CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3291|Reply: 2

macam mana nak bayar fidyah dan kiraanya

 Close [Copy link]
Post time 3-10-2007 06:35 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum...

maaf yer kalau nak ubah tajuk ni kat forum  lain  pun tak pa tapi msg saya kat  dulu yer....
nanti senang saya nak cari...
saya pun tak tahu nak letak kat mana tajuk ni kat forum mana.....

macam ni sekarang saya tengah tak tahu macam mana nak bayar fidyah dan kiraannya...
sapa2 yang tahu cara kiraannya tolong la ye beritahu saya.....

ni saya petik dari harian metro >
Soalan

KETIKA awal baligh (umur 12 tahun) dulu saya pernah meninggalkan puasa,tetapi tidak menggantikannya. Saya hanya belajar menggantikan puasaapabila berumur 16 tahun dan sehingga kini saya masih melangsaikanhutang puasa ketika kecil dulu.


Kini saya berumur 25 tahun dan tidak ingat berapa hari yangtertinggal. Bagaimanakah caranya untuk saya membuat kiraan bagimenggantikan puasa berkenaan? Adakah saya juga perlu membayar fidyahkerana ketika itu saya baru saja didatangi haid? Jika ya, bagaimanakahcaranya ?

LINA
Bangi, Selangor

Jawapan

Puasa pada Ramadan antara rukun Islam yang wajib dilaksanakansetiap orang Islam yang baligh, berakal dan sihat untuk melaksanakanibadat ini.

Puasa yang ditinggalkan wajib diganti atau diqada sebelum masuk tahun puasa yang berikutnya.

Jika puasa itu tidak diganti sehingga terlepas tahun puasaberikutnya, ia masih wajib diganti tetapi wajib pula membayar fidyahsebanyak secupak bagi tiap satu hari yang tertinggal sebagai kafarahatau denda melewatkan ganti sehingga tertunggak tahun berikutnya.

Tanggungjawab saudari sekarang ialah mengira semula berapa hariyang tertinggal dan berapa tahun yang tertunggak, jika lima haribermakna lima cupak beras dan didarabkan dengan tahun yang tertunggak,itulah jumlah fidyah yang mesti dibayar.

Jika sukar membayar dalam bentuk beras, ia boleh dinilai dengan harga iaitu nilaian terkini ialah RM1.20 bagi setiap cupak.

Ini bagi yang ingat dengan tepat jumlah hari yang tertinggal. Jikatidak ingat, beri sedekah sehingga dirasakan oleh hati kita terbayarsemua hutang kepada Allah.

.................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2007 07:27 PM | Show all posts
nk tanya sket..kalu kita nk bayar fidyah ni, perlu akad x? macam kita bayar zakat fitrah?atau just niat dalam hati?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 07:57 PM | Show all posts
Sila refer pada topik perbincangan yg kita dah adakan pada tahun lepas:

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=245852

Boleh sambung perbincangan dalam topik tersebut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.649647 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list