View: 2124|Reply: 0
|
cendawan, best source for your health!!
[Copy link]
|
|
Cendawan komersiol -
Alah asap dan bau wangi
Oleh FARAH DIBA JAMALUDDIN
Pembiakan cendawan tiram kelabu secara komersiol bukanlah satuproses yang sukar. Ia cuma memerlukan suhu yang lembap, tidak terdedahpada cahaya matahari dan kerja-kerja suntikan benih oleh pekerja mahir,organisma ini juga mempunyai pantang larang yang perlu dipatuhi.
Dengan kalori yang rendah, tinggikandungan protein,
chitin, zat besi, zink, fiber, vitamin dan mineraltiada
siapa yang boleh menafikan kehebatan cendawan
SEJAK lima dekad lalu, organisma kecil seperti kulapuk cendawan, yisdan kulat memberi sumbangan yang besar dalam dunia perubatan.
Antibiotik pertama sendiri terdiri daripada ekstrak kulat. Ubat penicillin, tetracylene dan auremycin terhasil daripada kulapuk cendawan.
Organisma ini turut digunakan untuk mengkomersiolkan produk seperti roti, bir, keju asid organik dan vitamin C.
Pil vitamin C yang anda ambil selama ini juga berasal daripadaekstrak sejenis kulapuk cendawan. Ini adalah antara khasiatnya oyangtidak diketahui ramai.
Cendawan hakikatnya adalah salah satu sumber makanan yang baik untukkesihatan. Mengapa? Dengan kalori yang rendah, tinggi kandunganprotein, chitin, zat besi, zink, fiber, vitamin dan mineral, tiadasiapa yang boleh menafikan kehebatan cendawan.
| CENDAWAN tiram kelabu boleh dipelbagaikan dalam hidangan.
|
Lantaran itu, tidak hairanlah cendawan yang popular dalam kuisinmasyarakat Cina kini sudah menghiasi kulinari dunia. Di Malaysiapopulariti cendawan melonjak kerana permintaannya yang tinggi.
Hari ini terdapat pelbagai jenis cendawan di pasaran. Salah satu yang semakin popular ialah cendawan tiram kelabu.
Tetapi tahukah anda, cendawan tiram kelabu alah kepada bau-bauan danasap seperti minyak wangi dan asap rokok kerana ia boleh menjejaskanpertumbuhannya?
Malah tanaman tersebut juga memerlukan kelembapan suhu sekitar 28darjah Celsius pada waktu siang dan 25 hingga 26 darjah Celsius padawaktu malam.
Berbeza dengan tumbuhan lain yang memerlukan cahaya matahari yangbanyak untuk melakukan proses fotosintesis, cendawan memerlukan 90peratus kegelapan bilik dan berkeadaan tertutup untuk ia membiak dengansihat.
Salah seorang pengusaha tanaman cendawan tiram kelabu di negeriTerengganu, Wan Hassan Wan Nawang, 48, memberitahu tanaman cendawanmemerlukan kelembapan yang mencukupi untuk pertumbuhannya dan tidakmemerlukan penjagaan yang sukar.
"Bagi memastikan tumbuhan itu mendapat kelembapan yang secukupnya saya telah membina rumah cendawan yang dikenali sebagai green house atau rumah hijau.
"Rumah hijau itu diperbuat daripada daun nipah yang dijadikan atapdan dinding yang berupaya memberi kelembapan secara semula jadi.
"Selain itu, pekerja-pekerja saya akan menyiram air ke atas lantaisebanyak dua kali sehari bagi melembapkan suhu di dalam rumah hijau itupada waktu pagi dan tengah hari," katanya ketika ditemui di rumahcendawan miliknya yang terletak di Kampung Bukit Jong, Tepoh, KualaNerus, Kuala Terengganu.
Wan Hassan yang dibantu anak lelaki sulungnya, Wan Hafizi WanHassan, 24, mengusahakan projek tanaman tersebut sejak Oktober tahunlalu bersama 20 pekerja lain.
| KERJA-KERJA memasukkan penutup dilakukan secara manual bagi memastikan silinder serbuk kayu mampat dan kemas.
|
Bekerja di rumah cendawan Wan Hassan, beliau mempunyai pantang larang tambahan yang mungkin kedengarannya agak pelik.
Jika di tempat kerja lain, memakai pewangi digalakkan semasabertugas tetapi di rumah hijau cendawan Wan Hassan mengharamkanpekerja-pekerjanya daripada merokok dan memakai bau-bauan.
Peraturan itu penting bagi mengelakkan implikasi yang tidak diinginikepada tumbuhan itu kerana ia amat sensitif kepada unsur-unsur tersebut.
"Cendawan tidak boleh terdedah dengan asap atau bau-bauan yangterlalu kuat. Ini akan menjejaskan pertumbuhan dan kualitinya. Sayaamat menitikberatkan mutu produk yang dihasilkan," katanya.
Wan Hassan sekarang memiliki tiga buah rumah cendawan seluas 20 x 80kaki setiap satu. Ia berupaya memuatkan 30,000 bongkah kayu cendawanpada satu-satu masa.
Lelaki ini memulakan projek tanaman itu setelah mengikuti kursusyang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan JabatanPertanian Muar, Johor yang banyak memberi bimbingan dan nasihatkepadanya tentang projek tanaman itu.
Sebelum cendawan mengeluarkan hasilnya, perkara pertama yang perludilakukan adalah membuat bongkah yang merupakan tempat di mana tumbuhanitu akan dibiakkan.
Kerja-kerja membuat bongkah dilakukan oleh lapan orang pekerja WanHassan yang bermula daripada memasukkan habuk kayu getah atau dedakpadi halus yang dicampurkan dengan kapur pertanian ke dalam mesinadunan khas sehingga sebati.
| WAN HASSAN WAN NANG menunjukkan rumah cendawan yang menggunakan daun nipah untuk memastikan suhu dingin.
|
Wan Hassan berkata, adunan tersebut akan dimasukkan ke dalambungkusan plastik yang disediakan dengan anggaran berat satu kilogrambagi setiap satu bungkus bongkah.
"Kemudian, bongkah-bongkah tersebut akan ditutup dengan penutup khasagar ia tidak dicemari bakteria-bakteria dari persekitaran luar.
"Bongkah-bongkah kayu tersebut perlu berada dalam keadaan sederhanalembap yang terdiri daripada campuran air bagi menggalakkan pertumbuhancendawan," katanya.
Setiap hari sebanyak 1,000 unit bongkah dapat dihasilkan sebelumdimasukkan ke dalam mesin pengewap bagi menghapuskan bakteria yangterdapat pada bongkah-bongkah tersebut.
"Mesin pengewap itu mampu mensterilkan 1,000 unit bongkah kayusehari untuk tempoh lapan jam sebelum ia dibiarkan selama 48 jam diluar.
"Selepas tamat tempoh tersebut, bongkah-bongkah kayu itu akan diberisuntikan benih dengan anggaran satu sudu besar benih cendawan kulattiram kelabu melalui penutup khas yang akan dibuka seketika untuktujuan itu," katanya.
Jelas beliau yang memperoleh benih cendawan dari Johor dan Selangor,kerja-kerja suntikan itu akan dilakukan oleh seorang pekerja mahir.
"Ini kerana kerja-kerja suntikan adalah tugasan yang paling pentingdan perlu dijaga rapi kerana pada peringkat ini aspek kebersihan amatdititikberatkan dan kecuaiannya boleh menyebabkan penghasilan benihyang kurang baik.
"Oleh itu, pekerja tersebut perlu sentiasa berkeadaan bersih danmemakai uniform khas. Sekiranya dia keluar dari bilik suntikan itu, diadikehendaki memakai pakaian lain. Bilik suntikan juga perlu bersih,"katanya yang mengakui proses menjaga cendawan bagaikan menatang minyakyang penuh.
Kemudiannya, setelah selesai tugasan menyuntik itu,cendawan-cendawan itu akan dibawa masuk ke dalam rumah hijau dandiletakkan di atas rak-rak yang ditetapkan. Seorang pekerja akanmencatat rekod seperti tarikh masuk dan tempoh bila ia akan dibuka.
Cendawan kulat tiram kelabu akan mengeluarkan hasilnya yang pertamapada hari ke-50 dan ke-60 iaitu apabila penutupnya boleh dibuka danhasilnya dapat dipungut.
Seterusnya, penutup tersebut akan ditutup semula dalam tempohseminggu sebelum ia dibuka semula bagi mendapatkan hasil yangseterusnya.
Kawan aku ada buat business cendawan ni!! mmg laku sgat dia kata sbb ramai yg makan cendawan ni untuk improve health! |
|
|
|
|
|
|
| |
|