CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2105|Reply: 6

Nabi larang bertarawih di Masjid?

[Copy link]
Post time 14-9-2007 06:05 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum W.B.T

tompang bertanya...

ape pendapat anda mengenai ini

Nabi larang bertarawih di Masjid

Oleh W. Kassim



Kita lihat dalam sepanjang bulan Ramadan orang membanjiri masjid kerana bersolat Tarawih. Marilah kita lihat hadis yang paling sahih dikalangan orang Ahlusunnah untuk mengetahui samada amalan makin popular ini adalah sunnah atau perintah dari Nabi.

    SAHIH BUKHARI
    Jilid: 8
    No: 134
    Dirawayatkan oleh Zaid bin Thabit

    Rasulullah membuat sebuah bilik kecil (dengan tikar yang dibuat dari daun palma). Rasulullah keluar (dari rumahnya) dan bersolat di dalam bilik kecil itu. Beberapa orang lelaki turut bersolat bersama-sama beliau. Malam keesokannya mereka datang lagi untuk bersolat, tetapi Rasulullah tidak keluar. Oleh itu mereka berteriak-teriak dan mengetuk pintu rumah Rasulullah dengan batu. Rasulullah keluar kepada mereka dalam keadaan marah dan berkata: "Kamu mahu menggesa (Tarawih itu di dalam masjid) dan aku bimbang kalau solat (Tarawih) akan menjadi wajib keatas kamu. Maka kamu semua lakukanlah solat ini dirumahmu, kerana solat yang lebih baik bagi seseorang itu ialah yang dilakukan dirumahnya, kecuali solat wajib Jumaah."

Mengikut hadis ini, Nabi sendiri tidak suka ke masjid untuk solat Tarawih. Untuk mengelak dari pergi ke masjid, beliau telah membuat bilik kecil berdindingkan tikar yang diperbuat dari daun palma di luar rumahnya. Namun demikian, orang yang ternampak beliau bersolat Tarawih telah mengikut bersama.

Pada malam kedua Nabi tidak keluar dari rumahnya dan orang berteriak-triak serta mengetuk pintu rumahnya dengan batu. (Adakah ini caranya mereka menunjukkan kejengkelan mereka kerana Nabi tidak ke masjid bersolat Tarawih?) Maka Nabi keluar dengan marah lalu memerintahkan mereka supaya tidak bersolat Tarawih di masjid, tetapi melakukannya di rumah masing-masing.

Nampaknya orang Ahlusunnah bukan sahaja kelihatan menentang Quran, tetapi mereka juga kelihatan menentang perintah Nabi yang terdapat di dalam hadis kuat Sahih Bukhari.

Hari ini sejarah berualang kembali. Golongan yang sama, juga jengkel terhadap orang yang tidak turut bersama mereka, menentang perintah Nabi.

Untuk meramaikan lagi kumpulan penentang ini, MOREI diadakan sebagai tarikan.


saya kelirulah.. tolong tunjuk ajar yer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2007 08:05 AM | Show all posts
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Aishah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melakukan solat terawih di masjid beberapa malam (ada yang mengatakan empat malam) dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat.


Pada malam kelima dan seterusnya hingga ke akhir bulan Ramadan, Baginda melakukan ibadat ini di rumah. Ini kerana Baginda bimbang para sahabat tersalah anggap dan menjadikannya sebagai sembahyang fardu dan sudah tentu sukar bagi mereka untuk melakukannya.


Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Huzaimah dan Ibnu Hibban daripada Jabir bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melakukan solat terawih sebanyak lapan rakaat, setelah itu diikuti solat witir.


Saidina Umar bin Al-Khatab ialah orang pertama yang mengerah umat Islam menunaikan solat terawih berjemaah. Sewaktu beliau menjadi khalifah, solat terawih dilakukan sebanyak 20 rakaat dan ditambah dengan tiga rakaat solat witir.

Pengikut Mazhab Maliki bersolat terawih sebanyak 36 rakaat pada setiap malam Ramadan dan jumlah bagi seluruh bulan Ramadan ialah 1,080 rakaat. Mazhab Syiah pula menggalakkan dilakukan 1,000 rakaat terawih dalam tempoh sebulan Ramadan.


Di Masjid Al-Haram Mekah, sembahyang terawih dilakukan oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali terawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

Menurut Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 08:06 AM | Show all posts
Ni syarah hadith W. Kassim.  Siapa W.Kassim?  Syiah ke?

Bukan ke disebut dlm hadith tu "....dan aku bimbang kalau solat (Tarawih) akan menjadi wajib keatas kamu. ..."

malam sebelum tu nabi s.a.w. solat tarawih berjemaah. dan tak komen apa-apa malam sebelum tu.

kalau ikut apa yg saya tahu, hadith ini bukan larangan berjemaah.  kalau tidak tentu Saidina Umar suruh orang balik rumah dalam satu hadith lain.  sebaliknya s.umar menyatukan orang-orang dlm masjid masa tu supaya solat dlm satu jemaah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 08:50 AM | Show all posts
Setahu saya ini dipetik dari e-bacaan (Golongan yang menentang hadith!)

http://www.e-bacaan.com/artikel_tarawih.htm

Juga diwajab di sini:
http://forum.cari.com.my/viewthr ... ra=page%3D1&page=32

[ Last edited by  mnm77 at 14-9-2007 08:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 12:08 PM | Show all posts
Dari apa yg aku tahu,Nabi buat mcm tu sbb x nak umat Islam pikir solat terawih tu hanya boleh dilakukan di masjid,tidak di rumah.Itu sahaja.Baginda tidak pernah melarang umat2 nya berkumpul di masjid utk solat terawih.Terpulang kepada individu utk melakukannya di mana.Tapi lebih baik di masjid utk situasi sekarang kerana bukan semua org boleh pergi ke masjid utk solat fardhu.Sebabkan solat terawih la org berubut2 nak ke masjid.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 04:58 PM | Show all posts
ini lah cth insan yg mentafsir hadis tanpa ilmu (ulumul hadis).. nak menafsir hadis memerlukan kita melihat pada teks hadis itu sendiri. maksud aku teks hadis dlm bahasa arab. dr situ kita akan dapat melihat dgn jelas maksud rasulullah, knp baginda tidak mahu terus berjemaah tarawih di masjid. dari segi gaya bahasa hadis, balaghah (sastera) hadis, situasi bila hadis itu dituturkan oleh baginda perlu di ambil kira..

sebagai mana yg kita sedia fhm, rasulullah khuatir sekiranya umat Islam dikemudian hari akan menganggap solat tarawih sebagai wajib. jadi baginda menyatakan bahawa solat tarawih itu bkn wajib melalui tindakan baginda..

jadi saudara2 ku..
hukum telah jelas. solat tarawih itu hukumnya sunat muakkad (amat dituntut). boleh dikerjakan secara berjemaah atau berseorangan. boleh dikerjakan di masjid, surau @ dimana sahaja. tp kalau kita ade anak2 dirumah, ape salahnya melakukan solat tarawih berjemaah bersama anak2 dan isteri2 di rumah krn pendidikan bermula dari rmh. indah sungguh keluarga muslim yg menjadikan solat jemaah sebagai aktiviti wajib di rmh.

semoga ramadan thn ini memberi lbh keberkatan kpd seluruh umat Islam di dunia.. AMIN
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-9-2007 09:58 PM | Show all posts

Reply #6 goldraja's post

insha Allah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.065258 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list