CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2960|Reply: 5

Sikap masyarakat dorong soalan peperiksaan bocor?

[Copy link]
Post time 10-9-2007 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Sikap masyarakat dorong soalan peperiksaan bocor?KEBOCORAN kertas soalan peperiksaan sememangnya bukan satu fenomena tetapi adalah permasalahan yang telah lama berlaku dan akan terus berlaku sama ada di peringkat sekolah hinggalah di institusi pengajian tinggi.

Pada pandangan saya kebocoran kertas soalan UPSR sepatutnya tidak boleh  berlaku jika majoriti anggota masyarakat benar-benar bertanggungjawab, bersikap rasional dan tidak mementingkan diri.

Dalam kes yang terkini ini saya memang tidak pasti siapa yang benar-benar bertanggungjawab. Pihak Kementerian Pelajaran sedang menjalankan siasatan dan saya pasti dalangnya akan dapat diketahui kelak.

Apa yang saya yakin dan benar-benar pasti ialah kesemua calon yang mengambil peperiksaan UPSR tersebut tidak bersalah dan telah menjadi mangsa.

Punca sebenar boleh berlakunya kes kebocoran ini ialah sikap masyarakat itu sendiri yang masih lagi berorientasikan peperiksaan walaupun di peringkat UPSR. Di sinilah golongan oportunis mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan material dan kebanggaan diri. Keuntungan material ini adalah kepada dalang yang menjual soalan-soalan tersebut dan kebanggaan diri adalah pihak ibu bapa, guru dan sekolah.

Saya pasti yang akan lebih berbangga apabila murid-murid yang mengambil UPSR mencatat keputusan cemerlang ialah ibu bapa, guru dan sekolah berbanding murid-murid itu sendiri. Sememangnya perasaan bangga itu adalah semula jadi dan mereka berhak untuk mempunyainya, tetapi apa maknanya jika kejayaan cemerlang itu dicapai dengan cara menipu dan tidak bermoral.

Saya ada juga terdengar terdapat guru yang telah memperoleh soalan bocor tersebut melatih pelajar mereka untuk menghafal jawapan. Jika ini benar, tidak mustahil seluruh pelajar tahun enam di sekolah berkenaan akan mendapat keputusan cemerlang termasuklah mereka yang berkategori sederhana dan lemah.

Apa akan terjadi kepada mereka jika kemudian ditawarkan ke sekolah berasrama penuh atau ditempatkan di kelas terbaik di sekolah menengah biasa?

Yang pastinya merekalah yang akan menjadi mangsa sehingga mungkin menjadi titik tolak kegagalan kehidupan dewasa mereka. Ini juga tidak adil kepada pelajar yang dijangka cemerlang tetapi mereka dan kita sendiri tidak akan pasti sama ada kecemerlangan mereka adalah hasil usaha gigih atau kerana soalan-soalan bocor tersebut.

Ibu bapa dan guru murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang kerana telah mengetahui terlebih dahulu soalan-soalannya, sebenarnya tidak berhak untuk berasa bangga tetapi patut berasa bersalah kerana telah mengajar anak dan murid mereka untuk bersikap tidak jujur. Kemungkinan inilah antara punca pelajar di institusi pengajian tinggi sanggup menipu dalam peperiksaan.

Bagi saya jalan penyelesaiannya adalah mudah. Oleh sebab kebiasaannya perkara ini berlaku menjelang hari peperiksaan, ibu bapa dan guru yang memperoleh soalan-soalan tersebut jangan menyebarkannya kepada anak atau pelajar mereka. Walaupun dianggap sebagai soalan ramalan, abaikan sahaja atau jika pasti ia adalah soalan-soalan peperiksaan sebenar, laporkan terus kepada pihak yang berkenaan.

Apa gunanya usaha pihak ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dan guru menganjurkan kelas tambahan sepanjang tahun tetapi telah mengkhianati usaha mereka sendiri dengan melatih mereka menjawab soalan-soalan bocor tersebut.

Pihak sekolah atau lebih tepat lagi guru besar tidak sepatutnya bersubahat dengan guru-guru mereka dalam menyebarkan soalan-soalan tersebut walaupun tidak pasti sama ada itu adalah soalan sebenarnya atau sekadar ramalan.

Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan bukan sekadar boleh menghafal sesuatu maklumat tetapi berupaya untuk mengaplikasikan pengetahuannya dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Oleh itu, janganlah hanya untuk mendapat pujian daripada pihak atasan, para guru besar sanggup untuk sama-sama bersubahat dengan guru menyebarkan soalan-soalan tersebut di mana akhirnya usaha untuk melahirkan pelajar yang benar-benar cemerlang dalam akademik akan gagal.

Saya mencadangkan pihak Kementerian Pelajaran mengambil tindakan yang sewajarnya kepada guru-guru atau sekolah yang menyebarkan soalan-soalan tersebut kepada murid-murid mereka. Walaupun mereka bukan punca utama dalam kes kebocoran tersebut, tetapi jelas mereka turut bersubahat dalam perkara ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2007 09:35 AM | Show all posts
erm......

camna nak cakap ek...

ada betol gak...

tapi...

bukankah panel wat soklan tu ramai

instead bank soklan pon bertimbun2....

so, nasib ler kalo ada yg terkena.....

macam gal time skolah dulu....

kitaorg dibagi bertimbun2 latih tubi.....

so, nak taknak, mesti ada jer soklan yg berbaur2 serupa tapi tak sama....

dari UPSR samapi ke SPM, apa sangatlah soklan yg leh derang tanya

pendapat girl yg seposen jer nilainyer ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 09:38 AM | Show all posts
tapi kalo macam kes yg guru beso bagi jawapan belkang pembaris tu, MEMANG TAK PATUT :@

hari tu tgk dalam buletin utama...tapi tak follow lak kes tu sampai abes....

taktau dakwaan betol ke tak, tapi report polis dah dibuat
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 02:09 PM | Show all posts
sikap masyarakat?

mmm.... maybe lebih pada sikap sapa yg dalam panel buat soklan tu kut?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 03:13 PM | Show all posts
we are dealing with people here, not a robot

masyarakat cuma give re-active respon towards our system...cuba sistem pendidikan nie berubah, takdelah org risau sgt pasal grading...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 04:24 PM | Show all posts

Reply #2 auntie_girl's post

kinda agree. Mungkin juga berlaku kebetulan soalan yg dicadangkan oleh panel naik. So bertuahlah murid2 yg dpt guru panel utk peperiksaan. Mcm mana pun kalau dah tahu panel peperiksaan kenapa nak keluarkan soalan yg dibuat. Bukan ke memang niat dan harapan soalan tu naik so secara x langsung students dpt jwb.
Actually me bercakap dr pengalaman. he he... masa jd lecturer dulu memang setiap cawangan hantar few questions for exam. nasiblah mana yg kuar. Tp most lecturer akan guna soalan2 cadangan tu pd students dgn harapan kalau soalan tu naik students memasing boleh score. As a result menaikkan prestasi lecturer/cikgu tu sendirik. Hmmm.... begitulah sistem pendidikan kat malaysia. We have been brought up like that since long time a go. Bukan parents je nak anak cemerlang. guru/lecturer pun sama. Result cemerlang, guru bangga. Prestasi meningkat. Pujian melambung dsbnya!
Habih nak buek cam no? To be truth, thn depan my eldest nak ambik upsr. Kalau ada guru beri soalan2 ramalan harus ku rebut jugak! Kalau free la!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.076291 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list