View: 2385|Reply: 2
|
SENARAI MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM
[Copy link]
|
|
SENARAI MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAMRoti (khubz)
Rotiyang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasakdalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelumdimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yangsudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapatsekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Janganpotong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengantanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
JintanManis (anisun)Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitandalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu danmembuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbukdan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah)
Mentegakhasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit.Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yangmenghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkanbahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al saudakerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalahdilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialahhab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untukmerawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untukmenghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkanpenghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan,serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalubanyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah dagingayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulitkayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawaruntuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempahratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku pendudukdunia. Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid(utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalahseperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkanorgan hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik padakulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
sambung....
|
|
|
|
|
|
|
|
....sambung
Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun)
Jintanputih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam didalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr)
Nabis.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumahyg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atautamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parutyang tidak diingini.
Terung (badhijan)
Terunghitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda inimengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
Ikan (samak)
Khasiatikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukanyang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidakdimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.
Bawang putih (thum)
Bawangputih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas danmenggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untukmencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan seranggadan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini makajanganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersamakami."
Minyak sapi (samn)
Minyaksapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun.Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat padamakanan.
Halia (zanjabil)
Haliadisebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taalayang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minumanyang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman danmemanaskan badan.
Inai (hinna)
Terdapatbanyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calaratau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki,sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas danmenerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuatdari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadibiasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
Madu lebah(a'sal)
Madulebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah iniapabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlahmadu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu didalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnyadan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkanmeminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madusetiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan,minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yangdikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas(summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalammusim sejuk (winter).
Kekacang (a'das)
Semuakekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklahdimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baikuntuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akanmenerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass)
Meskipunianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Iamelembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakitgangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyakmemakannya juga melemahkan penglihatan.
Daging (lahm)
Dagingmengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan dagingselama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Danorang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut jugatidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah dagingsecara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianyabersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah dagingkambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babiharam dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kudasebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda,keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat jugamelarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan dagingbinatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
Daging kuda:
Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.
Sumber: http://ur-health.blogspot.com/20 ... ya-dalam-islam.html
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo..kalo buah-buahn tu di wt air same tak khsiat die? |
|
|
|
|
|
|
| |
|