CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9260|Reply: 10

alat seksaan purbakala

[Copy link]
Post time 2-2-2008 03:21 AM | Show all posts |Read mode
Alat seksaan purbakala

Oleh NIZHA PERIASWAMY


Paling menarik perhatian dalam pameran ini ialah seekor ikan pariberwajah manusia yang diletakkan di satu sudut berhampiran laluan masukke bilik pameran.


IKAN shidat yang diperoleh ketika kejadian tsunami di Indonesia.

SUSUNAN dan persekitaran di ruang pameran Alam Nyata dan Khazanah diKompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang sekali imbas tidaklah terlalumenyeramkan. Tetapi sewaktu melewati kawasan ini, pasti akan membuatkanpengunjung berfikir panjang.

Ini kerana barangan yang dipamerkan bukan sahaja memberi penekananterhadap alam misteri tetapi juga pelbagai peralatan penyeksaan yangboleh memberikan kesedaran tentang kehidupan zaman purba kala.

Pameran yang dibuka untuk umum sejak 15 Januari lalu hingga 15 Macini di Bukit Jambul ini pastinya satu peluang yang tidak patutdilepaskan oleh penduduk pulau mahupun kawasan terdekat. Ini keranakeunikan barangan iaitu alat-alat penyeksaan yang dipamerkan di siniberbeza daripada apa yang pernah ditonjolkan pada pameran-pameranbiasa.


DR. ABDUL RAHIM ABDUL RAZAK

Kebanyakan barangan disewa dan beberapa lagi dimiliki sendiri oleh tuan punya pameran, Datuk Dr. Abdul Rahim Abdul Razak.

Menurut Abdul Rahim, tujuan pameran itu diadakan ialah sebagai satucara membentuk masyarakat untuk menghindarkan diri daripada segalakejahatan.

Dalam pertemuan dengan kami, beliau berkesempatan menunjukkan danmenerangkan beberapa alat penyeksaan yang menjadi bahan pameransepanjang tiga bulan itu.

Sebelum ini, beliau dan krew, Amirul Enterprise pernah mengadakanpameran di Shah Alam, Selangor; Taiping, Perak dan Tapak Pesta PulauPinang. Pameran alat penyeksaan ini adalah yang pertama kali diMalaysia.

"Kebanyakan alat penyeksaan ini digunakan pada abad ke-13."

Di sini (Bukit Jambul), Abdul Rahim mempamerkan lebih 100 bahan memandangkan ruang besar dan selesa.

"Melalui pameran ini, pengunjung akan dapat mengimbas kembali sejarah yang pernah dilalui oleh orang dahulu," tambah beliau.

Malahan, katanya lagi: "Setakat ini, semua pengunjung berpuas hatidan tiada yang membuat aduan. Mereka berminat dan mempunyai keinginanyang tinggi untuk mengetahui sejarah manusia serta misteri alam."

Semua alat dan barang yang dipamerkan di sini mempunyai keteranganbertulis dan gambar tambahan untuk mendidik masyarakat secara lebihsempurna.



PERALATAN memasong.

Lebih 50 alat penyeksaan yang dipamerkan itu didatangkan dariEropah, Jepun, Timur Tengah dan lain-lain seperti alat memenggal leherdan tali gantung.

Perasaan kurang selesa sesekali timbul setiap kali Abdul Rahimmenunjukkan demonstrasi alat penyeksaan kepada saya. Di sudut hati,terfikir juga kekejaman manusia zaman dahulu kala. Apa yang dilaluimereka seharusnya dijadikan pedoman manakala kemajuan sains danteknologi, seiring perikemanusiaan patut dikembangkan.

Alat yang dinamakan Kacip Burung Cenderewasih contohnya digunakanoleh orang di Asia Tenggara untuk menghukum pesalah dengan memotongtangan mereka.

Di samping itu, katil berjarum dari Belanda pada tahun 1800-an,kerusi potong jari dan penggal leher dari Perancis juga antara yangmungkin membuatkan darah anda berderau.

"Kesan guna, lusuh dan robek kelihatan sangat jelas. Alat yangpaling lama dipamerkan berusia 600 tahun dan terbaru ialah alatpenyeksaan tubuh badan," katanya.

Di samping alat penyeksaan, Abdul Rahim tidak membelakangkan bahanmisteri dan bahan awet unik yang menjadi tarikan pameran sejak dululagi.

Abdul Rahim mengakui bahan yang dipamerkan itu asli 100 peratuskerana mempunyai dokumen-dokumen sah, di samping pameran-pameran yangpernah dijalankan menjadi resume mereka selama ini.

"Kami hanya fokus pada pameran jalanan supaya pengunjung dapatmelihat dengan lebih dekat. Mereka tidak perlu pergi jauh untukmelihatnya, sebaliknya kami yang pergi dari negara ke negara untukmengumpul bahan," katanya yang bakal mengadakan pameran yang sama diMenara Kuala Lumpur dan Muzium Telekom pada tahun ini.


MEMOTONG jari dengan pemukul khas.

Paling menarik perhatian pada pameran ini ialah seekor ikan pariberwajah manusia yang diletakkan di satu sudut berhampiran laluanmasuk. Masih mengeluarkan bau masin yang kurang menyenangkan, AbdulRahim berkata ia sudah cukup meyakinkan bahawa ikan tersebut adalahasli dan masih baru.

Katanya, ikan itu ditangkap di sempadan Kelantan-Thailand oleh nelayan dan dijemur sebelum dipamerkan.

Bukan sahaja ikan pari menyerupai manusia yang dipamerkan, tetapi sejenis lagi spesies seperti belut turut dipamerkan.

"Namanya ikan shidat dan ditemui semasa tsunami dahulu. .

"Sewaktu tsunami, saya ke Acheh untuk menghulurkan bantuan. Pendudukdi situ berterima kasih dengan memberikan saya ikan shidat yangterdampar selepas tsunami," katanya mengimbas kenangan 2004. Diawet dandiproses sebegitu rupa, ikan tersebut sedikit pun tidak kelihatanmeloyakan.

Pameran Khazanah dan Alam Nyata kini sedang berlangsung di Kompleks Bukit Jambul. Bayaran masuk RM2. sahaja.



aku rasa chatity belt pun boleh dikira macam alat seksaan gak.. ek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2008 07:13 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

Dasyat betul....!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 11:55 AM | Show all posts
bukan thread nih dah ader ker MOD tolong merged kan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 02:18 AM | Show all posts

Reply #3 HangPC2's post

lorrr... yeke dah ada??
cemana aku leh tak ingat plak nih??
MOD... jalankan tanggungjawab anda....

[ Last edited by  ijad_adiputera at 3-2-2008 02:21 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 04:27 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

ngeri nye

huhuhuu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 07:27 PM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 3-2-2008 02:18 AM
lorrr... yeke dah ada??
cemana aku leh tak ingat plak nih??
MOD... jalankan tanggungjawab anda....





The Original IRON MAIDEN and other Torture devices



http://forum3.cari.com.my/viewth ... amp;extra=page%3D26



TORTURE IN THE PAST...


http://forum3.cari.com.my/viewth ... &highlight=Past
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2011 01:11 PM | Show all posts
seksanya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 03:15 PM | Show all posts
scarynya...huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2011 04:27 PM | Show all posts
ngeri yg potong jari tu. rilek je mamat tu. hahahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 12:53 PM | Show all posts
Ups......................


MOD MERGED
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 12:31 AM | Show all posts
Ups......................


MOD MERGED
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.059886 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list