CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8403|Reply: 24

[Tempatan] "Umar bangunlah sayang,"- Anak usia 4 tahun terlantar selepas lemas dalam kolam

[Copy link]
Post time 9-1-2025 10:52 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – “Berjuanglah sayang, ibu tunggu adik bangun, panggil ibu bagi senyuman dekat ibu”.

Itu luahan sayu Nurul Izzati Barni, 30, buat anaknya, Che Umar Rais Che Fairollah, 4, yang terlantar selepas lemas dalam kolam, lebih empat bulan lalu.

Kata Nurul Izzati, sejak insiden 137 hari lalu itu, anaknya yang mesra dipanggil Umar bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan dan hanya diberi susu.



“Pada hari kejadian, nadi Umar terhenti. Saya hanya mampu berdoa dan berharap pada kuasa Allah. Alhamdulillah, selepas empat hingga lima minit, doktor maklumkan nadinya kembali berdenyut.

“Bermula dari hari pertama sehingga hari ke-18, Umar hanya gerakkan jari kaki sahaja. Pada hari ke 19, saya letakkan kepala di dada Umar dan bercakap ‘Umar bangun sayang’.

“Saya juga minta Umar kuat. Tiba-tiba badan dia menggeliat dan dia mula menunjukkan reaksi menggenggam tangan kami dengan erat. Syukur, dengan perubahan yang kami nampak,” katanya kepada Kosmo!.

Bercerita lanjut, Nurul Izzati berkata, Umar yang juga anak bongsu daripada tiga beradik merupakan kanak-kanak yang periang serta murah dengan ­senyuman.

“Rawatan berjalan lancar, dan tiada masalah besar buat masa ini. Kami sekeluarga berharap agar dia dapat bernafas sendiri tidak lama lagi. Saya rindu suara manja Umar dan gelak tawanya,” ujarnya.

Nurul Izzati mempunyai dua lagi anak berusia 10 dan 11 tahun dan suaminya, Che Fairollah Che Mezam, 40, yang merupakan penjawat awam kini berada di Tanah Suci.

Sementara itu, Nurul Izzati berkata, dia memanfaatkan TikTok untuk berkongsi perkemba­ngan anaknya yang kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah bukan untuk mendapatkan sumbangan tetapi memohon doa orang ramai.

“Saya percaya doa semua orang sangat membantu. Doa rakyat Malaysia menguatkan semangat Umar,” katanya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Abang ipar aku antara yang tak benarkan anak2 dia mandi mana2 kolam, apatah lagi air terjun atau air laut.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 10:59 AM | Show all posts
comella dia..
harap awak kuat lawan sakit ni & moga awak kembali pulih seperti sediakala. semestinya ramai yang rindu & menanti utk tengok awak kembali senyum macam dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita semua berisiko tinggi untuk menjadi kurang upaya walau dilahirkan terpaling normal.

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 9-1-2025 10:56 AM
Abang ipar aku antara yang tak benarkan anak2 dia mandi mana2 kolam, apatah lagi air terjun atau air ...

abg ipar chuols mcm ayah i.kitorg x dibenarkn berjalan kt kwsn ada air..sampai i bsr kertu ni i xpergi waterfall ke apa..tp rumah mmg ada kolam..semua xpandai swim..i kalau healing tepi kolam letak kaki pun he perati je..
kalau ank buah i dorg mmg pandai berenang..tu pun bapak i akan pantau cucu dia..ngn i sekali kena pantau

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
comel bdk ni..semoga adik ni slmt...
bgn la dik..mama tunggu tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2025 11:12 AM | Show all posts
comelnyee dia..semoga kembali normal
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 9-1-2025 01:20 PM
edayildiz replied at 9-1-2025 11:09 AM
abg ipar chuols mcm ayah i.kitorg x dibenarkn berjalan kt kwsn ada air..sampai i bsr kertu ni i xp ...


So memang takda la family day ke apa...

Sebab abng ipar tu baik sangat, so agak tak best dia takde.

Just dtg ziarah ke rumah dia je.

Atkviti keluarga diorang main tenis.

Keluarga korang family day kat mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lemas kat kolam mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 9-1-2025 01:23 PM
Lemas kat kolam mana ni?

dia x cerita la pulak,lemas kat kolam renang kut,nak komen banyak pon xleh sebab x tahu cita,doa jelah moga2 anak ni leh kembali sihat
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kanak2 besar ni lemas, memang salah makpak 100% la.
Semoga dilaknat makpak gini.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Brain damage dah kut..dan internal organ x dpt 100% berfungsi sb lama lemas
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 03:00 PM | Show all posts
comelnye umar...semoga cepat sihat nak
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 mmg suka air.  Umur2 camni dia x de sense of danger lagi.  Anak i kalau masuk pool mmg akan tengok dia walaupun dia boleh berenang.  Ye la berenang pun bukan tahap olympic swimmer kan still kena berhati2 sbb still budak.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 03:28 PM | Show all posts
aku rasa sudah tiba masanya kerajaan look into seriously subject swimming di setiap sekolah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Brain dead ke kes camni uols?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 03:44 PM | Show all posts
zuuu replied at 9-1-2025 02:02 PM
dia x cerita la pulak,lemas kat kolam renang kut,nak komen banyak pon xleh sebab x tahu cita,doa j ...

dats y la...takde pulak dia cerita pasal kejadian tu.
moga adik ni dipermudah urusan dia
aamiinnn....


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 04:03 PM | Show all posts
semoga adik ni kembali sembuh.. amin...

anak aku wpun dh besar.. pandai swim.. swimmer sekolah.. aku tetap takan lepas mata tgk dia dlm pool.. benda boleh jadi mcm2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 04:17 PM | Show all posts
edayildiz replied at 9-1-2025 11:09 AM
abg ipar chuols mcm ayah i.kitorg x dibenarkn berjalan kt kwsn ada air..sampai i bsr kertu ni i xp ...

wow rumah ader kolam...humble brag gituh nyaaahhhhh oiiiiiiii........

semoga adik ni kembali sembuh.. InsyaAllah......amin...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 04:35 PM | Show all posts
Semoga Allah segera angkat penyakit adik comel ini dan dilapangkan segala urusan berkaitan. Buat ibu dan ayahnya jgn sesekali putus berdoa kpd Allah apatah lagi doa seorang ibu sgt mustajab utk anaknya...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.073939 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list