|
utk kes tuan rumah...saye dah refer kat sorang ustaz keluarga saye kejap tadi...ustaz kate kalau keuzuran tidak diwajibkan utk semayang jumaat...dlm kes tuh ayah awak digugurkan dr solat Jumaat dan wajib menunaikan solat zohor...
thanks for the info...
i raised this issue becuz one of my colleagues (non muslim) tegur my collegue (a guy) yang tak pegi solat Jumaat dan siap remind kalau tak pergi solat Jumaat 3 kali berturut2 Tuhan akan gelapkan hati nya (nie mesti kes selalu tengok TV3 siarkan hadith setiap kali waktu solat masuk). i tak nak la, my father tergolong antara orang2 yg digelapkan hati nya ... |
|
|
|
|
|
|
|
kat mekah lagi berlambak orang sembahyang atas kerusi. kat KL rasanya boleh senang-senang dapat kerusi yang bulet kecik tu. memang sesuai kalau nak guna dalam saf. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by opie5662 at 13-1-2008 10:13 PM
sejak bile plak semayang jumaat nih jadi sunat plak...kan semayang jumaat nih wajib utk lelaki muslim dan baligh...
mmg la syarat kene lebeh 40 org jemaah...lain la kalau musafir tuh leh la ...
Terngat teman akan al kisah seorg sahabat yg tidak datang solat 5 waktu.
So, Saidina Umar r.a. pung pergi ker ghumah dier. (kot kot sakit ker per)
Selepas beliau kasi salam, pintu pung di bukak.
Lalu SAidina Umar r.a. pung berkata, pabila seruan azan................kamu tak datang.
TApi biler aku beri salam................kamu bley bukak pintu utk Umar. |
|
|
|
|
|
|
|
ustaz-ustaz saya amat tak galakkan pakai kerusi. Ini kerana dah lah tak qiam dengan sebenar-benar qiam, sujud pun tak boleh dengan sebenar-benar sujud. Rugilah solat orang tu. Kalau duduk, sekurang-kurang dia boleh sujud dengan sempurna. Dahi kena tanah setakat yang termampu walaupun anggota sujud lain mungkin tak boleh kerana keuzuran.
Untuk pengatahuan anda, duduk cara Tawaruk dan Iftirash dalam tasyahud cuma sunat hukumnya, kalau duduk bersila terutama sebab kaki sakit dsbgnya boleh dan sah solatnya.
Kalau boleh, usahakan cara yang meminimakan kita meninggalkan rukun fi'li. Jgn tengok orang lain pakai kerusi lipat di Mekah, kita pun beria-ia nak pakai kerusi lipat. Angkat kerusi larat, qiam dalam solat tak larat.
Contoh kalau kaki kita bermasalah untuk berdiri dari kedudukan duduk, rakaat pertama tu kita qiam macam biasa dan rakaat kedua selepas sujud sbb kita uzur, kita tak bangun terus tapi duduk sehingga selesai solat. Dengan itu at least kita dapat qiam di rakaat pertama.
Satu cara yang dipraktis oleh orang dulu-dulu yang saya baca dalam kitab adalah mengupah orang memegang dan menolong untuk bangkit. Satu lagi cara ialah solat di tepi tiang atau dinding. Ini kerana, kalau belajar definisi solat berimam dalam kitab feqah, asalkan kita duduk dalam masjid yang sama dengan imam, masih dikira solat jemaah walaupun tidak berada dalam saf atau putus dari saf.
Di masjid Jame' Sungai Pinang, ada sorang pakcik buat macam ni - dia duduk saf depan sekali tapi tepi sekali sebelah dinding untuk dipegangnya ketika bangun dari sujud atau tahiyat awal.
[ Last edited by always_typo at 14-1-2008 09:46 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by always_typo at 14-1-2008 09:41 AM
ustaz-ustaz saya amat tak galakkan pakai kerusi. Ini kerana dah lah tak qiam dengan sebenar-benar qiam, sujud pun tak boleh dengan sebenar-benar sujud. Rugilah solat orang tu. Kalau duduk, seku ...
Pandangan yg di beri di sini adalah utk pesakit tersebut ghaser selesa pabila datang bersolat berjemaah di mesjid or surau.
Ia adalah lebey baik dari TIDAK SOLAT BERJEMAAH.
Jadi teman amat menghormati akan oghang yg sedemikian
Masih terlalu ramai yg di luar sana yg sihat walafiat, bley main badminton 4 jam , lari satu padang mengejar bola tetapi tidak dapat datang utk solat berjemaah.
Cuber tanya plak kat Ustaz2 miker mengenai oghang sedemikian?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 14-1-2008 03:14 PM
Pandangan yg di beri di sini adalah utk pesakit tersebut ghaser selesa pabila datang bersolat berjemaah di mesjid or surau.
Ia adalah lebey baik dari TIDAK SOLAT BERJEMAAH.
Jadi teman amat menghormati akan oghang yg sedemikian
Masih terlalu ramai yg di luar sana yg sihat walafiat, bley mainbadminton 4 jam , lari satu padang mengejar bola tetapi tidak dapatdatang utk solat berjemaah.
Cuber tanya plak kat Ustaz2 miker mengenai oghang sedemikian??
Maafkan saya yang dhaif ni Tuan niceghost kalau perkataan saya agak terkasar di situ.
Tidak pernah ustaz2 sayer mengharamkan solat atas kerusi atau membida'ahkannya tetapi orang kita ramai yang ambil mudah perkara ini sehinggakan tak mahu solat duduk atas lantai lagi dah walaupun boleh, dan sengaja mencari kerusi. Ini tidak betul dan harus ditegur, walaupun kita respect dia masih sanggup mari sembahyang jemaah dan berharap kita juga boleh berbuat begitu di masa kita mengalami masalah sepertinya nanti.
Lemah saya ni tak sampai hati nak menegur mereka secara direct, jadi saya cuma mampu cakap kat laman web sebegini.
Perlu dinyatakan bahawa hukum feqah mengatakan seseorang itu wajib berlaku benar dalamkaedah penunaian solatnya samada berdiri atau duduk, samada di ruangterbuka atau di kerusi. In short, dia patut jujur dengan diri dia, mampu atau tak mampu nak buat rukun fi'li, jelas atau tak alternatif2 yang dia ada utk bersolat, dia kena kenal yg mana satu perbuatan sunat dan mana satu wajib dan seterusnya.
Kalau tak boleh bengkokkan kaki kerana tisu lutut koyak misalnya, memanglah terpaksa duduk atas kerusi. Nak bersila pun tak boleh, nak sujud pun mungkin susah kerana kesakitan. Perlu cuba tengok setelah dibalut kemas, jangan assume tak boleh dan cepat sahaja mencari kerusi.
Kadang2 lutut lenguh sikit dah nak duduk atas kerusi. Perkara ini banyak sekali berlaku di Mekah, naik tangga turun tangga mampu pulak dia, pi shopping, pi ladang unta, pi daki jabal Rahmah boleh - tapi solat duduk atas kerusi lipat.
Ini amat penting untuk solat fardhu kerana TIDAK SAH solat orang yang sengaja hendaksolat fardhu secara duduk atau sengaja enggan mencari suasana yangmemungkinkan solatnya menjadi sempurna terutama dari segi rukun fi'li ni. Boleh qiam tapi tak mahu qiam, boleh sujud, tapi tak mahu sujud - ini tak boleh. Ini yang saya belajar.
Kalau solat sunat dari segi qiam tu tak apa, boleh duduk bila-bila masa kita mahu, cuma pahala kurang (spt solat terawih dll).
Jikalau semua alternatif danusaha telah dilakukan dan tak mampu juga, maka bolehlah dia tetap melaksanakan solatnyaitu dalam cara yang termampu samada duduk atas lantai, duduk atas kerusi, mengiring dsbgnya dan ia tetap dikira sah tanpa perludiulangi atau diqadha.
Itulah maksud yang saya hendak sampaikan di sini dan yang perlu kita jelaskan kepada orang yang uzur itu kalau dia tak tahu dan kita mengenalinya. Jangan sampai solat dia jadi tak sah pulak nanti. Dia saja yang tahu tahap keuzurannya, org yang suggest tu perlu ingatkan dia tentang ini.
Wallahua'lam.
Yang sihat walafiat tak gi jemaah tu soal lain, kita semua tahu jawapannya. |
|
|
|
|
|
|
|
nabi sangat menekankan hal soalt berjemaah sehingga dihujung2 keewafatan bginda S.A.W..baginda S.A.Wtetap dipapah untuk bersembahyang berjemaah di imami oleh Abu Bakar R.A..disini menunjukkan solat berjemaah sgt penting yg xboleh diringan2kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|