View: 3218|Reply: 7
|
MyMode - Jualan Kad Prepaid melalui MLM adakah Halal atau Haram ?
[Copy link]
|
|
Saya memita pandangan ahli-ahli forum tentang halal atau haramnya perniagaan MyMode dari perpektif Islam.
MyMode adalah "brand" syarikat Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd .
Produk utama MyMode ialah Kad Prepaid telefon, yang dijual pada harga pasaran biasa.
Perniagaan ini dijalankan melalui kaedah MLM (Perniagaan Bertingkat)
Untuk menjadi ahli, bayaran awal $65 perlu dibuat, dimana $11 akan dikembalikan semula kepada ahli. Baki ialah $54 untuk syarikat.
Ada tiga bentuk komisen utama yang dibayar kepada ahli:
(1) Ahli MyMode boleh membeli Kad Prepaid pada harga diskaun. Lebih banyak kad dijual sendiri, maka lebih bankyak komisen akan dimasukkan kedalam akaunnya.
(2) Dengan menaja beberapa ahli dibawahnya, yang akan berkembang secara bertingkat, sebahagian keuntungan dari jualan Prepaid Card oleh ahli bawahan (beberapa tingkat dibawah) juga akan diagihkan kepada beberapa tingkat UPLINE.
(3) Satu lagi insentif yang diberi ialah pengagihan Yuran keahlian kepada UPLINE.
Daripada $54 baki yuran yang dikutip dari setiap ahli, $37 akan diagihkan kepada beberapa tingkat UPLINE secara berikut
(A) $10 di agihkan kepada DIRECT SPONSOR
(B) $1 diagihkan kepada setiap UPLINE dari Tingkatl 2 hingga Tingakt 10 (Jumlah = $9)
(C) $8 diagihkan kepada seorang UPLINE yang ada status MP
(D) $10 diagihkan atas nama BONUS KEPMPINAN kepada yang ada status STAR
Secara kesimpulannya, $37 daripada $54 = 68.5% Yuran Keahlian diagihkan kepada Upline.
Isu ini juga sedang dibincangkan dalam Forum Cari bahagian Entrepreneur, tetapi dari perspektif umum.
http://forum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=321412&extra=page%3D1
Saya juga telah membasa pandangan Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman tentang sebuah syarikat MLM lain melalui artikel beliau ;
EM-Pay : Pelaburan Halal Atau Haram ?
yang boleh dilbaca melalui link : http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=293&Itemid=86
Apakah pangangan ahli-ahli forum tentang Perniagaan MyMode ini dari perspektif Islam, Halal atau Haram?
[ Last edited by warganegara1957 at 25-12-2007 01:06 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya produk yang dipasarkan oleh syarikat ini hanyalah tirai atau jalan pintas yang membolehkannya mencapai keuntungan tersebut. Jika inilah hakikat sebenar muamalah ini, ia adalah diharam oleh Syarak kerana beberapa perkara:
1. Muamalah sebegini mengandungi kedua-dua jenis riba iaitu riba al- Fadl (pertambahan) dan riba an-Nasi`ah (penangguhan). Ahli membayar sedikit wang untuk penyertaan agar mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.
Inilah perniagaan wang dengan wang melalui cara pertambahan dan penangguhan. Ia merupakan riba yang diharamkan secara nas dan ijmak. Produk yang dijual oleh syarikat kepada agen tersebut hanyalah tirai yang menutup keburukan transaksi sebegini. Produk bukanlah tujuan utama bagi para peserta dan ia tidak langsung memberi apa-apa kesan kepada hukum.
2. Muamalah ini juga mengandungi unsur penipuan (al-Gharar) yang diharamkan oleh Syarak. Ahli tidak mengetahui sama ada dia mampu menarik minat sebilangan peserta yang dikehendaki ataupun tidak. Sistem pyramid atau jaringan seandainya berterusan, pasti akan sampai ke penghujungnya. Ketika itu, peserta yang menjadi ahli tidak mengetahui adakah dengan penyertaannya itu, dia tergolong dari kalangan upline yang tinggi (yang menguntungkan) ataupun hanya di peringkat bawahan (yang sudah tentu akan rugi)? Realitinya: Setiap yang menyertai system pyramid atau jaringan ini akan mengalami kerugian kecuali sekelompok kecil pimpinan syarikat.
Majoritinya adalah rugi. Inilah hakikat penipuan yang berlaku, iaitu kebarangkalian antara dua perkara yang pada kebiasaannya membawa risiko yang membimbangkan. Rasulullah telah melarang dari unsur-unsur penipuan dalam muamalah sepertimana yang terdapat dalam hadis riwayat Muslim dalam sahihnya.
3. Apa yang berlaku dalam system sebegini ialah syarikat mengambil harta orang lain secara batil. Pihak yang mendapatkan keuntungan dari pemasaran sebegini hanyalah syarikat dan juga siapa yang dikehendaki oleh syarikat bagi tujuan promosi (buat gabus), untuk menggelapkan mata orang lain. Nas pengharamannya adalah firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu memakan harta orang lain di antara kamu dengan kebatilan. An-Nisaa': 29.
4. Muamalah cara ini juga mengandungi unsur-unsur penipuan dan mengaburi mata orang ramai. Penjelasannya: Dari satu segi, ia mempromosikan produk seolah-olah menjadi tujuan utama (untuk melariskannya). Sedangkan
realitinya adalah sebaliknya. Mereka menggoda orang ramai dengan pulangan wang yang lumayan yang pada kebiasaannya tidak akan dapat diperolehi. Penipuan ini adalah haram dari sudut syarak.
Rasululallah pernah bersabda: Siapa yang menipu bukanlah dari kalangan umatku. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya. Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud: Dua orang yang berjual beli mempunyai hak khiyar (memilih untuk meneruskan jualbeli ataupun memulangkannya) selama mereka belum berpisah dari majlis tersebut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 zerozone's post
Ini adalah petikan artikel yang boleh dibaca di link : http://aidi07.wordpress.com/halalnyamlm/
Penulis artikel ini mempunyai pandangan yang berbeza.
Halal ker Haram MLM ni????
Saya baru terbaca mengenai Isu Syariah Dalam Multi Level Marketing dalam www.zaharuddin.net dan saya mendapti MLM mempunyai dua jenis iaitu MLM yang HARAM dan MLM jenis HALAL |
|
|
|
|
|
|
|
Perniagaan ni satu perkara yg mudah. Kita beli dengan harga borong dan jual dengan harga runcit. Banyak barang kita laku, banyaklah untung yg kita dapat. Mengapa orang lain pula yg dapat untung hasil dari penat lelah kita? Dalam MLM upline mendapat faedah dari daya usaha orang dibawah. Mengapa tak dibuka satu syarikat yg menjual prepaid ni dengan harga borong dan ahli2nya boleh mendapat untuk dengan menjual dengan harga runcit? Mengapa perlu ada upline dan downline? |
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulannya ? mymode ni halal ke haram ? |
|
|
|
|
|
|
|
sistem ni mmg bagus
boleh topup at anytime, anywhere
tapi skg ni sistem mymode selalu down, xpyh la join
sakit hati je nanti
aku pun dah nak stop
fyi, aku join mymode ni dalam tahun 2006 cmtu...dah lama
keadaan semakin teruk, sistem x stabil
customer byk lari
downline pun dah start boring
so better korang xpyh join |
|
|
|
|
|
|
|
piramid tu firaun punya...
harta yang banyak lak qarun yang punya... ngeeee |
|
|
|
|
|
|
|
org yg terlibat dgn perniagaan nih mestilah pertahankan hak HALAL mereka.......padahal hukum dah jelas2 haram....
sbb ini periuk nasi mereka.....yg pasti tanggunglah akibatnya di Akhirat kelak..........!!!!
sesungguhnya api neraka itu dekat dgn sumber2 yg HARAM........nauzubillah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|