CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: angketam

halal ke haram...

[Copy link]
Post time 23-8-2007 10:07 PM | Show all posts
yg aku tau, gel-based toothpaste mmg tak digalakkan sbb DIKHUATIRI mengandungi lemak babi. esp colgate yg buat kat Thailand.
lemak babi digunakan didlm konteks ni utk mewujudkan tekstur + kesinambungan secara kimia kepada keadaan gel tersebut.
sampai laaaa ni aku tak prefer pakai ubat gigi yg gel-based.
also gel-based product esp facial product. sbg kaum wanita kita kenala berhati2....
also facial product dari jepun ada juga yg masih guna plasenta sbg ingredient.
hati2 yaaaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2007 08:01 AM | Show all posts
kalau kat oversea di beberapa negeri di barat ada akta pengguna, pengeluar dan
pengilang sentiasa di awasi...
kita kat dunia ketiga ni macam caca marba buleh buat sukahati.... sebab tu la kat sini
penuh ngan barang tiruan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2007 12:19 PM | Show all posts
GOMBAK 25 April - Seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berjaya mencipta sejenis mesin canggih yang mampu mengesan kandungan produk makanan yang bercampur bahan tidak halal dengan segera.

Mesin yang dinamakan Spektroskop Inframerah Pengubah Fourier (SFTIR) itu mampu mengesan kandungan lemak babi, gelatin dan alkohol dalam tempoh kurang seminit.

Dr. Irwandi Jaswir dari Bahagian Program Bioteknologi Kuliah Sains UIAM berkata, mesin itu juga mampu mengesan kosmetik yang diperbuat daripada bahan tidak halal.

Mesin tersebut berjaya memenangi pingat emas pada Pameran Antarabangsa Reka Cipta Teknik Baru dan Produk Ke-34 di Geneva, Switzerland baru-baru ini.

``Mesin ini mampu menjimatkan masa dan menawarkan perkhidmatan yang cepat dan konsisten,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis meraikan empat orang penyelidik universiti itu yang memenangi pingat pada pameran berkenaan, di sini semalam.

Mereka ialah Profesor Dr. Abdul El-Aziem Farouk Gad, Profesor Dr. Mohamed Ismail Abdul Karim, Dr. Irwandi Jaswir dan Profesor Dr. Mohd. Zahangir Alam.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, mesin itu boleh digunakan terhadap sampel sama ada berbentuk cecair dan pepejal.

Untuk menggunakannya, beliau berkata, sampel ujian perlu dimasukkan ke dalam mesin itu dan cahaya infra merah akan mengesan mana-mana sampel yang mengandungi bahan tidak halal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2007 09:30 PM | Show all posts

Reply #23 zerozone's post

so mesin tu adakah akan dijual utk org awam....?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2007 08:25 PM | Show all posts
mesin tu pernah saya tengok kat tv....
masa dia buat demo tu memang betul patut di beri pujian...
sampai skrg tak dpt d ketghkan kepada umum.
mungkin ada masalahnya..
Jakim sendiri belum ada menyatakan menggunakan kaedah tersebut.
itu satu hal lagi satu tentang kebersihan..
macam mana peniaga islam sendiri tak tahu nak jaga kebersihan... sedangkan
ianya di tuntut oleh ajaran islam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2007 05:57 PM | Show all posts
ini adalah satu kenyataan yang terdapat dilaman muslimconsumer...

cuba renungkan dan fikirkan...


Dari apa yang yang diberitahu, satu kajian yang telah dibuat oleh PPIM baru-baru ini, dikhuatiri 95% makanan
yang dijual di luar
mungkin tidak halal atau telah dicemari oleh ramuan yang tidak halal. Kajian yang dimaksudkan adalah di kalangan kedai makan dan juga medan selera ( terutama di kompleks pejabat dan beli belah )
di serata Ibukota dan di Petaling Jaya/ Subang Jaya. Bilangan responden yang dikaji melebihi 200 milik peniaga Islam Melayu.



Antara
soal selidik yang dibuat adalah mengenai serbuk perasa, sos, sos kicap, sos tiram dll yang digunakan oleh para peniaga. Didapati kebanyakan sos dan perasa yang digunakan adalah diimpot daripada Thailand, China, Vietnam atau
yang lainnya
yang dibekalkan oleh orang-orang bukan Islam.


Antara persoalan yang amat merunsingkan adalah bagi serbuk perasa yang digunakan oleh para peniaga Islam yang kebanyakannya diimpot daripada
Thailand. Apa yang kita ketahui adalah hanya Ajinomoto yang ada menerima sijil halal JAKIM. Yang lain tidak. Dari maklumat yang diperolehi juga lebih 50% penggunaan serbuk perasa tempatan diimpot daripada Negara-Negara yang tiada sebarang pensijilan halal yang boleh diyakini.

Jika anda makan di restoran Islam pun anda mungkin termakan bahan tidak halal kerana:-
a. Ramuan perasa yang digunakan tidak mempunyai sijil halal   
    atau tidak melalui proses pensijilan halal;
b.
Bahan-bahan seperti mee, tauhu, ikan masin (yang dijemur,
    kebanyakan terdedah kepada haiwan haram!) pucuk, kicap,
    cuka, sos pada asasnya tidak haram tetapi melalui pencemaran
    dalam proses pembikinan;
c.
Proses 杙roses yang menjadikan bahan makanan tidak halal
    dan tidak suci;
d.
Proses penghantaran (pengedaran) dan juga proses  
     penyimpanan;
e.
Penggunaan peralatan sudu, garpu, mangkuk
yang sama

    semasa menghidangkan makanan seperti di kompleks-            
    kompleks makanan terkini yang mana peniaga Islam dan bukan
    Islam menggunakan peralatan makanan yang sama dan  
    dibasuh setempat;
  f.
Kebanyakan pembekal makanan yang membekal Ayam dan   
    lain-lain bahan adalah orang bukan Islam.


Anda perlu ingat apakah fungsi
makanan halal dan doa kita orang Islam? Apakah kaitan makanan halal dan juga keberkatan hidup dan hati yang tenang? Kita bersama cuba menjawab soalan tersebut.


Di lain masa, tentukan anda
tanya makcik yang jual: pakai mee Islam? Pakai sos Islam? Pakai kicap Islam? Pinggan dan mangkuk kongsi? Adakan ayam yang dijual diambil daripada orang Islam? Saya biasa ternampak pembekal makanan bukan Islam membekalkan ayam kepada penjual makan Islam. Apakah jaminan pembekal memahami apa yang diperlukan oleh orang Islam.


Selain itu, kita semua mempunyai kuasa dan bertanggungjawab untuk menentukan para penjual makanan bukan Islam tidak menggunakan peralatan makanan yang sama dengan orang Islam bagi mengelakkan pencemaran di Food Court. Apakah jaminan atau halangan makanan yang dimasak di rumah oleh pengusaha makanan bukan Islam tidak mencemarkan peralatan makanan di medan selera apabila makanan yang dimasak di rumah menggunakan peralatan makanan yang sama? Dato Hj Salleh Yusof, Ketua Pengarah DBKL dan lain-lain Ketua Pengarah Dewan Bandaraya dan juga Majlis Perbandaran harus meneliti apa yang dibincangkan dan tentukan apa keperluan dan kehendak orang Islam ( terutama yang agak jahil dalam isu peralatan makanan yang sama). Adakah pihak berkuasa sanggup diam setelah mendapat maklumat tersebut di atas. Kita sama-sama tanya dan jawab!


Sebenarnya, banyak lagi yang perlu dibincang tetapi oleh kerana saya tidak mendapat maklumat secara rasmi maka setakat ini sahajalah.


Ingat, duit milik kita, kuasa di tangan kita, maka kita berhak pilih
makanan yang b
agaimana!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2007 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 25-8-2007 09:30 PM
so mesin tu adakah akan dijual utk org awam....?


this is the full report:


tapi aku rasa the report is a little bit misleading...

aku rasa bukan kita yg invent mesin spectrometer ni
tapi kita yg merekacipta the protocol/procedure untuk
mengesan kehadiran trace element bahan2 tidak halal
samada dalam pepejal atau cecair  dengan lebih pantas
menggunakan alat ini......

''When a Fourier transform infrared microspectrometer was first interfaced with the National Synchrotron Light Source in September 1993, there was an instant realization that the performance at the diffraction limit had increased 40

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 02:37 PM | Show all posts
http://www.getjar.com/products/8291/HalalGuide

senang sikit boleh dibuka bila2 masa jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2007 09:37 AM | Show all posts
kaum muslimin dan muslimat disaran bawa sudu sendiri seandainya
berjamu selera kat kanti atau food court... kerna tempat tempat
begini amat meragukan..... bayang kanlah kiranya pekerja bukan
islam membawa makanan yg dimasak dirumahnya...
lalu menggunakan sudu yang telah disediakan.... apa jadi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2007 10:21 AM | Show all posts
satu lapuran kepihak pesatuan pengguna islam... f y i ..

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini marilah berhenti memakan ayam daging yang dijual dipasar-pasar. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut :1. Kajian menunjukkan bahawa 92 peratus penternak ayam daging di Malaysia terdiri dari bangsa asing yang bukan beragama Islam. Mereka ini secara suka-suka akan menaikkan harga ayam tanpa menghiraukan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Alasan mereka ialah harga makanan ayam telah naik dengan mendadak. Selalunya apabila makanan ayam naik 10% , harga ayam dipasaran akan dinaikkan sebanyak 30%.
2. Kajian juga menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar anak ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Mereka juga akan suka-suka menaikkan harga anak ayam tanpa sebarang sebab.







3. Kajian juga jelas menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar makanan ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Pengeluar makananlah yang selalu disalahkan bila harga ayam dipasaran naik. Memang mereka bersalah kerana bersubahat dan berkomplot dengan penternak ayam dan pengeluar anak ayam untuk menaikkan harga terutama apabila umat Islam akan berpuasa dan juga semasa menyambut hari raya.
4. Semua orang tahu bahawa 100 peratus penjual ayam bahagian makanan halal dipasar adalah terdiri dari orang Melayu yang untungnya sangat rendah kerana tersepit diantara kenaikan harga dari pembekal dan kawalan harga dari kerajaan. Mereka ini boleh berhenti menjual ayam dan menjual daging sekiranya bangsa sendiri tidak lagi makan ayam.

5. Ayam daging yang kita beli dipasar bukan lagi ayam yang sebenarnya. Ianya adalah sejenis modifikasi bahan makanan. Ayam-ayam moden hari ini kelihatan semuanya memakai baju yang sama. Mereka didudukkan di dalam bilik yang sempit dan diberi makan mengikut peraturan. Ayam-ayam ini juga diberi pelbagai jenis pil dan hormon agar ianya 'kelihatan' subur dan menarik apabila ianya telah disembelih untuk dijual di pasar. Ayam-ayam ini juga tidak pernah mengotorkan kaki mencakar tanah mencari cacing. Badan ayam-ayam ini tidak pernah dipanah oleh cahaya matahari. Bayangkan dalam masa 40 hari dari sebiji telor yang menetas dengan kuasa eletrik, ianya siap sedia untuk dihidangkan ke meja makan.

6. Ramai penternak ayam masih menggunakan sejenis antibiotik yang mempunyai kesan karsinogenik (penyebab barah) dan boleh merosakkan sistem saraf pusat. Nitrofuran, satu kelas drug yang amat toksik digunakan untuk mengawal penyakit yang menyerang ayam ternakan. Seorang doktor haiwan di Johor, mendapati rintangan terhadap antibiotik tersebut telah wujud dalam sekumpulan ayam ternak yang dirawatnya.

7. Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati-hati berikutan kadar  hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan.
Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis 'ayam daging' akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Lebih membimbangkan lagi katanya, dalam tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.
"Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan asing. tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu," katanya.  Menurut Mohd Zulkefeli, kulit ayam juga boleh mendatangkan kemudaratan kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun. Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya memastikan bahagian itu ketika membeli ayam daging di pasar. Beliau bagaimanapun tidak menggalakkan orang ramai memakan kulit ayam kerana mengandungi kolesterol yang tinggi dan berpotensi menyumbang kepada penyakit jantung.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pakar tersebut yang enggan dikenali berkata, pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya.

"Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh singkat."

"Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Tambahnya, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein.
Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.
"satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal. Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini," ujarnya.
Saya menyeru anda semua supaya berhenti membeli ayam daging dipasaran yang telah diubahsuai susunan genetik nya, dikawal harganya oleh golongan kapitalis, diracuni serta telah menjalani food programming secara kaedah yahudi yang sangat memberi kesan kepada pertumbuhan minda, boleh menyebabkan mati pucuk serta mandul dan juga menjadi punca utama kepada kanser rahim serta kanser payudara.

MARI KITA BERHENTI MAKAN AYAM DAGING DEMI MASA DEPAN BANGSA DAN AGAMA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2007 10:25 AM | Show all posts
Produk paling laris tetapi tidak halal...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Ada sedikit maklumat mengenai ketidakhalalan produk di pasaran iaitu :   

1.Shampoo dan facial DOVE
2.Pringles potato chips
3.Lychee NARCISSUS


KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda
halal pada produk tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 07:44 PM | Show all posts
Originally posted by angketam at 15-9-2007 03:25 AM
KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda
halal pada produk tersebut.

haiyyaaaa... ini lama punya email yg di'recycle' semula.. kot yer pun nk guna nama JAKIM, semak la dulu drp website JAKIM

jwpn bls dr lmn JAKIM:

Untuk makluman,pihak pengedar produk Dove di Malaysia telah memaklumkan kepada JAKIMbahawa produk Dove yang dipasarkan di Malaysia adalah selamat untukdigunakan oleh pengguna muslim di Malaysia kerana produk tersebut tidakmengandungi apa-apa bahan yang haram, bagi produk Pringles sehinggakini masih lagi tidak tersenarai sebagai produk yang telah mendapatpengesahan halal JAKIM, tetapi dari maklumat yang diperolehi didapatiproduk ini menggunakan emulsifier yang berasaskan tumbuhan. Dakwaanmengenai minuman Coca-cola mengandungi alkohol adalah tidak benar,Jabatan Kesihatan di Kementerian Kesihatan Kalaysia (KKM) telahmendapati hasil dari ujian makmal yang dilakukan ke atas produk cokedidapati tiada alkohol di dalam minuman tersebut. nn

Aduan 1

Berdasarkan pemeriksaan yang telah dibuat oleh JAKIM didapati produkPrinlges untuk pasaran Malaysia dan negara-negara Asean telahdikilangkan oleh sebuah kilang yang telah mendapat pengesahan halalJAKIM, kilang tersebut memang telah disahkan halal oleh JAKIM dan tidakmenggunakan apa-apa bahan yang tidak halal dikilang tersebut. Berbalikkepada Pringles, pihak kilang pengeluar menyatakan bahawa pemilikjenama Pringles sendiri yang tidak beminat untuk mendapatkan pengesahanhalal JAKIM kerana mereka beranggapan jenama mereka adalah establishdan tidak perlu mendapatkan pengesahan halal JAKIM walau pundikilangkan di kilang yang telah mendapat pengesahan halal JAKIMmanakala bagi produk Dove, pihak pengedar Dove di Malaysia telahmemaklumkan bahawa Dove untuk pasaran malaysia tidak mengandungi bahanyang diharamkan dan ia selamat untu digunakan oleh penggunaMuslim.

Barangan Narcissus yang dipasarkan di Malaysia telah diimportoleh sebuah syarikat pengedar di Seri Kembangan. Pengedar inimenjelaskan bahawa produk diatas jenama Narcissus untuk laici, longandan mushroom dalam tin telah mendapat pengesahan halal dari badan islamdi Fujian iaitu Fujian Islamic Association yang beralamat di The MosqueQuanzhou City Fujian Province. Sehingga kini badan islam ini belumtersenarai sebagai badan islam yang telah dilantik oleh JAKIM. Pihakpengedar telah menunjukkan salinan sijil halal yang dikeluarkan olehbadan islam tersebut dan menjelaskan bahawa kilang yang mengeluarkanproduk makanan dalam tin untuk mushroom, longan dan laici adalahberasingan dari kilang yang mengeluar dan memproses produk berasaskandaging (babi). Sehingga kini JAKIM memang tidak memberi pengesahanhalal ke atas produk ini kerana ia adalah produk import dan pengesahanhalal produk import adalah dilakukan oleh badan islam di negara asalproduk itu dibuat. Persoalannya sekarang ialah pengesahan halal produkini telah diberikan oleh sebuah badan islam yang tidak berdaftar denganJAKIM, maka JAKIM tidak dapat memastikan adakah pengesahan halal yangdiberikan oleh badan islam ini adalah menepati standard yangdikehendaki oleh JAKIM. Persoalan ini tidak dapat dijawab oleh pihakpengedar di Malaysia kerana mereka hanya mendapat salinan sijil halaltersebut dari rakan pengedar mereka di China bukannya terus dari kilangpengeluar. Sungguhpun penjelasan ini tidak dapat memberi kepastiansepenuhnya mengenai kehalalan produk Narcissus tetapi diharapkan telahdapat menjawab sedikit persoalan dan keraguan terhadap baranganNarcissus. nn

Aduan 2
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 08:57 PM | Show all posts
Berbalik kepada Pringles, pihak kilang pengeluar menyatakan bahawa pemilik jenama Pringles sendiri yang tidak beminat untuk mendapatkan pengesahan halal JAKIM.  Kerana mereka beranggapan jenama mereka adalah establish dan tidak perlu mendapatkan pengesahan halal JAKIM.  Walau pun dikilangkan di kilang yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM



macam eksen jer pringles, lagi aku tak mau beli pringles.
mister potato lagi sedap dan murah.

[ Last edited by  ibnur at 16-9-2007 09:26 AM ]
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.540723 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list