CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: soul

Mesrakah masjid dengan kanak-kanak? - Utusan 5/10/07

[Copy link]
Post time 6-10-2007 02:49 PM | Show all posts
Kalau my statement ni menyinggung perasaan orang lain kat sini, I mintak maaf dulu.

In my opinion, kalau nak bawak budak2 pergi masjid, make sure budak2 can follow instruction, in this case, umur dalam lingkungan 10 years and above.

Rata2 yang komen kat sini bawak budak2 ke masjid sebab nak biasakan diri diaorang dengan masjid - which is good tapi kurang sesuai digunakan alasan ni kalau bila sampai je ke masjid, biarkan budak2 tu main. I mean, that defeats the purpose la kan? Lainla kalau nak solat, budak tu pun solat sekali etc., ajar dia adab2 dalam masjid, baru betul dengan niat.

Rata2 yang saya tengok, bawak budak2 ke masjid, dahla biarkan budak2 main, buat bising, ganggu jemaah, maybe that's why some masjid tak bagi bawak budak2. Parents kena be responsible sikit.

Lagi satu pengalaman saya kat surau dekat dengan perumahan, ada one mother, bawak anak dia, kecik2 lagi, about 6 orang semuanya under the age of 12. Memang ganggu jemaah dengan bisingnya, lari2 di tengah2 saf, lepas tu mak tak larang pulak. Alasan dia nak cari pahala terawikh. Tapi at the expense of other people punya pahala solat ke?

Bukankah lebih baik kalau dia duduk kat rumah, ajar anak2 dia tu cara solat terawikh betul2 dulu, kalau dah responsibility dia as a mother is to take care of her children, kenapa tak prioritize tu dulu? Pahala di bulan Ramadhan bukan pada tarawikh saja kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2007 06:58 PM | Show all posts

Reply #23 pandora272's post

betul tu....

kalau nak bawa budak masuk masjid pun,pastikan budak tu jenis tau adab2 di masjid...apa keharamjadahnya bawa budak2 yg mmg tak akan semayang di masjid,mengacau orang semayang,tarik telekung jemaah pompuan,pasang mercun baling kat tepi tingkat masjid dan buat bising lebih kuat dari bunyi bacaan imam?:@

aku penah jumpa sekumpulan budak2 masuk masjid bukannya nak semayang tarawikh,tapi duduk lalu depan orang tgh solat,gelak2 sambil sentuh punggung orang masa tgh sujud atau rukuk......aku biar je diorang sebab masa tu aku bukan lagi sasaran diorang.

masuk hari ketiga,akhirnya diorang jadikan aku sebagai sasaran....silap besar betul diorang hari tu.....akibatnya,3 dari kumpulab budak kecik aku bagi tomoi dekat diorang sorang satu...salah satu dari budak tu terus lebam dahi dia kena sebijik dari aku.....selepas itu,diorang tak datang dah masjid untuk buat kacau...Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 09:25 PM | Show all posts
Originally posted by pandora272 at 6-10-2007 02:49 PM
Kalau my statement ni menyinggung perasaan orang lain kat sini, I mintak maaf dulu.

In my opinion, kalau nak bawak budak2 pergi masjid, make sure budak2 can follow instruction, in this case, u ...


setuju. memang ada jenis parents yg biarkan saja anak2 mrk berlari sana sini buat masjid mcm rumah sendiri. klu tak boleh control anak2 dari ganggu jemaah lain better jgn bawa mrk ke mesjid.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 03:35 AM | Show all posts
hohoho,,,lepas baca kat sini,,, baru lah saya tahu
tentang beberapa perkara yg saya tak tahu,,

lepas ni kalau saya pegi masjid saya nak ajak kanak2 yg dah sunat supaya penuh kan saf depan,,,supaya mereka tak buat bising,,, nanti bile dah jadi amalan camtu,,mesti ramai bebudak nak cunat cepat2 kan,,

buleh ke camni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 09:23 AM | Show all posts

Reply #17 zerozone's post

Terimakasih kepada tuan kerana memberi hadith2 dan pendapat2 ulamak yang cukup jelas pasal saf kanak-kanak ni.

Jelas pendapat ulama shafie kalau tempat dewasa tak ada kosong (spt masa solat isya bulan puasa ni), patutlah anak-anak yang belum mumaiyiz atau belum baligh dibelakangkan. Kalau solat zuhur waktu bulan tak puasa, bolehlah anak2 itu join sekali dengan orang dewasa kat depan kalau dia dah pandai solat.

Masalah orang kita ni,  mak bapak, depa cuma teringat nak bawa anak mai solat waktu bulan puasa saja (sbb waktu tu saja depa mai masjid/surau), waktu lain tak pula nak bawa.

Perkara ni walaupun hadith tak ada sebut atau sebut sebaliknya, ternyata huraian para ulama mengambil kira faktor2 lain seperti saiz jemaah dsbgnya. Adab sopan amat penting dalam Islam, orang dewasa yang dah TAKLIFI perlulah diberi keutamaan mendapat pahala yang lebih berada di saf depan. Kalau ruang cukup, bolehlah anak2 tu mai depan. Yang dewasa dtg solat lewat tu, nasib ko lah duduk belakang.

Kita yang baru belajar ni,  nak hurai pakai hadith sahaja tanpa mengambil kira faktor2 lain yang kita tak tahu, kadang2 boleh buat silap.

Tentang solat BERKEPIT dengan anak ni, saya hairan tak ada lagi orang panggil bid'ah, sedangkan ianya tak pernah dibuat Nabi atau sahabat. Terutama ada bapak2 punya nak berkepit dengan anak sampai sanggup TIDAK memenuhi saf yang kosong di hadapannya  (kerana ruang kecik tak cukup untuk dia dan anak atau anak-anaknya) dan dok silakan orang lain ke depan.

Itu riyak namanya. Memenuhi saf depan itu suruhan Nabi saw yang besar, amat-amat digalakkan terutama saf depan sekali. Banyak sangatkah pahala kita ni? Pada masa yang sama, kita dok ajar anak kita tu tak mengapa tak penuhkan saf depan. Tidakkah ajaran songsang jadinya tu.

Adakah cara terbaik mengajar anak solat itu dengan solat berkepit dengannya, sehingga sanggup mengabaikan suruhan Nabi saw? Bagi saya di rumah lebih baik kalau nak mengajar, kita boleh tengok cara sujud/ cara ruku' dia dan tegur mana yang patut. Kalau kita pun dok solat, macam mana nak perhati dia?

Di mana prioriti kita?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 6-10-2007 11:52 AM
tentang soal sosial kanak-kanak agar bergaul dengan kanak-kanak lainitu memang bagus, tetapi sosial-soasial juga... kalau dah menganggujemaah lain bersolat bukankah berdosa? berbual-bual..... kebanyakkankanak-kanak bermain-main dengan kanak-kanak lain..apa boleh buat dahjumpa geng katakan.



Tentang komen tentang bagi anak2 bersosial dalam masjid itu, yang sayamaksudkan bukan bagi anak2 tu berbual. Biar saya berkongsi pengalaman saya sedikit. Sebab saya kenal anak2 di tamansaya yang rajin solat, saya suruh anak2 saya cuba solat berhampiranmereka, jadi boleh anak saya boleh ikut budak2 tu.

Kadang2 waktu balik,depa cerita budak ni suka kacau depa solat dsbgnya, saya akan kata nexttime solat kat tempat lain.  Kadang2 depa tanya saya - ada budak tu..tu waktu solat dia lepas ruku' dia lari pi belakang, jadi saya akan ajar tak boleh buat begitu batal  solat. This is part of the learning process. Depa ni bukannya wajib lagi sembahyang, so biarlah mereka belajar yang mana betul, yang mana tak betul.

Fahaman saya, benda ni ongoing process, bukannya boleh buatsecara instant, kena buat istiqamah. Ibu bapa kena berbual dengan anak2 lepas solat tu kalau perlu, mereka juga perlu belajar realiti sikit2 dari masyarakat, bukan yang betul sahaja untuk diikuti tapi juga yang tak betul juga utk dijauhi. Sampai bila anak2 kita nak solat berkepit dengan kita?

Itulah maksud saya bersosial di surau tu.

Insyaallah kita cuba didik anak dengan cara yang berpatutan mengikutpenilaian masing2 di tempat masing2 dengan ilmu yang Allah bagi katkita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2007 02:58 PM | Show all posts

Reply #14 yusrin's post

maafkan saya

sebenarnya hal ini merupakan hal peribadi saya dengan lelaki tua tersebut, memang benar saya sudah melampau sedikit dalam soal ini.

lucunya... ketika saya membalas post saudar sebelum ini saya ada seorang sahabat yang sama-sama belajar psikologi. kami cuba membuat beberapa eksperimen. selepas melihat post saya hantar sebelum ini ...tahu tak apa dia cakap...

"tak perlu buat eksperimen lagi, kamu dah tunjukkan contoh terbaik"

hakikatnya orang tua tu dengan saya ada sedikit masalah besar, ibu saya ada darah tinggi dan dalam tahun ini sudah dua kali dia masuk hospital kerana darah tinggi. Ibu saya ada membeli tanah daripada orang tua tersebut ketika saya masih sekolah menengah. ayah saya uruskan hal ini tetapi ketika membuat pembayaran ayah saya telah tersilap bayar pada anaknya yang mana anaknya melesapkan duit tersebut dan timbul masalah.

selepas itu ibu saya salahkan ayah kerana tidak berhati-hati.. rm16 ribu maa paling malang ayah saya tidak pernah buat surat perjanjian tentang tanah tersebut wadahal hal ini lama berlarutan sehingga ibu saya sudah siapkan rumah diatas tanah tersebut. masa ni saya sudah habis universiti...ayah saya pula enggan menguruskan lagi soal tanah tersebut dan memaksa mak saya pula turun naik pejabat tanah.

untuk menampung sebahagian duit yang terpaksa dibayar balik saya jadi guru dan berkhidmat disarawak. walapun saya tak penah cakap untuk tolong mak tapi mak tahu saya enggan masuk maktab ketika habis SPM. sekarang pembayaran selesai namun lelaki tua itu tidak mahu pecahkan tanah tersebut dan enggan memberikan geran tanah.... mak saya selalu cakap kita ni bila-bila masa sahaja boleh kena halau dari rumah ini.

nasib baik tanah itu dibawah nama anak perempuannya dan anak perempuannya itulah yang menguruskan soal geran untuk mak saya namun geran mak saya hilang ketika berada dipejabat tanah, hasil siasatan kerani yang merupakan saudara lelaki tua itulah yang mencuri (dia mengaku selepas itu). itulah timbul kes dimana lelaki tua itu membuat ancaman bunuh kepada anak perempuannya. satu malam tak dapat tidur..... polis datang dan buat siasatan.nasib baik tak terjadi apa-apa.

sekarang saya di sarawak dan dua tiga minggu ini mak saya selalu telifon mengenai masalah ini... mak saya pula diugutnya. manalah saya tak tertekan dengan si tua ini... pakai kopiah selalu kemasjid.... sebab tu walaupun saya suka kemasjid saya tidak pergi kesana.saya boleh tahan orang maki saya tapi bila orang maki mak saya..

maafkan saya, sebenarnya tiada alasan saya untuk bersikap melampau... mengatakan orang orang tua tersebut bodoh sombong.... entahlah, seketika saya dikuasai perasaan marah dan benci.

harap maafkan saya
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 03:01 PM | Show all posts

Reply #26 always_typo's post

Hmm.. baiklah

maafkan saya..saya agak tertekan sekarang terutama melibatkan soal lelaki tua yang saya maksud kan..saya tak dapat berfikir dengan baik... alhamdulillah kawan saya ada nasihatkan saya.

terima kasih kerana sudi berkongsi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.053169 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list