CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2413|Reply: 3

PEMAKANAN SIHAT UNTUK KELUARGA

 Close [Copy link]
Post time 25-1-2008 10:20 AM | Show all posts |Read mode


APAKAH ITU ANTIOKSIDAN?
Antioksidan adalah bahan-bahan yang mempunyai keupayaan untuk melindungi
tubuh kita daripada kesan merosakkan akibat radikal bebas. Tubuh kita bersentuhan dengan radikal bebas akibat proses biologi kita sendiri, juga melalui pencemaran,tabiat merokok, pendedahan terhadap cahaya matahari, bahan kimia, memakan makanan digoreng minyak penuh, jenis ubatan tertentu
dan sebagainya.


Antioksidan berfungsi dengan bertindak
balas terhadap kesan yang merosakkan akibat radikal bebas ini. Contohnya, penyelidikan telah menunjukkan bahawa antioksidan seperti vitamin E boleh mengurangkan risiko masalah kardiovaskular dan mengekalkan penampilan kulit yang awet muda manakala beta korotena boleh membantu dalam pencegahan katarak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2008 06:04 PM | Show all posts

                                      

SIAPA MEMERLUKAN SUPLEMEN?

1. Individu yang mengalami kekurangan nutrien

2. Wanita (termasuk gadis remaja) di peringkat umur yang boleh melahirkan anak yang memerlukan
    lebih banyak asid folik berbanding yang dibekalkan daripada makanan sahaja

3. Wanita hamil atau yang menyusui anak mungkin perlukan zat best dan asid folik

4. Individu yang tidak minum susu memerlukan kalsium tambahan untuk mengurangkan risiko osteoporosis

5. Mereka yang biasa mengamalkan tabiat berdiet yang membuat pilihan makanan yang tidak seimbang

6. Warga tua yang kurang efisien dalam menyerap dan memetabolisme nutrien atau mereka yang sukar
   mengunyah

7. Penghidap AIDS yang mengalami kehilangan nutrien lebih cepat daripada yang dibekalkan daripada
   makanan

8. Penagih dadah atau peminum arak yang menyerap begitu sedikit nutrien

9. Individu yang sembuh daripada pembedahan, melecur, kecederaan atau kesakitan yang memerlukan
    nutrien tambahan untuk membantu menjana semula tisu-tisu

10. Vegetarian yang memerlukan vitamin B12, vitamin D, zat besi dan zink

11. Individu yang mengambil ubat-ubatan yang mengganggu penggunaan nutrien oleh tubuh

12. Perokok dan mereka yang terdedah kepada asap rokok yang memerlukan vitamin B dan C yang lebih
     tinggi untuk menentang radikal bebas daripada asap rokok.


Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 12:09 AM | Show all posts
promote amway ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 12:14 AM | Show all posts
Ini board yang sesuai: http://forum4.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=171

Pls no advertising in this board. TQ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.265057 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list