View: 4592|Reply: 8
|
Halalkah membaca mantera?
[Copy link]
|
|
Assalammualaikum
Just nak tanya, halalkah kalau kita membaca mantera seperti pos yang saya dapat dari e-mel seperti ini:
Untuk mendapat cahaya tubuh dan suara yang bagus,lakukanlah hal berikut:
Caranya,setiap pagi setelah bangkit dari tidur,sebelum melakukan apa-apa,lakukanlah hal berikut dahulu.
Ambillah segelas air putih,lalu dibacakan mantra berikut 3X (setiapsatu bacaan hembuskan ke air tadi),dgn dimulai Al-Fatiha sebelummembaca mantra.
MANTRANYA:
(1)
Bismillahirahmannirrohim
Allah huma zakina,
Allah kulu zain kadir,
Aku nampilkan cahaya Allah Ditubuh ku,
Cahaya Muhammad dibadan Ku,
Irik mudik burung terbang,
Mendengar suara aku,seperti suara Allah Nabi Daud,
Orang bunting sedangkan gugur,
Budak-budak sedangkan terjaga,
Mendengar suara aku seperti suara buluh perindu,
Kabar Guru Sajab kepada aku,
Dengan berkat doa,
Laillah Haillallah Muhammadurrasullullah.
Dan untuk menambah akan hasiat mantra ini,bacalah mantra ini sebanyak 7X selesai solat wajib 5 waktu.
MANTRANYA:
(2)
Bismillahirahmannirrohim
Buluh pelalak,buluh perindu,
Tiga dengan pucuk aru,
Hati mendengar hati nan pilu,
Mendengar suara sri gansa,
Kus Semangat......... ,Umat Muhammad,
Tunduk kasih kepada aku seorang,
Kabar Guru Sajab kepaku aku,
Dengan berkat doa,
Laillah Haillallah Muhammadurrasullullah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hanya nak tahu.... |
|
|
|
|
|
|
|
tu dah salah tu..cuba ko solat sebut itik bagai..sah tak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 eastrun's post
adeehh... gerunnya.....
nabi xmengajarinnya....
Allah berfirman (mafhum璶ya) : 揇an Kani turunkan
dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Wikipedia..
Mentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra" atau "manir" yang merujuk kepada kata-kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda. Dalam masyarakat Melayu,mentera atau juga dikenali sebagai jampi, serapah, atau seru merupakansejenis pengucapan yang berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan penuturnya. Antara lain, mentera merupakan ayat yang dibaca bagi melakukan sihir, iaitu melakukan sesuatu secara kebatinan, seperti menundukkan musuh, melemahkan musuh, atau memikat wanita.
Selain itu mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-biasa yang membolehkan pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi.
Antara ciri-ciri mentera adalah ia berbentuk puisi, isi dan konsepnya melambangkan kepercayaan masyarakat masa itu, dicipta bagi satu tujuan tertentu.
Secara kebiasaannya, ia bersifat sihir simpati, iaitu sesuatu sifat disebut atau dikaitkan agar pembaca mentera tersebut dapat memiliki sifat yang sama. Sebagai contoh bacaan mentera, "....Aku bukan tepuk bantal, tetapi tepuk hatimu....." dan yang lain-lain yang seumpama dengannya.
Ciri-ciri umum sesuatu mentera biasanya adalah :-
- Ia terdiri daripada beberapa rangka yan berirama.
- Kandungannya mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib
- Ia diamalkan dengan mempunyai matlamat tertentu.
- Ia diwarisi daripada perguruan atau melalui cara ghaib seperti menurun atau mimpi.
- Biasanya memerlukan pengamalnya yakin bersungguh-sungguh, dan sekiranya pengamalnya berasa kurang keyakinan, ia akan menjadi tawardan tidak berkesan.
Antara jenis mentera adalah:
- Mentera pakaian diri
- Mentera perubatan
- Mentera pendinding
- Mentera upacara tertentu
- Mentera pembinasa bagi melakukan sesuatu perkara terhadap musuh.
Mentera dalam kepercayaan Melayu telah mengalami perubahan daripada kepercayaan anisma, kepada kepercayaan Hindu dan kemudiannya kepada kepercayaan Islam. Oleh itu tidak menghairankan bahawa terdapat istilah-istilah Islam yang digunakan dalam mentera yang menggantikan istilah Hindu pada awalnya. Salah satu contohnya adalah mentera pengasih seperti di bawah.
Bismi扞lahi 扡-Rahmani扡-Rahim
Tepuk bantal panggil semangat
Semangat datang dalam mimpi
Aku tak menepuk bantal
Aku menepuk jasad dan roh (si anu)
Satu badan dua nyawa
Satu jasad dua nyawa
Rindu kasih sayang kasih
Goncangkan jasad dan roh .........
(Ahmad Samad, Masjid Tanah, Melaka dipetik dari Haron Daud 2001) |
|
|
|
|
|
|
|
Kebiasaannya pada penghabis mentera disebut dengan berkat doa lailahaillallah. ini selalu mengelirukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 ibnur's post
Tu la pasal..
Ada tau lagi buku...Yasin untuk rawatan dan doa..kat dalam tu pun banyak mantera...Tapi pada awal ayat tu dia ada sebut Allah, gak kan?... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu aku ada post soklan camni gak dalam thread soal jawab agama yang dulu...bro rdzacess yang jawab..aku nya mantera tak leh..aku dah bakar pon kertas tu...nanti dia balik aku minta tanyakan ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
Terlebih dahulu saya nyatakan bahawa kita perlulah sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam apa sahaja amalan yg dilakukan, baik qauli mahupun fi'li. Ini kerana setiap amalan yg dikerjakan itu ada perkaitan antara hamba dan rabnya. Ia mestilah menepati dan tidak melencong dari garis panduannya yg benar kerana setiap perkara yg tidak disukai dan diredhaiNya bakal mendatangkan kemurkaanNya kepada kita. Dalam masalah bacaan mantera ini saya katakan adalah elok kita tidak cuba mengamalkannya kerana boleh dikatakan hampir keseluruhan mantera adalah tidak benar dan sahih serta mengandungi perkara-perkara yg tidak patut lahir dari lidah seorang insan selaku hambaNya.
cuba kita perhatikan beberapa perkara yg saya boltkan di bawah ini :
Bismillahirahmannirrohim
Allah huma zakina,
Allah kulu zain kadir,
Aku nampilkan cahaya Allah Ditubuh ku,
Cahaya Muhammad dibadan Ku,
Irik mudik burung terbang,
Mendengar suara aku,seperti suara Allah Nabi Daud,
Orang bunting sedangkan gugur,
Budak-budak sedangkan terjaga,
Mendengar suara aku seperti suara buluh perindu,
Kabar Guru Sajab kepada aku,
Dengan berkat doa,
Laillah Haillallah Muhammadurrasullullah.
apa yg dimaksudkan dengan "menampilkan cahaya Allah dan Muhammad di tubuh badan?"
dan siapakah yg dimaksudkan dengan "guru Sajab" mengapa harus disebutkan namanya?
perkara ini kalau kita perbincangkan lagi secara mendalam, akan jelaskan khurafatnya.
tapi cukup saya nyatakan tidak perlulah saudara mengamalkannya.
salam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada unsur-unsur syirik di dalamnya, teks arabnya tak jelas. Tak salah baca mentera selagi tak ada menyertakan unsur unsur syirik. Selalunya mentera macam ini diturunkan oleh satu guru kepada murid disertai makhluk halusnya...
MANTRANYA:
(1)
Bismillahirahmannirrohim
Allah huma zakina,
Allah kulu zain kadir,
Aku nampilkan cahaya Allah Ditubuh ku,
Cahaya Muhammad dibadan Ku,
Irik mudik burung terbang,
Mendengar suara aku,seperti suara Allah Nabi Daud,
Orang bunting sedangkan gugur,
Budak-budak sedangkan terjaga,
Mendengar suara aku seperti suara buluh perindu,
Kabar Guru Sajab kepada aku,
Dengan berkat doa,
Laillah Haillallah Muhammadurrasullullah.
Dan untuk menambah akan hasiat mantra ini,bacalah mantra ini sebanyak 7X selesai solat wajib 5 waktu.
MANTRANYA:
(2)
Bismillahirahmannirrohim
Buluh pelalak,buluh perindu,
Tiga dengan pucuk aru,
Hati mendengar hati nan pilu,
Mendengar suara sri gansa,
Kus Semangat......... ,Umat Muhammad,
Tunduk kasih kepada aku seorang,
Kabar Guru Sajab kepaku aku,
Dengan berkat doa,
Laillah Haillallah Muhammadurrasullullah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|