View: 1648|Reply: 4
|
Sebagai Renungan Bersama
[Copy link]
|
|
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat-nikmat yang ada.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by reenz at 12-11-2007 04:49 PM
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktusolatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s
Siapakah orang y ...
.renung2 kanlah... |
|
|
|
|
|
|
nur_amin This user has been deleted
|
hmmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
MUNGKIN BEGINI LA KITA SEBENARNYA..(nice story to read)
Mungkin begini la kita sebenarnya
Oleh: Abu Naqibah
Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang
disiarkan
di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60 . Pelakon utamanya saya
tak
kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang
saya
ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal,
Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang
businessman yang sibuk.
Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di
belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap
pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut
terlanggar pintu tersebut dan te rgolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak
maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas
jalan,
datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la
dia.
Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.
Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)
"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal
tadi
ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu
keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih
menunggang
basikalnya.
Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar
dari
kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini.
Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan
melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta
Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know
what
to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).
Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga
selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang
berbasikal
tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.
Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal
mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku
supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula
yang
maut.
Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya
berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara
yang
macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah
kita
apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering
berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi
kita
pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?
Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau
berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia
yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit
dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit
dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu
dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.Kan ?
Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang
terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi
sesetengah
orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil?
Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana?
Jika
begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malangmanakala
sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?
Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).
Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa
yang
kita minta. Adaorang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan
dia
dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh.
Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya
imannya
tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.
Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan
Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan
keadaan
saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk.
Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak
kasihan
lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia
tiap2
hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya
katanya.
Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,
Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,
berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika
sebelum
Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang
itu
juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang,
Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...
Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah
yang
terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat
melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita
untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other
side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu
lebih
baik dari apa yang kita miliki.
Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang
dibawah.
Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak
bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar
peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya
sendiri
mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya.
Siapa yang taknak gaji besar, kan ?
Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke
hilir
mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal
stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah
RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki
sebuah
motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan
makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.
Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.
Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah
cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai
trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab
masa tu
saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi
bila
dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!
Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar!
Sekarang,
ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3
kali
ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut
mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya
panjang,
bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan
solat
hanya dalam masa 5 minit sahaja.
Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah
beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang,
semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang
penting
bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi
saw
kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok
kerana
Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati
saya.
Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah
dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat
bayang2.
Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok
hari.
Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat
(matahari),
dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka
bermohonlah
kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa
ada
izin dariNya.
Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar
ansuran
rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit
makan,
tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat
kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak
cari
kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan
dan
umur pun dah makin lanjut.
Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk
besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin
dia
pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri
keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia
dapat
banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak
rehat.
Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.
Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.
Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari
Ahad
je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke
masjid
pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak
boleh
dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang
kehidupan
dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah
telah
menunaikan..-. |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan..
Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya
pasti,
saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat
saya
nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak
saudara2
sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita
buru?
Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita
bersyukur
dan berapa kali pernah kita katakan cukup?
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak
kita
bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat
nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan
Allah
berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang
tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang
lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya
Allah yang layak untuk bersifat sombong.
Wallahu'alam.-..
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini
kami
lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga
Mu.
Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan
yang
tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...
Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULIL-LAH
......"
" Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat
SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus
ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR
dan
mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan
pada
dirimu.
Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada
dirinya,
bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita " |
|
|
|
|
|
|
| |
|