untuk kita fikirkan, cuba kita fikirkan umat Islam sekeliling kita, pernah tak kita terfikir yang bahawa ada umat Islam ( yang mengaku islam, bernama Islam dan beribubapakan orang Islam) tidak tahu mengucap syahadah, lebih teruk lagi, mereka secara suka rela ingin keluar dari Islam. Kalau itu kita tak anggap satu yang dahsyat.. sebenarnya kita lah yang dahsyat.
Kalau kita berfikiran bahawa.. "tak pelaaa. itu orang lain, anak orang lain.. bukan anak aku.." itu amat bahaya.. kerana di masa akan datang, anak kita mungkin jadi begitu, kalau tidak pun anak2 kita akan berkahwin dengan orang seperti itu. Terlalu banyak yang harus kita fikirkan bersama, untuk perjuangan agama akhir zaman dan kesinambungannya. Ingatlah, hidup kita hanya sementara, apa yang kita lakukan di atas dunia akan dipersoal di akhirat, keturunan kita akan menunding jari pada kita jika kita tidak berbuat sesuatu untuk agama mereka. Jangan sangka kita telah selamat, jika kita tidak ada fikir pada mereka yang akan kita tinggalkan.
Wallahua'lam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dorang akan jawab..PERBEZAAN HANYA MELIBATKAN FURU' YAKNI CABANG2 SAHAJA..bkn masalah besar yg melibatkan akidah , pemahaman , penanggapan dan pelaksanaan |
|
|
|
|
|
|
juskurma This user has been deleted
|
membezakan makruf dan mungkar. kalau tak kenal siapa yang mungkar camna nak hapuskan. nak perangi kafir perangi munafik dulu.sebab kafir tu kita tahu kekafirannya. yang munafik? siapakah yang berlembut dengan sesama islam dan bertegas dengan yang kafir? puak2 mana yang meroboh makam2 nabi, yang memukul jemaah2 haji sebaliknya menjual minyak kepada orang kafir dan membantu kafir melawan islam di iraq dan palestin?
kenapa islam dikatakan pengganas? kerana umat2 tak pernah mengikut perintah nabi. mereka lebih suka ikut perintah abu bakar, umar, osman (bapak kroni),muawiyah, yazid, khalid walid dan sewaktu dengannya. nabi tak pernah ajar supaya jajah negeri orang,nabi suruh dakwah. perang kerana pertahankan diri. ni dak... semua diserangnya.. tak salah kalau kafir kata islam tu ganas sebab ikut sahabat tak ikut nabi. nabi tu kan ke sabar dan lemah lembut lagi perkasa..... apa kata komer? |
|
|
|
|
|
|
| |
|