CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4829|Reply: 3

Orang Penan: update - neglected people!!

[Copy link]
Post time 8-2-2008 06:40 PM | Show all posts |Read mode
Perjuangan suku Penan

Cabaran paling besar golongan warga emas suku Penan dalammenyelamatkan budaya mereka di hutan Borneo ialah apabila generasimudanya langsung tidak berminat memelihara hutan tersebut.


PAUL JOHN (kiri) dan Roland Allen berbual-bual di rumah
mereka  di Perkampungan Long Main, di Miri, Sarawak.


KETIKA ngauman mesin gergaji rantai kedengaran dari jauh, AjangKiew, 54, salah seorang lelaki dari suku Penan, hilang perjuangan untukmenyelamatkan budayanya di hutan hujan Borneo.

Kemusnahan alam sekitar yang dilakukan oleh syarikat-syarikatpembalakan yang menceroboh hingga ke wilayah suku Penan bukansatu-satunya cabaran yang dihadapi orang-orangnya yang kini kebanyakanmereka hidup di kawasan kampung.

Ketika pembalak membina jalan untuk masuk ke hutan tebal bagimembolehkan mereka mengeluarkan balak-balak yang ditebang, mereka turutmembuka laluan ke dunia moden termasuk televisyen, makanan ringan danidea-idea baru.

Di kawasan perkhemahan pembalak dan di penempatan suku Penan,televisyen satelit kini satu perkara biasa. Ia dijana oleh bekalanelektrik melalui generator diesel atau pam mini hidro-elektrik.

Ajang berkata, bahawa ketika pelindung hutan semakin hilang,generasi muda Penan tidak lagi mempunyai keinginan terhadap alampersekitaran semula jadi atau budaya tradisi mereka yang kuno dan carakehidupan.

Mereka lebih suka mendengar muzik pop berbanding suarabinatang-binatang liar, serangga atau unggas di rimba; menggemarimakanan segera seperti McDonalds berbanding diet daging babi atau rusa.

"Ya, memang saya mahukan sekolah dan klinik tetapi kami perlukanhutan ini untuk memelihara budaya kami," kata Ajang di daerah Long San,lebih kurang 200 kilometer dari tenggara Miri, bandar yang kaya denganminyak di Sarawak.

"Di kampung saya di Long Sayan, pembalak-pembalak telah memusnahkanhutan termasuk perkuburan nenek moyang kami," jelas Ajang yangmerupakan pengerusi Persatuan Penan di Sarawak.

"Jika habitat dan hasil-hasil hutan pupus, budaya kami juga akan turut pupus dan hilang dari muka bumi ini."

Tetapi bagi Roland Allen, 21, seorang mahasiswa dari sebuahuniversiti di Sarawak berkata, dia tidak mempunyai minat atau keinginanuntuk memelihara hutan dan budayanya yang semakin pupus.

"Saya lebih suka tinggal di bandar dan menikmati gaya hidup moden,"katanya kepada AFP sewaktu lawatan ke rumah pusaka nenek moyangnya diKampung Long Main, setengah jam perjalanan menaiki helikopter dari LongSan.

"Kami perlu korbankan hutan ini untuk lebih maju ke hadapan.Pendidikan merupakan senjata utama. Kami perlukan jalan, sekolah danjuga klinik perubatan," tegasnya.

Di belakang rumah Allen, terdapat pam mini hidro-elektrik yangditaja oleh syarikat pembalakan gergasi, Samling yang mampu menjanakuasa elektrik dalam kuantiti yang besar.

Perancangan Samling untuk membina jalan baru ke Long Main tergendaladisebabkan segelintir suku Penan yang bertindak menghalang tindakantersebut demi memelihara hutan mereka.

Firma itu yang tersenarai dalam stok pertukaran Hong Kong,menerbangkan sekumpulan wartawan antarabangsa ke kawasan tersebut untukmendengar cerita daripada kedua-dua belah pihak.

Allen berkata, tanpa jalan, kehidupan agak sukar buat 150 pendudukdi Long Main terutamanya sewaktu musim hujan apabila perjalanan disepanjang hutan atau sungai menjadi lebih berbahaya.




Seorang lagi anak muda, Paul John, 22, yang pulang ke kampungselepas gagal mendapat sebarang pekerjaan turut merasakan perkara yangsama.

"Saya membantu ibu bapa memburu babi hutan. Saya gembira berada disini. Tetapi kami perlu berubah. Kami perlukan pekerjaan. Hidup dihutan amat susah. Suku kaum Penan perlukan perubahan untuk maju,"katanya.

Ajang ternyata menghadapi masalah besar oleh generasi baru yang tidak berminat memelihara hutan mereka.

Dahulu dia sendiri pernah menganjurkan satu kepungan untukmenghalang syarikat pembalakan mengeluarkan hasil balak yang ditebangdan beliau dipenjarakan sebanyak tiga kali kerana kempennya itu.

Samling menegaskan, mereka hanya menebang pokok balak yang terpilihdan pokok yang mempunyai nilai komersiol manakala lain-lain pokokseperti rotan dan sagu tidak disentuh.

Tambahnya, mereka mahu menggunakan kawasan pembalakan ini untuk mempromosikan pelancongan perhutanan.
Antaranya dengan melatih penduduk tempatan sebagai pemandu pelancongdan membantu membawa pelancong asing melawat air terjun atau kawasanperkampungan dan menyaksikan sendiri kemahiran tradisional dan budayakaum Penan.
Raymond Abin dari Institut Kajiselidik Borneo di Miri berkata, budaya Penan kini semakin terhapus.

"Apabila mereka terdedah kepada pengaruh dunia luar, masalah sosiol seperti minum arak semakin membimbangkan," katanya.

Tambah Raymond lagi, kadar perceraian turut meningkat terutamanyaantara wanita Penan yang mengahwini orang luar yang bekerja dengansyarikat pembalakan.

"Apabila syarikat pembalakan menyelesaikan tugas mereka di satu-satukawasan, pekerja itu kemudian meninggalkan keluarga Penan yangdikahwininya."

Raymond berkata, terdapat sekurang-kurangnya 15,000 suku Penan diSarawak termasuk 300 yang masih menetap secara nomad di dalam hutan.-AFP




Ada satu course aku ambik utk bincangkan tentang masalah natives in M'sia and I chose penan and discussed about their fight to maintain their cultures and their roots..  I think we should listen more and try to understand the situation face by this very important tribe...  It is important to improve their standard of living but at the same time maintain their cultures!!

[ Last edited by  amazed at 6-10-2008 09:58 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2008 09:54 PM | Show all posts
Tapi, adakah penebangan hutan yg menjadi warisan diorang ni mmg berjalan tanpa had atau kawalan?

Nasib baik pemikiran orang Penan tak seteruk macam org Badui Dalam di Jawa Barat. Agama mereka iaitu Sundawiwitan melarang penanaman sawah padi, tak bleh pakai baja, tak bleh langsung pakai peralatan moden, tak bleh pegang duit dan macam2 lagi. Sampai bila2 pun akan mundur.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 08:44 AM | Show all posts
Macam Melayu la yek.....semua nak moden rambut kaler2 pakai dedah2....nak maju la katakan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2008 09:54 AM | Show all posts
Monday October 6, 2008
A neglected people

THE Penan’s protracted resistance to deforestation and the international attention the tribe continues to receive must have irked the Sarawak government.

The state government continues to dismiss their concerns over the loss of forest resources brought on by industrial logging that degrades the forest and pollutes the rivers.

At the height of the international anti-tropical timber campaign in the late 1980s, the state set up a Penan Affairs Committee to help the nomadic tribe to lead a settled life with promises of socio-economic development. The state announced allocations worth millions of ringgit.

Two decades later, the benefits remain elusive for many Penans. The rapid expansion of acacia and oil palm plantations eats into their ancestral land. To top it off, the natives are becoming illegals with many not having official documents.

The Human Rights Commission (Suhakam) has raised the issue of poor MyKad registration which complicates the issuance of birth certificates.

Suhakam has thus far failed in persuading the state government to resolve the land rights issue inflicting every native group in Sarawak.

In recent years, the Penans are turning to the court of law to stop further encroachment.

But the nomadic Penans face a tough battle in claiming native customary rights (NCR) as the Sarawak Land Code 1958 states that one cannot stake a claim for NCR if one had not cultivated that piece of land before Jan 1, 1958.

In May 2007, further restrictions were imposed when the clause “any other lawful method of establishing land claim” in Section 5(2) was dropped. Lawyers had previously used that provision to argue for a broader interpretation of land use.

“When environmental groups suggest setting aside forests for wildlife, the state will agree but when we demand for our forests to be protected, we are ignored. It seems that the wildlife living in the forests are more valued than us humans,” notes a young Penan.

Although disillusioned, the Penans remain hopeful.

As Balan Jon of Long Item puts it: “It’s not only our livelihood but our culture and survi val as a tribe has been affected for so long. We’ll die if we continue to be neglected.”
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.283169 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list