CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Syd

Q & A : Bab Puasa Ramadan

[Copy link]
 Author| Post time 25-9-2007 02:59 PM | Show all posts
salam.

kalau keguguran dalam bulan ramadhan nih
berapa lama kena berehat eh?

kalau doc kasik seminggu, so seminggu la ye

kalau ikut orang tua, lama di suruhnya berpantang segala.

tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2007 03:43 PM | Show all posts
bulat nak tanye nih...

1) puasa batal tak kalau amik injection mcm utk ibu mengandung?

2) puasa batal tak kalau buat ujian pap smear?

macih... ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2007 08:57 AM | Show all posts
Kelebihan berpuasa Ramadan di Mekah

SOALAN:

KETIKA bulan Ramadan, ramai juga umat Islam berpusu-pusu untuk ke Mekah. Katanya hendak berpuasa dan bersolat tarawih di sana. Ada ke kelebihan puasa Ramadan di Mekah?

JAWAPAN:

Ehm... Bulan Ramadan ramai juga umat Islam pergi menunaikan umrah di samping ingin berpuasa Ramadan di Mekah. Banyak fadilat katanya. Benarkah begitu? Tidak dinafikan memang faktor masa dan tempat memainkan sedikit sebanyak peranan dalam fadilat sesuatu amalan.

Solat di Masjid Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa besar fadilatnya. Perkara ini sabit dengan hadis Nabi s.a.w. Kalau solat di Masjid Haram digandakan sehingga 100,000 kali solat di tempat lain, maka kemungkinan juga puasa adalah begitu. Ada hadis berbunyi: Sesiapa yang berpuasa Ramadan di Mekah dan qiam Ramadan daripada apa yang mudah baginya, maka dicatat baginya pahala seribu puasa Ramadan. (riwayat Ibnu Majah)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2007 09:04 AM | Show all posts
Boleh berniat puasa sebulan

SOALAN:

ORANG tua-tua kata kena niat puasa pada setiap malam. Hai... susah juga tu, kalau niat borong untuk sebulan, boleh tak?

JAWAPAN:

Sememangnya hendaklah berniat puasa setiap malam. Bagaimanapun, boleh juga diniatkan berpuasa sebulan. Misalnya pada malam pertama Ramadan, kita berniat untuk berpuasa satu bulan Ramadan.

Di samping itu, kita juga berniat setiap malam. Kalau terlupa niat pada malam-malam tertentu, maka memadai digunakan niat sebulan tersebut.

Niat puasa mestilah pada waktu malam. Oleh itu, boleh berniat sebelum tidur. Umpamanya berniat pada pukul 10 malam. Niat tidak terbatal walaupun selepas itu kita tidur, makan dan sebagainya.

Bahkan kalau niat puasa untuk esok hari ketika sedang berbuka puasa pun boleh. Ini kerana niat puasa itu mestilah pada waktu malam iaitu di antara waktu solat Maghrib hingga waktu solat Isyak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2007 09:57 AM | Show all posts
Berjimak pada bulan Ramadan dan kaffarah

Soalan 1
Mohon penjelasan hukum berkaitan mengulangi jimak pada siang Ramadan?

Jawapan

Sekiranya si suami menyetubuhi isterinya pada siang hari yang berlainan pada bulan Ramadan sedang kedua-dua mereka dalam keadaan berpuasa, maka hukumnya wajib membayar kaffarah bagi setiap hari yang dia melakukan setubuh dengan isterinya.

Contohnya: Abu berjimak dengan isterinya pada siang bulan Ramadan dan Abu mengulanginya sebanyak tiga kali pada hari-hari yang berlainan. Maka kaffarahnya adalah mengikut bilangan hari yang dia menyetubuhi isterinya. Ini kerana ibadah puasa adalah ibadah berasingan di antara hari-hari dalam bulan puasa.

Maksudnya ibadat puasa adalah bermula daripada mula terbitnya fajar sadiq (masuk waktu Subuh) sehingga tenggelamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Tempoh ibadah puasa ialah siang hari sahaja pada malamnya kita tidak berpuasa, maknanya ibadah puasa terhenti dengan tenggelamnya matahari dan bermula dengan terbitnya fajar sadiq. Ini bermaksud hari-hari puasa itu adalah terpisah di antara satu sama lain.

Oleh yang demikian, orang yang melakukan persetubuhan pada siang hari Ramadan dengan mengulanginya pada hari-hari yang lain maka wajib kaffarahnya bagi setiap hari mengikut panduan kaffarah yang telah dijelaskan pada minggu lepas.


Soalan 2
Apakah hukum bagi orang yang mengulangi persetubuhan dengan isterinya pada siang hari adalah kaffarahnya sekali atau kaffarahnya mengikut bilangan persetubuhan?

Jawapan

Hukum wajib membayar kaffarah sekali sahaja, ini kerana persetubuhan pertama pada siang Ramadan adalah telah membatalkan puasanya. Maka persetubuhannya pada kali yang berikutnya tidak wajib membayar kaffarah kerana puasanya telah batal, maka keadaannya seperti orang yang bersetubuh pada malam hari Ramadan.


Soalan 3
Adakah si isteri juga wajib menunaikan kaffarah kerana disetubuhi suaminya pada siang hari Ramadan?

Jawapan

Isteri tidak wajib menunaikan kaffarah, ini berdasarkan kepada mazhab as-Syafieyyah yang menjelaskan, kaffarah hanya wajib ke atas suami sahaja, manakala isteri yang disetubuhi tidak dikenakan kaffarah, hanya wajib menggantikan puasanya.

Memandangkan banyak e-mel yang saya terima mengenai persoalan jimak pada siang Ramadan serta hukum yang berkait dengannya. Suka saya nasihatkan agar si isteri perlu menasihatkan suaminya supaya bersikap dan mengetahui bahawa kaffarah bagi jimak pada siang Ramadan adalah berat. Iaitu membebaskan hamba abdi atau puasa dua bulan berturut-turut atau memberi 60 orang makan.

Kaffarah ini pun mesti mengikut urutannya, tidak boleh terus lompat kepada yang ketiga. Kerana bagi orang yang mempunyai kemampuan, tiada masalah memberikan 60 orang makan. Kaffarah itu ditunaikan dengan penuh kesedaran sebagai satu denda bagi mereka yang melanggar peraturan yang digariskan syariat pada puasa bulan Ramadan.

Wajib tertib kaffarah. Sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Hadis Rasulullah s.a.w. daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: Telah mengadu seorang lelaki kepada Rasulullah dengan berkata: 揂ku telah memusnahkan diriku wahai Rasulullah, Baginda bertanya: Apa yang menyebabkan kamu musnah? Lelaki itu menjawab: 揂ku telah melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2007 09:47 AM | Show all posts
Berbekam di bulan puasa

SOALAN

Antara kaedah perubatan ialah berbekam. Ada orang kata berbekam itu membatalkan puasa?

JAWAPAN

Berbekam ialah proses mengeluarkan darah daripada badan dan kepada dengan kaedah tertentu. Nabi s.a.w. sendiri berbekam ketika berpuasa.

Ibnu Abbas berkata: Dan Nabi s.a.w. berbekam sedangkan Baginda berpuasa. (riwayat Bukhari)

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika proses berbekam ditangguhkan kepada malam hari. Ini kerana ada riwayat hadis menyebut bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Berbuka (batal puasa) tukang bekam dan orang yang berbekam. (riwayat Bukhari)

* Petikan daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang PUASA Tapi Anda Malu Bertanya, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2007 03:49 PM | Show all posts
ooohhhh . . . . . . . . .
berbekam di bulan posa tu sunah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2007 09:32 AM | Show all posts
Perkara membatalkan puasa

SOALAN

Saya selalu keliru tentang hal-hal yang membatalkan puasa, boleh ustaz berikan panduan atau anak kunci untuk memahaminya?

JAWAPAN

Ada tiga perkara penting yang membatalkan puasa. Tiga perkara itu adalah kesimpulan kepada semua perkara yang membatalkan puasa;

1. Masuk sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja.

Benda tersebut ialah makanan atau minuman atau apa juga yang tidak dibenarkan. Batal puasa dengan sebab makan dan minum dengan sengaja telah disepakati oleh para ulama kerana firman Allah yang bermaksud: Makanlah dan minumlah hingga nyata bagi kamu benang putih daripada benang hitam dari fajar. (al-Baqarah: 187)

Dengan ayat ini, beberapa perkara yang ada unsur makan atau minum diqiyaskan kepadanya. Namun ada yang disepakati oleh ulama dan ada yang masih dalam daerah perbezaan pendapat.

2. Hubungan seksual. Jimak juga disepakati sebagai perkara yang membatalkan puasa. Ini antara lain kerana hadis menerangkan bahawa itu bagi meninggalkan nafsu syahwat. Juga kerana firman Allah yang bermaksud: Dihalalkan bagi kamu pada malam puasa untuk kamu 慴ersama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2007 10:00 AM | Show all posts
Tinggal puasa tanpa sebab

SOALAN:

APAKAH hukumnya meninggalkan puasa tanpa uzur atau sebab?

JAWAPAN:

Ramai juga yang suka bermain-main dengan puasa ini. Maklumlah bukan orang lain tahu sama ada kita berpuasa atau tidak. Boleh beli stok makanan siap-siap. Beli roti, mi segera, perencah nasi goreng dan macam-macam lagi. Pukul 10 baru masuk dapur hendak 揵ersahur
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 06:33 PM | Show all posts

Mutiara Hadis-hadis Tentang Madrasah Ramadhan‏

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi) Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)
Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (umat Islam yang majoriti/sawadul a'zhom). (Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)
Daripada Abi Soleh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya." (Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)
MUTIARA MENAWAN DARIPADA HADIS-HADIS KELEBIHAN RAMADHAN
1. Semua hadis menceritakan tentang kelebihan Ramadhan yang merupakan sebagai suatu simbol kecintaan Allah s.w.t. kepada para hambaNya.
2. Janji limpahan rahmat dan keampunan yang meluas di bulan Ramadhan, merupakan antara motivasi daripada Allah s.w.t. buat para hambaNya, dalam rangka untuk memperbaiki hubungan kehambaan mereka kepada Allah s.w.t. di samping menjadi pemangkin bagi menyuntik semangat baru bagi para hambaNya untuk terus berjalan menujuNya.
3. Ramadhan menjanjikan suatu madrasah tarbiah yang bermakna buat para hamba Allah s.w.t., kerana di dalamnya, para hambaNya dapat melatih diri dalam menjaga niat dan keikhlasan kepadaNya dalam setiap amalan.
4. Hadis-hadis ini juga menceritakan tentang kepentingan keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadah, kerana amalan hanya diterima dengan niat yang ikhlas.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, jika ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan. Begitu juga, ia mampu menghapuskan segala dosa jika seseorang bertaubat dengan taubat nasuha, seterusnya melakukan ketaatan sebagai ganti (kaffarah) bagi dosa-dosa tersebut.
6. Puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, tetapi menahan seluruh anggota daripada kemaksiatan dan kedurhakaan kepadaNya.
7. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi di sisi Allah s.w.t..
8. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga dan sahabat handai yang tersayang, dan kegembiraan apabila bertemu Allah s.w.t. kelak. Sememangnya, dalam berbuka puasa itu, kegembiraan seseorang hamba bukanlah kerana dapat memenuhi syahwat makannya setelah lama menahannya, tetapi kegembiraan hakiki seseorang hamba sewaktu berbuka puasa ialah, apabila melihat hidangan di hadapannya, dengan penuh syukur, dengan merasakan, seluruh rezeki tersebut merupakan suatu tanda kecintaan Allah s.w.t. kepadaNya.
Adapun kegembiraan ketika bertemu dengan Allah s.w.t., laksana kegembiraan sang kekasih yang sentiasa menyimpan rindu untuk bertemu dengan kekasihnya, yang telah lama berjauhan di perantauan.
Semoga puasa kali ini dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam dalam usaha untuk memperbaiki hubungan diri dengan Allah s.w.t..
Wallahu a'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 08:12 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 19-9-2007 12:16 PM
imsak tuh waktu yang ditetapkan oleh bijak pandai agama kan?

tujuannya, kita bersedia utk masuk azan subuh

dalam page depan rasanya ada beberapa pendapat

antaranya; dgr azan subuh, luahk ...


Based on this hadith :

Zaid b. Thabit (Allah be pleased with him) said: We took meal shortly before dawn along with the Messenger of Allah (may peace be upon him). We then stood up for prayer. I said: How much span of time was there between the two (acts, i. e. taking of Sahri and observing of prayer)? He said (a span of reciting) fifty verses. (Sahih Muslim No 2415)
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by si bulat at 25-9-2007 03:43 PM
bulat nak tanye nih...

1) puasa batal tak kalau amik injection mcm utk ibu mengandung?

2) puasa batal tak kalau buat ujian pap smear?

macih... ;)


Ada sikit dalam ni :

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=595&Itemid=72
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2007 04:04 PM | Show all posts
Makruh dilakukan ketika berpuasa

SOALAN

Orang kata dalam puasa ada perkara yang walaupun tak membatalkan puasa tetapi elok ditinggalkan, boleh ustaz tolong jelaskan apa perkaranya tu?

JAWAPAN

Antaranya;

* Keterlaluan ketika berkumur semasa wuduk. Nabi s.a.w. sangat suka berkumur ketika wuduk. Walau bagaimanapun, perbuatan itu dikurangkan sedikit jika Nabi s.a.w. berpuasa.

* Bersugi selepas waktu Zuhur. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi pada hari kiamat. (riwayat Bukhari)

Dalam hadis ini tiada satu dalil khusus bahawa bersugi selepas Zuhur adalah makruh.

Cuma bau mulut berubah pada waktu Zuhur. Oleh kerana bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah, maka wajarlah dikekalkan bau mulut itu.

* Berbekam. Ini kerana berbekam mungkin melemahkan orang yang berpuasa.

* Merasai makanan tanpa hajat.

* Mencium dan memeluk pasangan. Kalau pasangan yang tidak muhrim, ia bukan lagi makruh tetapi haram.

* Cakap banyak tanpa hajat.

* Tidur banyak. Memang selalu disebut tidur orang yang berpuasa adalah ibadat tetapi lebih banyak pahalanya jika waktu itu diisi dengan solat sunat, membaca Quran dan sebagainya.

* Mengumpul air liur dengan banyak kemudian menelannya. Selalu meludah juga adalah perkara makruh.

* Petikan daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang PUASA Tapi Anda Malu Bertanya, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 04:39 PM | Show all posts
Syd,bleh tny x??
Kalo kita ragu2 sama ada dah baca niat ke belom mlm tuh,adakah sah puasa kita??
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 07:18 PM | Show all posts
Hmm.. saya menyampuk sikit.. bab permasalahan niat ni... Persoalannya, apa yg dimaksudkan "ragu-ragu dah baca niat ke belum" tu. Niat apa yg dimaksudkan? Lafaz niat, atau intention by itself? Sebab yg dikatakan niat tu pada dasarnya, hanya intention. Jika malam tu kita dah terdetik dalam hati "esok aku akan puasa lah", that is considered niat already. Jika itu dah terdetik dalam hati, cukup dah untuk kita berpuasa. Tak perlu kepada lafaz-lafaz spesifik. Tambah pulak kalau dah bangun sahur, lagilah terangnya intention tu.

Cuma saya nak sentuh sikit bab berniat puasa kena tiap-tiap malam ke atau cukup sekadar  berniat secara pukal the whole month of ramadhan.

Pada dasarnya jumhur ulama' berpendapat bahawa niat perlu dilakukan tiap-tiap malam sebelum subuh... dalilnya, kerana ada hadith yg mengatakan setiap amalan itu akan dinilai dari niatnya. Puasa setiap hari di bulan ramadhan ni dikira sebagai amalan yg separate untuk setiap hari. Jadi perlu berniat setiap hari. Jumhur ulama juga cited the following hadith as their reference :

He who has not made intention to fast a day in the preceding night, the fast is invalid (Sunan Abu Dawud).

But in the case of mazhab Maliki dan some of Hanbalis, mereka berpendapat cukup sekadar berniat secara pukal untuk sebulan. Sekiranya dia dah ada intention untuk puasa selama sebulan, ianya sudah memadai. Segalanya bergantung pada niat.

In the case of puasa sunat, tidak perlu niat malam pun tak apa.. dalilnya dalam hadith ni :

'A'isha, the Mother of the Believers (Allah be pleased with her), reported: The Apostle of Allah (may peace be upon him) came to me one day and said: Is there anything with you (to eat)? I said: No. Thereupon he said: I shall then be fasting. Then he came to us another day and we said: Messenger of Allah, hais has been offered to us as a gift. Thereupon he said: Show that to me; I had been fasting since morning. He then ate it. (Sahih Muslim : 2574)

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 08:36 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 10-10-2007 07:18 PM
Hmm.. saya menyampuk sikit.. bab permasalahan niat ni... Persoalannya, apa yg dimaksudkan "ragu-ragu dah baca niat ke belum" tu. Niat apa yg dimaksudkan? Lafaz niat, atau intention by itself? Seb ...




Sy trlps bgn sahur..

Jd sy ragu2 sama ada dh baca niat puasa pd mlm tu @ blom..
Tkt plak kalo x baca niat x sah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2007 11:39 PM | Show all posts
Originally posted by AlienGurlz at 10-10-2007 08:36 PM




Sy trlps bgn sahur..
Jd sy ragu2 sama ada dh baca niat puasa pd mlm tu @ blom..
Tkt plak kalo x baca niat x sah..


As I said earlier, what is niat? Niat tu bukan pada lafaz.. kalau malam tu dah terdetik kata esok nak puasa, itu sudah merupakan niat. Cukup sekadar terdetik dalam hati esok nak puasa... niat tak perlu baca dik... kalau disebut "baca" niat ni, you might be referring to the lafaz, which is not required.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2007 09:10 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 11-10-2007 11:39 PM


As I said earlier, what is niat? Niat tu bukan pada lafaz.. kalau malam tu dah terdetik kata esok nak puasa, itu sudah merupakan niat. Cukup sekadar terdetik dalam hati esok nak puasa... niat ...


Oh..so x pyh lafaz niat pon xpelah eh..
Gitu..tq eh sbb sudi jwb soalan sy.
anyway,
Selamat Hari Raya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.062699 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list