View: 2042|Reply: 16
|
Boleh terangkan padaku???.
[Copy link]
|
|
Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda di antara golongan yang akan mendapat naungan di akhirat:
"Dan dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah keranaNya."
(HR Bukhari dan Muslim)
----------------------------------------------------------------------------------
Adakah sesuai untuk zaman sekarang?...Sebab kalau buat macam ni..pasti akan difikir homoseks...aku dah kena dah..sebab aku sayangkan kawan aku...lelaki..aku layan dia baik-baik, aku layan dengan penuh hemah...kerana dia pernah buat baik kat aku dan kita kan dituntut untuk kenang budi???....at last dia dan kawan-kawan dia yang lain fikir aku homoseks...apa pendapat korang?.
[ Last edited by eastrun at 16-9-2007 12:39 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
7 golongan yang mendapat lindungan arasy Allah iaitu pada hari yang tiada bayangan kecuali bayangan-Nya sahaja (hari qiamat):
1) Ketua yang adil
2) Seseorang yang hidup di dalam beribadat kepada Allah
3) Seseorang yang sangat mencintai masjid (utk beribadat)
4) Dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, mereka berjumpa dan berpisah kerana Allah
5) Seseorang yang apabila dia mengingati Allah secara sendirian maka akan mengalirlah air matanya
6) Seorang lelaki yang 'diminta' oleh perempuan yang mempunyai harta dan kecantikan, maka dia berkata, sesungguhnya aku takut kepada Allah
7) Seseorang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah diberi oleh tangan kanannya (kerana ikhlas) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
xfaham..kurang arif |
|
|
|
|
|
|
|
ilmu aku pn cam x mampu nk jelaskn ape maksud die.
tp sbgai cth. hub tu spt.. hub para Sahabat nabi.
rasulullah s.a.w dgn sydina abu bakar. dgn umar, ali, usman.
nabi harun n nabi musa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 16-9-2007 12:38 PM
Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda di antara golongan yang akan mendapat naungan di akhirat:
"Dan dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah keranaNya."
(HR Bukhari dan Muslim)
----------------------------------------------------------------------------------
Adakah sesuai untuk zaman sekarang?...Sebab kalau buat macam ni..pastiakan difikir homoseks...aku dah kena dah..sebab aku sayangkan kawanaku...lelaki..aku layan dia baik-baik, aku layan dengan penuhhemah...kerana dia pernah buat baik kat aku dan kita kan dituntut untukkenang budi???....at last dia dan kawan-kawan dia yang lain fikir akuhomoseks...apa pendapat korang?.
Kalau homoseks tu bukan cinta kerana Allah. Tu cinta kerana NAFSU songsang
Apa itu cinta kerana Allah?
Antra ciri-ciri mencintai seseorang itu kerana Allah:
1. Cerita kebesaran Allah untuk meningkatkan IMAN
2. Mengajak berAMAL agama cara sunnah, contoh perintah Allah paling penting: SOLAT
3. Saling menambahkan pengetahuan agama dan praktikkan ILMU tersebut dengan ZIKIR (ilmu yang bermanfaat berserta mengingati Allah)
4. Saling menghormati semasa Muslim. Setiap orang Islam itu bersaudara
5. Berpesan-pesan kepada yang Haq dengan kesabaran. Lakukan semua ini dengann IKHLAS semata-mata kerana Allah
6. Berpesan-pesan tentang perintah Allah dan larangan Allah untuk selamat dunia dan akhirat
Wallahu a'lam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sewaktu bersahabat, anggapla persahabatan tu kerana Allah....tanamkan perasaan mcm tu...
tak kira waktu kita bertentang mata dengan dia, bersembg atau tolong dia, niatla kita menyanyangi dia sbg seorang sahabat....kerana Allah....
penuh keakraban...dan juga bersyukur.....
tp klau dia silap paham berterus terangla semoga segala sangka buruk tu dpt dirungkaikan....
selagi niat tu baik bukan melampui batas Insyaallah tak dak perkara bukan2 akan berlaku.....walaupun org anggap yg bukan2
[ Last edited by pinKy180 at 16-9-2007 10:35 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 16-9-2007 12:38 PM
Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda di antara golongan yang akan mendapat naungan di akhirat:
"Dan dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah keranaNya ...
Pelajarilah lagi tentang makna cinta kerana tersirat di dalamnya seribu makna serta rahsia yang perlu di rungkaikan. Falsafahnya tidak mudah bicara di bibir saja namun perlu diserap dalam jiwa yang bergelora penuh syahdu. Andainya sudah ada cinta dalam jiwa pastinya kelak akan terbakar dendam yang tidak terpadam.
Dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah manakan sama boleh hanyut seperti cinta Laila pada Majnun. Mata mu sebenarnya sudah buta dihijab dengan kekelaman dunia yang semakin gelap. Engkau begitu mudah terpedaya dengan bisikan halus menyanyikan berbagai alunan yang disangka merdu. Awaslah!
Engkau masih boleh terus bercinta namun dengan syarat cintailah Aku dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 Gravedigger's post
Aku tak faham la kau cakap apa...janganlah berbunga sangat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Akhlak Muslim Sebagai Sahabat
Dibawah Naungan Allah
Adalah suatu yang amat bernilai bahkan barangan yang jarang ditemui jika anda menjadi seorang sahabat kepada seseorang yang hanya diikat dengan ikatan akhirat, bukan ikatan dunia, ikatan syurga bukan manfaat.
Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw melalui sabda baginda:
رجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه.
Maksudnya: 揇ua orang lelaki yang saling berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Beberapa Perkataan
Oleh kerana perkara ini amat penting, maka ia mestilah sentiasa diperingatkan dan diberikan amaran. Peringatan dan amaran paling baik boleh didapati daripada golongan salafussoleh yang terlebih dahulu telah melalui jalan Islam ini.
Abdullah bin Mas憉d berkata: 揟iada suatu perkara yang lebih menunjukkan kepada sesuatu bahkan lebih daripada asap yang menunjukkan kepada kewujudan api, lebih daripada seorang kawan kepada seorang kawannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya Kematian
Ini adalah jeritan amaran dan peringatan agar anda tidak tergelincir bersama-sama dengan kawan-kawan yang tidak baik serta ahli maksiat yang akan mengakibatkan anda mendapat kesudahan hidup yang tidak baik.
Pernah berlaku bagaimana 慤qbah bin Abi Mu慳it hampir-hampir memeluk Islam dan mengisytiharkan keislamannya, tetapi oleh kerana sahabat baiknya bersumpah tidak akan bercakap lagi dengannya melainkan selepas 慤qbah meludah ke muka Nabi saw. Mendengarkan demikian, 慤qbah langsung pergi kepada Nabi saw dan meludah ke muka baginda. Dia juga meletakkan kakinya di atas tengkuk Nabi saw, bahkan lebih daripada itu, dia meletakkan perut unta di atas belakang Nabi saw ketika baginda sedang sujud. Semua ini beliau lakukan demi menggembirakan sahabat baiknya itu. Lalu Allah swt menurunkan firmanNya dalam surah al-Furqan, ayat 27-29):
وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَالَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلاً. يَاوَيْلَتِي لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلاَنًا خَلِيلاً. لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلإنسَانِ خَذُولا.ً
Maksudnya: 揇an (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: 揂langkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya). |
|
|
|
|
|
|
|
Hak-hak Persahabatan
Neraca persahabatan ialah dengan anda mengenali hak-haknya untuk anda menunai dan memenuhinya kepada sahabat anda, bukan untuk menuntutnya daripada sahabat anda. Firman Allah swt dalam surah al-Waqi慳h ayat 10:
وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ
Maksudnya: 揇an (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak). |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik-baik Sahabat
Hak paling besar yang boleh digunakan untuk menguji kesetiaan seseorang sahabat terhadap sahabatnya ialah pada masalah harta kerana dunia dan kemewahannya boleh berubah kepada sesiapa sahaja.
Sesiapa yang sanggup memberikan bantuan harta kepada sahabatnya yang sedang mengalami kesusahan, maka dia adalah sebaik-baik sahabat, tetapi dengan syarat bantuan itu diberikan dalam perkara kebaikan sahaja, bukan lainnya.
Fathi al-Mawsili dan 慖sa al-Tammar adalah dua orang sahabat yang baik. Pada suatu hari, Fathi datang ke rumah 慖sa tetapi 慖sa tidak ada di rumah. Lalu Fathi berkata kepada hamba perempuan 慖sa: 揔eluarkanlah uncang duit saudaraku. |
|
|
|
|
|
|
|
Janganlah Anda Bersahabat Dengan Syaitan
Tugas syaitan ialah menyeru kepada kemungkaran dan kejahatan kemudian kepada neraka |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 eastrun's post
aku harap dengan penjelasan diatas dapat menghuraikan kemusykilan yang bersarang difikiran...sesungguhnya yang Baik itu datang dari Allah SWT dan buruk datang dari kelemahan diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 Samiyusuf's post
Aku rasa macam nak nangis/sebak bila baca post ko...Aku try nak jadi kawan yang kau cakapkan tu...tapi aku gagal...aku sedih sebab aku cuba tunjukkan penghargaan kepada kawan, tetapi boleh pula dia fikir lain.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 eastrun's post
Banyakkan bersabar..ingatlah bahawa semua itu dugaan hidup.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|