CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: sLapshock

Sah atau tidak kahwin dengan seorang bukan Muslim?

[Copy link]
Post time 2-10-2007 12:24 AM | Show all posts

Reply #17 permatahatiku's post

Salam sejahtera permatahatiku,

Terima kasih kerana membawa rujukan Q2:221 sebagai sandaran justifikasi hukum lelaki/perempuan Islam berkhawin dgn "almushrikati/almushrikeena".

Sebagai permulaan benarkan saya merujuk kepada terjemahan permatahatiku untuk sama-sama kita melihat konteks ayat tersebut.

Satu perkara yg dapat dilihat adalah ayat "kafir musrhrik" tidak ada disebutkan didlm teks bahasa arab.  Yang ada cuma "mushrik".  Penambahan kepada ayat2 asal perlu dielakkan untuk kita dapat melihat makna dan konteks asal ayat tersebut.

Juga penambahan yg diletakkan didalam kurungan perlu juga diteliti agar tdak membawa maksud yg menyimpang dari maksud asal.

Jika kita dapat meneliti ayat Q2:221 tanpa penambahan2 tersebut, maka persoalan yg memerlukan kajian adalah siapa yg dirujuk sebagai "almushrikati/almushrikeena"?

Kenapa "almushrikati/almushrikeena" dikaitkan dgn golongan yg dikatakan sebagai "menarik/menawan hati" yg ditegah utk dikahwini?

::
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2007 07:38 AM | Show all posts
Originally posted by dempol at 30-9-2007 08:10 PM


sekarang kalau nak cari yg betul2 ahlil kitab memang tak akan jumpa..cuma sesetengah orang kata..yg betul2 ikut ahli kitab ni(selain Islam)..hanya tinggal di Baitul Laham(Betleham)..bagi masy ...


Yg masih betul betul ahli kitab yg asli lagi tulin ialah KITA(Islam)
So, cari lah Ahli Kitab yg beragama ISLAM.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 12:42 PM | Show all posts
dipetik dari laman web ust.zaharuddin

Assalamu'alaikum...

Ustaz zaharuddin....nak tanya.. saya agak confius dgn takrifan ahli kitab yg sebenarnya... Sbb some people said ahli kitab tu "Sesiapa samada yahudi atau kristian yg percaya akan adenye tuhan x kisah klu trinity pun dan beriman dgn nabi musa, isa dan lain-lain.." yg kira wara' dlm agama mereka la...  jadi mereka mengatakan yang orang Cina dan india yg kristian di Malaysia ini juga dikira ahli kitab....btol ke?

And takrifan ni pulak mereka kata merujuk kpd takrifan yg diberi oleh Sheikh Yusof Qardawi...

saya x dpt cari lg artikel Yusof Qardawi tu...klu ade blh ustz tlg sertakan dan jelaskan...

terima kasih...

Ramdan karim,


salam bahgia kpd semua, just nak share information dgn sahabat kita, walaupun saya bukan ust zahruddin.

Soalan yg sama pernah saya kemukakan kpd salah seorang anggota ahli fatwa eropah yg berada kt UK, namanya Syikh Abdullah Judai, (ulama dari Basrah,Iraq) kebetulan hadir ke kelasnya. Dia jawab, untuk mengenali ahli kitab, kita boleh tentukan melalui beberapa ciri, antaranya ialah, kita lihat dari segi umum, iaitu hari perayaan mereka, kesimpulanya, di Britain, majoriti rakyat Britain meraikan perayaan krismas. So, mereka boleh digelar ahli kitab, meskipun mereka kurang berpegang pada agama mereka. (tapi jawapan yg diberikan kurang memuaskan, kerana ianya terlalu umum). meskipun begitu, dari pengamatan saya, ada beberapa hujah yg boleh dipertimbangkan oleh kita, ianya boleh di lihat dari sudut berikut:
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 12:43 PM | Show all posts
1- Ahli kitab masih wujud dizaman kita


1.1- Kerana Nas al-Quran telah menjelaskan perkara tersebut didalam banyak bab, contoh perkahwinan dan makanan, jadi, jika kita nafikan akan kepupusan ahli kitab, seolah2, ayat alQuran yg berkaitan dengan ahli kitab tidak valid hingga ke akhir zaman, dan ini bertentangan dengan ciri2 alQuran yg berkekalan sehingga hari Qiamat.


1.2-Allah mengetahui apa yg akan berlaku pada masa akan datang, contoh, di beberapa negara eropah yg padanya terdapat penganut agama islam, jika mereka ingin berkahwin, seakan2 mustahil untk mendapatkan calon muslim atau muslimah, justeru itu, mereka diberi kelonggaran utk berkahwin dgn ahli kitab, tapi jika kita nafikan akan kewujudan ahli kitab, maka apakah jalan penyelasaian terhadap mereka ini. Manakah lebih baik berkahwin dengan ahli ktab yg tidak mengamalkan amalan mereka dgn sepenuhnya atau berzina. (dar`ul mafsadah, jalbul maslahah) tolak keburukan, bawa kabaikan.


2-ahli kitab x wujud


2.1- mereka x amalkan ajaran mereka. tapi jika mereka amalkan pun, sememangnya ajaran mereka dah terpesong.Jika kita pernah terbaca mengenai pengumpiulan kitab mereka,, dari 400 hingga 4 biji. kita sudah boleh memahami hakikat sebenar ajaran mereka.


Insyalah ust zahruddin boleh bagi ulasan lagi..sekadar pandangan ringkas dri saya.waslm

Zubir


JAWAPAN UST ZAHARUDDIN

Assalamualaikum,


Terima kasih bagi syeikh zubir yang memberikan pandangan, padangan yang baik juga. alhamdulillah  


Ulama semasa berbeza pandangan dalam menentukan status ahli kitab ini pada zaman ini.


1) AHLI KITAB WUJUD HARI INI


Ia adalah pandangan kumpulan majoriti ulama semasa termasuk Al-Qaradawi (di ambil dalam fatwa beliau berkenaan boleh makan daging di neagar yang majoriti kristian dan yahudi, bgmnpun dalam fatwa beliau berkenaan kahwin dgn ahli kitab- beliau ada meletakkan syarat agar di semak terlebih dahulu samada wanita itu betul2 kristian dan yahudi atau hakikatnya athies), Al-Buti, Dr Wahbah Az-Zuhayli dan lain-lain menyatakan bahawa mereka di anggap ahli kitab selagi mana mereka percaya kepada Allah SWT. Ini adalah pandangan mcm syeikh yg di tanya di bawah tu, mereka lebih cenderung memberikan keringanan sebenarnya.


Antara dalil mereka adalah seperti di sebut oleh zubir tadi juga.

   

2) STATUS AHLI KITAB HARI INI DIPERTIKAI


Manakala kumpulan minoriti menolak pandangan di atas. Menurut mereka , untuk digelar ahli kitab , sesorang Yahudi dan Nasrani (kristian) itu mestilah berpegang teguh dengan ajaran agama samawi masing-masing, adapun, jika mereka berpegang dengan ajaran palsu hari ini di campur pula dengan tidak mengendahkan hal ehwal hukum agama mereka. Mereka tidaklah layak di gelar Ahli KItab lagi.


Kumpulan ini berpegang kepada athar dari Sayyidina Ali KW yang menyebut tentang Yahudi Bani Taghlib dengan katanya :


إنهم لم يأخذوا من النصرانية إلا شرب الخمر وأكل الخنزير

Ertinya : "Mereka tidak mengambil apa-apa dari ajaran Nasrani kecuali untuk minum arak dan memakan babi" ( Rujuk : Al-Majmu' oleh Imam An-Nawawi, 9/74)


Ini bermakna Ali r.a seolah-olah tidak setuju dgn pengiktirafan ahli kitab kepada mereka yang tidak berpegang dgn sepenuhnya.


Ia juga berdasarkan athar :-


عن نافع مولى ابن عمر: أنه كان إذا سُئِل عن نكاح النصرانية واليهودية، قال: إن الله حرم المشركات على المؤمنات، ولا أعلم من الإشراك شيئًا أكبر من أن تقول المرأة: ربها عيسى، وهو عبد من عباد الله (انظر: البخاري مع الفتح "9/416" حديث "5285" باب قول الله تعالى: (ولا تُنْكِحُوا المشركاتِ حتى يُؤْمِنَّ..) من كتاب الطلاق، وانظر: تفسير ابن كثير "1/258"، ط الحلبي. وتفسير القرطبي "3/68" ط. دار الكتب).


Ertinya : Ibn Umar ditanya berkenaan hukum berkahwin dengan ahli kitab nasrani dan yahudi, maka dia berkata : " Sesungguhnya Allah mengharamkan berkahwin dengan kaum wanita musyrik, dan tidak ku ketahui syirik yang terbesar daripada seorang wanita berkata : " tuhannya Isa, dan dia pula hamba dari hambar Allah ( Rujuk Fath al-Bari, haditth no 5285, )


Justeru, ini seolah menunjukkan bahawa kristian yang mempercayai triniti seolah2 telah terkeluar dari ajaran kelas ahli Kitab iaitu nasrani kerana kekarutan mereka. Terutamanya kristian di zaman ini yang kebanyakkan adalah athies dan hanya nama sahaja Kristian tetapi tiada berpegang dgn ajarannnya.


Kesimpulan saya


Jika berpegang penuh dengan segala ajaran agama yahudi dan nasrani itu di anggap syarat untuk digelar ahli kitab, maka ramai pula nanti Umat Islam yang tidak layak digelar 慚uslim' juga, kerana pegangan mereka yang amat longgar. Kerana inilah majoriti ulama berpendapat, syarat utamanya utk diterima sebagai ahli kitab dan terpakai semua hukum ahli kitab di dalam quran adalah PERCAYA kpd kewujudan Allah (sebagaimana Al-Qaradawi yang meletakkan syarat, asalkan jangan athies atau komunis - iaitu yg jenis tak percaya tuhan).


Justeru ahli kitab yang percaya trinity dan lain-lain itu tetap di anggap ahli kitab berdasarkan firman Allah yang menggelarkan mereka  dengan nama AHLI KITAB walaupun mereka telah menyeleweng dalam aqidah mereka iaitu :-


يا أهل الكتاب لا تغلوا في دينكم ولا تقولوا على الله إلا الحق، إنما المسيح عيسى بن مريم رسول الله وكلمته ألقاها إلى مريم وروح منه، فآمنوا بالله ورسله، ولا تقولوا: ثلاثة، انتهوا خيرا لكم إنما الله إله واحد، سبحانه أن يكون له ولد، له ما في السموات وما في الأرض، وكفى بالله وكيلا}النساء:171


Ertinya : " Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampau-lampau dalam agamamu, dan janganlah mengatakan tetang Allah kecuali yang benar, Sesungguhnya Al-Masih Isa anak Maryam itu adalah rasulullah, dan ia di letakkan kepada Maryam dan ruhnya dating dari Allah, maka berimanlah dengan Allah dan rasul-rasulNya, jangalah kamu mengatakan "tiga", tamatkanlah dakwaan itu lebih baik bagimu, sesungguhnya Allah itu esa, maha suci Allah dari mempunyai anak....( An-Nisa : 171)  


Wallahu a'lam.


p/s : Sepuluh malam terakhir dah hampir...Jgn lepaskan peluang..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 02:26 PM | Show all posts
sdr M5 yg dihormati..

tafsiran tu dirujuk dari jawapan yang diberikan oleh Dr Abd. Hayei b Abd Syukur (bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam UM) berkaitan permasalahan perkahwinan berlainan agama. Ini adalah jawapan penuh yang diberikan oleh Dr Abd Hayei.

Oleh: DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR (Akademi pengajian Islam)

Sebagai seorang wanita beragama Islam, anda tidak dibenarkan sama sekali menjadi isteri kepada lelaki bukan Islam sekalipun dia merupakan seorang penganut agama Kristian kerana dibimbangi nanti dia akan mempengaruhi anda supaya menukar agama.
Sesebuah rumah tangga hendaklah didirikan di atas asas-asas kebahagiaan dan kerukunan, di atas prinsip keimanan dan ketakwaan. Islam meragui bagaimana keamanan boleh diwujudkan dalam sebuah rumah tangga yang isterinya beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. sedang suami memusuhinya. Lambat laun sama ada rumah tangganya runtuh atau isteri secara paksa atau sukarela akan menurut agama suaminya.
Lain halnya dengan suami yang beragama Islam, berkahwin dengan wanita ahli kitab (beragama langit). Suami ini tetap beriman kepada nabi-nabi Isa dan Musa yang diimani oleh penganut agama Yahudi dan Kristian. Pasangan mungkin beroleh kebahagiaan sepenuhnya kerana suami tidak perlu memaksa isteri menurut agamanya. Hanya jika isteri yang beragama Kristian atau Yahudi itu menyatakan kesediaannya beragama Islam, maka itulah yang diharap-harapkan dan selesailah masalahnya.
Rujukan perkahwinan antara pasangan berlainan agama ini, antaranya ialah firman Allah yang bermaksud: Dan jangan kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman memeluk Islam dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik (al-Baqarah: 221).
Islam tidak membenarkan perkahwinan antara seorang muslim dengan wanita kafir musyrik (penyembah berhala) kerana perbezaan akidah antara pasangan ini terlalu jauh. Mereka berbeza tentang hari akhirat, syurga, neraka, dosa dan pahala, kira-kira sukar untuk dicari jalan damai antara mereka padahal perkahwinan itu suatu usaha bagi mencari kedamaian.
Islam juga melarang wanitanya mengahwini lelaki bukan Islam, seperti dinyatakan terdahulu, kerana Islam tidak membuka jalan bagi orang kafir berkuasa terhadap orang Islam. Jika jalan perkahwinan dibuka kepada bukan Islam dengan membenarkan mereka mengahwini wanitanya bermakna tiada halangan bagi bukan Islam berkuasa terhadap orang Islam, sedangkan Allah berfirman yang bermaksud: Dan Allah tidak sekali-kali memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman (an-Nisa
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 04:06 PM | Show all posts

Reply #25 permatahatiku's post

Salam sejahtera permatahatiku,

Jika saudara/i melihat sandaran yg dibawa oleh Dr Abd Hayei, beliau masih lagi menggunakan perkataan "kafir mushrik" didlm terjemahan Q2:221 sedangkan secara terang-terangan perkataan "kafir" itu tidak wujud didlm teks arab didlm ayat tersebut.

Kenapa perlu akan penambahan ini?

Kita kena melihat ayat secara menyeluruh bagi menentukan maksud dan konteks bacaan yg dibawa oleh  ayat yg dirujuk.

"Mushrik" didlm konteks bacaan Q2:221 TIDAK merujuk kepada "setting up partners with God" atau "menyekutukan Tuhan".

"Mushrik" dari kata akar Sh-R-K (/syirik) boleh juga membawa maksud "berkongsi".  Didlm konteks bacaan Q2:221, ayat tersebut melarang manusia (lelaki/perempuan) dari berkahwin dgn orang yang sudah berpunya.

Rumah tangga yg didirikan atas konsep poligami akan mendorong kepada "api/panas" tetapi perkahwinan monogami boleh membawa kepada "taman/garden/Paradise

Salam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2007 10:58 PM | Show all posts

Reply #17 permatahatiku's post

Beriman kepada Allah tidak semestinya Islam......
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 11:46 PM | Show all posts

Reply #27 St.Yeepi's post

sebutan yang sama tapi i'tiqat berbeza
hasrat yang sama tapi haluan masing2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 1.140735 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list