CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2910|Reply: 12

apakah makanan utk boost immune system kita?

[Copy link]
Post time 18-1-2008 09:57 PM | Show all posts |Read mode
makanan natural atau makanan tambahan ke
ada tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2008 10:05 PM | Show all posts
Originally posted by XoXo at 18-1-2008 09:57 PM
makanan natural atau makanan tambahan ke
ada tak?


cuba makan madu pagi sebelum sarapan & diikuti dgn  habatus sauda (jintan hitam)
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 10:11 PM | Show all posts

Reply #2 ira_229's post

hhmmmm... boleh makan ulam-ulaman dan minum air suam untuk kesihatan yang baik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 10:55 PM | Show all posts

Reply #1 XoXo's post

mknan tmbhn ...................
ader 1 produk yg kiter pernh gn tuk boost immune system ....
E-Excel ....produk base fruits n veggies ...rasa nyer pun sedap gakss ...ant produk dier nutrifresh, nutri-act ...sumer..

ni website dier ...

http://www.eexcel.com.my/home.htm

products dier base on science of nutritional imunology ...

[ Last edited by  juju_amin84 at 18-1-2008 10:57 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 11:10 PM | Show all posts
Originally posted by akarumbi at 18-1-2008 10:11 PM
hhmmmm... boleh makan ulam-ulaman dan minum air suam untuk kesihatan yang baik.


ya betul! tapi sejak amalkan minum madu asli & makan habatus sauda alhamdullillah..! saya jarang kene sakit seperti demam  & selsema..dulu tiap hari hidung asyik meleleh dan selalu ambil mc sebab demam..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 11:17 PM | Show all posts

Reply #1 XoXo's post

kalau supplement boleh try transfer factor memang bagus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2008 05:26 AM | Show all posts
Perisai  sistem imun

Dengan dua hingga tiga hidangan strawberi anda mendapat bekalanvitamin C, vitamin K, asid folik, magnesium, potasium dan sebagainya.


VITAMIN C mengetuai senarai nutrien dalam buah strawberi.




SIAPA yang mampu menolak apabila dihulurkan dengan buah berwarnakemerahan ini? Selain comel, buah yang kaya dengan pelbagai nutrisi iniadalah antara diet terbaik yang harus dimasukkan dalam diet seseorang.



Walaupun di Malaysia pokok strawberi bukanlah tumbuhan yang mudahhidup, tetapi bekalan dari tanah tinggi seperti Cameron Highlands sudahcukup untuk mempopularkan buah-buahan ini.

Rasanya yang sedikit masam manis, sesuai dijadikan jus, penghias kek, disalut bersama coklat atau dimakan segar begitu sahaja.

Tetapi adakah benar buah yang saiznya sebesar sedikit duit syiling 50 sen itu membekalkan khasiat yang baik untuk tubuh?
Jabatan Pertanian Amerika Syarikat(USDA) mencadangkan kepada rakyatnegara itu untuk menikmati sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahansegar atau sayuran setiap hari, tetapi ramai yang tidak mampu mencapaistandard itu.

Walaubagaimanapun, USDA mengakui strawberi adalah antara pengganti dan penyelesaian terbaik kepada masalah itu.
"Strawberi boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam salad,minuman dan sebagainya. Dengan dua hingga tiga hidangan sehari iaadalah perisai terbaik untuk sistem imun tubuh.

"Gemarkan strawberi? Teruskanlah menikmatinya kerana anda tidak akan menyesal," ujar jurucakap USDA Hazel Brown.
Menurutnya, strawberi mengandungi pelbagai nutrien, dengan vitamin Cmengetuai senarai utama kumpulan itu. Vitamin C yang tinggi dapatmeningkatkan produksi hormon seks dan melancarkan aliran darah menujuke organ seks. Vitamin C baik dimakan untuk menjaga kesihatan kulit.Kandungan lain seperti antianemia dan komponen nutrisi juga baik untukmenjaga stamina tubuh.

Strawberi juga mengandungi fitonutrien dan antioksida yang berfungsi untuk melawan radikal bebas.
Antioksida ini dipercayai mempunyai kaitan menjadikan strawberiberwarna kemerah-merahan. Persoalannya, bahayakah radikal bebas inikepada tubuh?

Menerusi pelbagai kajian, radikal bebas ini menyumbang kepada pembentukan kepada pelbagai jenis kanser.
Selain vitamin C, strawberi juga menyediakan sumber vitamin K danmagnesium selain asid folik, potasium, riboflavin, vitamin B5, vitaminB6 dan asid lemak omega-3.

Jelas Brown lagi, strawberi adalah salah satu buah-buahan yangsangat versatil. Walaubagaimanapun, salah satu kelemahan strawberiadalah ia tidak mampu bertahan lama.

"Beli strawberi apabila anda ingin menikmatinya. Ia hanya bertahan antara tiga hingga lima hari.

"Malah, elakkan daripada membekukan strawberi jika niat anda untukmemanjangkan tempoh hayat buah itu. Ini kerana ia hanya akanmenghilangkan keseluruhan nutrisi buah tersebut," katanya.

Selain daripada kegunaannya sebagai sumber makanan, strawberibernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Daunnya boleh direbus danairnya digunakan untuk mencuci dan mengubat kudis dan luka-luka.

Daun yang telah direbus itu kemudiannya ditampal ke bahagian-bahagian yang luka atau berkudis bagi meredakan kesakitan.
Air rebusan daun strawberi juga berkesan untuk menjaga kesihatanmulut. Caranya adalah dengan berkumur menggunakan air rebusan itu. Iabertujuan menguatkan untuk gusi dan gigi serta mengubati ulser dalammulut.

Selain buah dan daunnya, jus strawberi yang biasanya dihidangkansebagai minuman, juga mempunyai nilai tinggi dalam perubatantradisional. Ia berkesan untuk mengatasi masalah sembelit di sampingbertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga untukmembersihkan gigi.

Strawberi adalah sejenis buah yang hampir tidak dapat dicerna namunbanyak mengandungi vitamin C (lebih banyak daripada oren). Wanitadewasa disarankan makan lima biji strawberi sehari.




Aku mmg suka la stoberi ni.. tapi mahal nak mampos..  Masa aku gi cameron highland dulu, belasah beli berapa kilo ntah; pastu aku suruh mak aku buat jem stoberi  classsssssss sedap beb!! makan cam tu aje pun wokey gak
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 08:08 AM | Show all posts

Reply #1 XoXo's post

Hi XoXo,

Saya cuma tahu supplement yang membantu boost imune sistem ialah ACE, iaitu Beta carotene, Vitamin C dan Vitamin E dan ditambah garlic tablet. So far teman-teman yang ada kanser pun memang makan benda yang sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2008 10:23 AM | Show all posts

Reply #1 XoXo's post

1. Green tea
2. Madu asli

ni yg aku amalkan selalu. Mmg effective
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 10:25 AM | Show all posts

Reply #7 amazed's post

hmm. bengkok la kalu nak makan stroberi tiap2 ari kalu dok kat msia ni. Kalu dok obersi lain la, murah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 12:35 PM | Show all posts
susu awal/kolostrom
madu
oren
sayuran pelbagai warna
senaman
tidur awal
lebih air

tiada faktor yg tunggal, tetapi kombinasi akan menguatkan sistem immune anda!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 03:06 PM | Show all posts
garlic
kunyit
halia

kut..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 03:33 PM | Show all posts
scot emulsion..bagus amik bende tu walaupun dah adult..cuba try.. dah la sedap especially yg orange nye flavor...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.063539 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list