CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Hikmah air zamzam

[Copy link]
Post time 29-12-2007 12:50 PM | Show all posts
porosan Air zamzam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2009 02:18 PM | Show all posts
Air Zam-zam Kehadiran Yang Tidak Boleh Dilepaskan

Daripada Ahmad Kamil Tahir

MEKAH, 13 Nov ((Bernama) -- Jemaah haji yang mengunjungi Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah, solat berjemaah atau ibadah lain tidak perlu bimbang sekiranya merasa haus.

Ini kerana di setiap sudut Masjidil Haram air zam-zam mudah diperoleh, lengkap dengan gelas pakai buang...hanya picit punat bekas takungan air atau pili lalu airpun terpancut keluar dan segala-galanya percuma. Di tempat tawaf, tempat sa'i, di halaman masjid air yang berkhasiat ini sentiasa tersedia.

Ketika pulang dari Masjidil Haram, banyak jemaah terlebih dahulu mengisi botol airnya dengan air zam-zam lalu dijinjing untuk di bawa ke tempat penginapan masing-masing.

Memang menjimatkan kerana mereka tidak perlu membazir membeli air mineral yang harganya di tanah suci ialah 2SR bagi botol kecil dan 4SR bagi botol besar.

Jemaah dari segenap penjuru dunia yang dianggar dua juta orang juga akan diberi lima liter air zam-zam ketika pulang ke tanah air masing-masing.

Pengarah pengagihan air zam-zam di Masjidil Haram Aifan Al Juaid baru-baru ini berkata penggunaan harian air zam-zam secara purata ialah 100 meter padu pada hari biasa dan jumlah itu berganda kepada 200 meter padu pada Jumaat, manakala pada bulan Ramadan dan musim Haji, ia meningkat kepada lebih 1,000 meter padu.

Al Juaid berkata jemaah boleh meminum air zam-zam di 90 tempat air itu ditempatkan dengan 1,100 paip di dalam masjid dan di 43 kawasan dengan 100 paip di perkarangan masjid.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 12:48 AM | Show all posts
suhanallah air zam zam ni..saya dah ketagih air zam zam baru habis supply...air zam2 yg paling baik di depan kaabah tu sebaik aja habis tawaf ada satu pipe disediakan utk jemaah yg baru habis tawaf..
minum air zam2 aja tak kena sakit apa2 pun malah makin sihat dan kuat..hari2 blh buat umrah..alhamdulillah..sakit lutut pun hilang..balik malaysia sakit semula he he..
saya ada satu ketulan bawah ketiak sblm pegi umrah bulan puasa hari tu..bila minum air zam2 tu kan  baca doa..ya alllah lapangkanlah rezeki ku, kurniakan lah aku ilmu yg manfaat dan jauhilah diriku dari sebarang penyakit..tiap2 kali minum baca..sastu hari berapa kali minum tak terkira siap bawa bekal balik ke bilik..letak dlm bekas thermos yg tahan sejuk..alhamdulillah balik sini hilang dah ketulan tu..sblm tu dr kata nak kena bedah tunggu balik umrah buat xray dulu...alhamdulillah..
pd saya rasanya sama..boh dlm peti ais sama lah rasanya..kat sana pun tong dia tu tong  mcm fridge tahan sejuk..anak saya kalau yg tak sejuk pun tak lalu minum dah letak dlm fridge sekejap habis..sakit sikit je minum..yg kecik ni mula tak percaya..lepas tu dia sakit sikti pun minu terus baik..alhamdulillah..
ada jual kat pasaran 10liter rm100..kat jeddah saya tgk ramai org jepun beli..bawa balik jepun..kat klia saya tgk ada orang cina malaysia bawa balik setong air zam2 tu..sekarang ni minum air apa pun saya baca doa yg sama..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.053272 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list