View: 1743|Reply: 9
|
Pemerintah perlu ditaati dgn Sabar - tak perlu tukar?
[Copy link]
|
|
Firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 59 :
Mahfum nya : Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya
Ibn Katsir dalam menghuraikan ayat ini telah mengutarakan beberapa buah hadith:
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah Bin Umar,
Rasulullah SAW bersabda :
Mendengarkan dan taat kapada perintah penguasa diwajibkan atas seorang muslim samaada suka atau tidak, selama mana tidak diperintahkan melakukan sesuatu maksiat
Diriwayatkan oleh Ibn Jarir dari Abu Hurairah RA,
Rasulullah SAW bersabda :
Akan berkuasa di atasmu sesudah aku beberapa penguasa, maka akan memimpinmu penguasa yang saleh dengan sikap salehnya dan fasik dengan sikap fasiknya, dengarlah dan patuhilah mereka selama sesuai dengan hak dan bershalatlah kamu di belakang mereka. Jika mereka bersikap baik dalam pimpinan nya, maka hal itu adalah baik bagi kamu dan bagi mereka, dan jika mereka berlaku buruk dalam pimpinan mereka, maka hali itu adalah baik bagi kamu dan buruk bagi mereka.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas,
Rasulullah SAW bersabda :
Barangsiapa melihat sesuatu yang tidak disukai dari amir (Penguasa)nya, hendaklah bersabar, kerana tidak seorang yang meninggalkan jemaah sejauh sejengkal sekalipun dan mati, melainkan ia mati dalam keadaan jahiliyah.
Berdasarkan pada nas-nas diatas ada kelompok yang telah melaungkan bahawa, 揾aram menegur pemerintah secara terbuka |
|
|
|
|
|
|
|
Saya kena letak terms and condition dulu dalam thread ni. Sepertimana dinyatakan di dalam rules board Muslimin-Muslimat, board ini bebas dari sebarang perbincangan yang bermotifkan politik.
Jadi saya harapkan perbincangan tidak lari sehingga kepada politik kepartian, atau ianya akan dialih kepada board yang bersesuaian, atau akan dicantas sahaja posting tersebut.
Sekian terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by antiQue at 28-2-2008 12:50 PM
Saya kena letak terms and condition dulu dalam thread ni. Sepertimana dinyatakan di dalam rules board Muslimin-Muslimat, board ini bebas dari sebarang perbincangan yang bermotifkan politik.
J ...
Kalau sentuh sikit bab mazhab takper kot? Masalah ini hanya ada perselisihan dalam sesama ajaran wahabi saja. Ada yang mengatakan haram dan ada yang mengatakan wajib menegur kerajaan sebagaimana mereka berdalilkan kononnya ada kalangan sahabat yang melarang menentang kerajaan seperti yang dipimpin oleh Muawiyah dan ada juga kalangan sahabat yang bangkit menentangnya.
Tok mufti Perlis pun satu masa dulu melarang menentang kerajaan sebab akan dianggap sebagai bughah dan kerajaan BN Perlis tu dah melaksanakan Islam yang terbaik dengan mengadakan peraturan tidak lagi membaca qunut, bertahlil, bertalqin dsbnya. Ini dah cukup baik bagi penganut2 wahabi....takyah menentang kerajaan lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 WakDaeng's post
Dari Ummu Salamah r.a., isteri Nabi s.a.w., dari Nabi s.a.w. sabdanya:
"Kelak akan memerintah pembesar-pembesar yang kebijaksanaannya ada yang kamu kenal baik dan yang tidak baik. Maka sesiapa membenci yang tidak baik lepaslah dia dari dosa, bahkan sesiapa yang mengingkarinya, selamatlah dia. Tetapi sesiapa yang rela bahkan mengikuti yang tidak baik, berdosalah dia."
Para sahabat bertanya, "Bolehkah kita membunuh mereka?" Jawab Nabi s.a.w., "Tidak! Selama mereka masih melakukan solat!"
(Sahih Muslim:1820) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WakDaeng at 28-2-2008 01:29 AM
Firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 59 :
http://i191.photobucket.com/albums/z15/kutip_photo/an-nisa.jpg?t=1204130271
Mahfum nya : Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Alla ...
Dari Yahya bin Hushain r.a., katanya:
"Aku mendengar nenekku mengabarkan bahwa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam khutbah beliau ketika Haji Wada', "Sekali pun pejabat yang diangkat dalam pemerintahanmu seorang hamba sahaya tetapi dia memerintah (memimpin) dengan Kitabullah, hendaklah kamu patuh dan setia kepadanya."
Sahih Muslim (1804 jilid 4).
Dari Yahya bin Hushain r.a., dari neneknya Ummul Hussain, katanya dia mendengar neneknya bercerita:
"Aku pergi menunaikan ibadah haji bersama Rasulullah s.a.w ketika Haji Wada'. Ketika itu beliau berkhutbah panjang lebar. Antara lain aku mendengar beliau bersabda:
"Seandainya pejabat yang ku angkat dalam pemerintahan seorang budak pontong hidung - mungkin yang dimaksudkan nenek, budak hitam - tetapi dia memerintah kamu dengan Kitabullah, maka hendaklah kamu patuh dan setia kepadanya."
Sahih Muslim (1805 jilid 4).
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya difahamkan bahawa mengikut perlembagaan negara,
apabila parlimen dibubarkan, maka gugurlah segala kuasa eksekutif selama tempoh sehingga perlantikan semula perdana menteri oleh Agong setelah tamat pilihanraya...
dgn lain perkataan, pada ketika parlimen dibubarkan,
tiada kuasa perdana menteri, tiada kuasa menteri2...
bermakna tiada pemimpin kecuali kedudukan mereka menjadi ketua kepada parti masing2... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Equalizer at 28-2-2008 09:10 PM
Saya difahamkan bahawa mengikut perlembagaan negara,
apabila parlimen dibubarkan, maka gugurlah segala kuasa eksekutif selama tempoh sehingga perlantikan semula perdana menteri oleh Agong setela ...
dgn lain perkataan gugur wala' atau ketaatan kepada mereka setelah digugurkan kuasa eksekutif... |
|
|
|
|
|
|
|
jadi jangan salahkan sesiapa
salahkan diri sendiri
aku senang je
dah ada imam qariah
serahkan padanya tanggungjawab tu
kalau dia buat pilihan yg salah
biar dia pikul bebannya
nak sangat jadi IMAM!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|