CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3130|Reply: 0

hidrosele - tumor kat scrotum

[Copy link]
Post time 27-2-2008 06:39 AM | Show all posts |Read mode
Cecair  di skrotum

Pembentukan hidrosele mungkin merupakan suatu petanda tumor di buah zakar.


PERBANDINGAN menunjukkan buah zakar normal (kiri)
dan buah zakar yang mempunyai pengumpulan cecair.





HIDROSELE adalah pengumpulan cecair dalam skrotum. Perkataanhidrosele itu berasal dari perkataan hidro iaitu air. Secara logiknya,cecair yang terkumpul itu sepatutnya tidak berwarna, namun dalamrealiti, ia berwarna jingga kekuningan.

Faktor pembentukan hidrosele:

* Apabila buah zakar jatuh ke dalam skrotum, ia juga membawa bersamasatu lapisan yang dinamakan processus vaginalis. Secara normalnya,processus vaginalis perlulah tutup kembali secara spontan, tetapikadangkala ia tutup sebegitu iaitu ia membenarkan cecair peritonealdari abdomen mengalir ke dalam skrotum.

* Penghasilan cecair secara berlebihan, di mana berlakunyakeradangan atau jangkitan kuman dalam buah zakar atau pada epididimis.Keadaan ini juga dikenali sebagai hidrosele sekunder.

* Apabila pengaliran air tidak berjalan dengan lancar dalam bahagianbuah zakar, ia berkemungkinan menjurus kepada pengumpulan air iaitupembentukan hidrosele.

* Sebarang pengaliran limfa yang terbentuk selepas pembedahan herniaatau varikosele. Varikosele merupakan kumpulan vena yang mengembangdalam korda sperma.

* Pembentukan hidrosele mungkin merupakan suatu penanda bagi tumorbuah zakar. Jadi amatlah penting untuk berjumpa dengan pakar jikalaumendapati adanya pembentukan hidrocele.

Kebanyakan hidrosele dikesan di kalangan kanak-kanak, tetapi iaselalunya akan hilang secara spontan tanpa sebarang rawatan. Kejadianakan mudah dikesan pada waktu pagi dan apabila kanak-kanak ituberjalan, tetapi ia akan hilang pada waktu malam apabila kanak-kanakitu baring atas katil. Hakikatnya, patofisiologi hernia dan hidroseledi kalangan bayi adalah sama. Kedua-duanya terbentuk akibat daripadaprocessus vaginalis.

Simptom-simptom:

* Pembengkakan pada satu atau kedua-dua skrotum. Selalunya tidaksakit, tetapi apabila ia berkembang dan semakin besar, akanmendatangkan ketidakselesaan.

* Apabila diperiksa dengan lampu dengan menekan pada bahagianskrotum, bahagian hidrosele akan menjadi lebih cerah akibat pantulancahaya dengan cecair yang terkumpul.

Komplikasi:

* Pendarahan dalaman boleh berlaku secara spontan atau akibat daripada kecederaan.

* Proses herni, dalam hidrosele melalui otot-otot skrotum.

* Hidrosele akan menjadi semakin keras pada jangka masa panjang.

Rawatan:

Di kalangan kanak-kanak, apabila processus vaginalis dikesan, iaharuslah dikepit supaya pengaliran cecair peritoneal ke dalam skrotumdapat dielakkan. Di kalangan dewasa pula, pembedahan dilakukan melaluiskrotum. Cecair akan disedut dan penutup kulit itu diterbalikkan untukmengelakkan pengumpulan cecair pada masa hadapan.




Aku rasa penting ni utk kita org lelaki check out scrotum kita dan tahu symptom2 hidrosele ni... Pada yg ada anak lelaki tu selalu periksa scrotum meka..  Aku ingat lagi anak jiran aku yg bengkak buah zakar... bapak dia bawak gi doctor.. dan menurut kata doc.. kalu lambat treatment boleh bawa kpd ketumbuhan yg besar..  no wonder budak tu dok pegang scrotum dia, kata sakit ( kata parents dia - anak dia jatuh masa main beskal) dan terhempap kat scrotum ntah camana..  Ni sumer utk peringatan kat kita terutama aku sendiri..  weyyyy bengkak scrotum bukan leh main main weyyyy   aset  tu!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.140582 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list