View: 1731|Reply: 15
|
Menangani fitnah Media Utama
[Copy link]
|
|
Sejak keputusan pilihanraya ni, ada beberapa berita dikeluarkan oleh media utama yg didapati mengelirukan. tetapi bila dibaca berita tidak utama didapati berbeza.
pada mulanya, saya nak post di CI. tapi CI tu threadnya terlalu laju. di sini saya boleh lock thread supaya tak laju.
jadi marilah kita lihat beberapa berita yg saya akan post di sini. nilaikan berita mana benar dan berita mana fitnah.
saya akan postkan sikit demi sikit. ikut mood jugak orang tua macam aku ni.
[ Last edited by ibnur at 10-3-2008 02:24 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian
Pas arah Tabika dikosongkan
Oleh Omar Osman
Guru bimbang tindakan ambil alih premis boleh ganggu proses pembelajaran
SUNGAI PETANI: Baru sehari pakatan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menguasai Kedah, mereka sudah mengambil tindakan mengarahkan Tabika Kemas di beberapa kawasan negeri ini dikosongkan serta-merta sejak pagi semalam.
Beberapa guru Tabika Kemas yang ditemui mengakui mereka didatangi pihak tertentu sejak semalam yang mengarahkan bangunan itu dikosongkan secepat mungkin bagi membolehkan diambil alih kerajaan Pas.
Di Parlimen Merbok, 57 Tabika dikatakan terbabit dengan arahan itu.
Seorang guru Tabika Kemas di Merbok yang ditemui berkata, beliau terkejut apabila didatangi individu yang mendakwa mewakili kerajaan baru Pas yang meminta kami mengosongkan premis dengan segera.
"Mereka bukan saja bertindak kejam, tetapi menggelapkan masa depan kanak-kanak kerana persekolahan akan dimulakan minggu depan. |
|
|
|
|
|
|
|
Harakahdaily
Teruskan Tadika Kemas, kami tidak pernah arah tutup - MB Kedah
ALOR STAR, 10 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mengarahkan semua Tadika Kemas di negeri ini mengekalkan premis masing-masing tanpa perlu berpindah, mengeluarkan barang sebaliknya meneruskan pengajian seperti biasa.
Beliau berkata, beliau sendiri atau pihak PAS tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian rupa sebaliknya akan memikirkan beberapa langkah untuk memantapkan lagi pusat pengajian pra sekolah tersebut.
Katanya, beliau juga telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Yusuf Husin untuk menghantar surat kepada kesemua 15 PAS Kawasan untuk memastikan Tadika Kemas di kawasan masing-masing meneruskan sesi pengajian seperti biasa dan jangan terpengaruh dengan mana-mana arahan selain dari arahan kerajaan negeri.
"Kita berterima kasih kepada semua guru-guru Kemas yang telah lama berjasa kepada masyarakat, kita tidak akan tutup Tadika Kemas, ini tidak betul, jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan, PAS tidak akan tutup Tadika Kemas," tegas beliau lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian
Tiga negeri dapat MB, KM baru
KUALA LUMPUR: .........
Bagaimanapun, Perak yang turut ditawan parti pembangkang belum memutuskan calon yang akan dilantik sebagai Menteri Besar.
Pas, DAP dan PKR yang bakal menubuhkan kerajaan campuran di Perak, sebelum ini dikatakan mencapai persetujuan untuk mencalonkan Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.
Mohammad Nizar yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang, mengesahkannya kepada Bernama semalam, tetapi Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang ditemui pemberita di Ipoh menafikan laporan itu kerana ia belum diputuskan Majlis Tertinggi DAP. ....
[ Last edited by ibnur at 10-3-2008 02:16 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
THE STAR
MYT 7:04:33 PM
Opposition parties to meet Sultan of Perak on MB
By CLARA CHOOI
IPOH: The state DAP, PAS and PKR leaders will seek an audience with the Sultan of Perak Sultan Azlan Shah on Monday to propose the names of two possible candidates to be the next Mentri Besar.
The meeting, set to take place at 4pm at Istana Kinta here, is expected to be attended by Perak DAP chief Ngeh Koo Ham, party secretary Nga Kor Ming, Perak PAS commissioner Ahmad Awang, party state election director Asmuni Awi, Perak PKR chairman Zulkifly Ibrahim and party election commissioner Ismail Yusop.
Ahmad said the coalition had agreeably arrived at the names of two suitable candidates who could take on the post of Mentri Besar.
He however declined to reveal who they were and which party they were from.
"We have agreed on the principle that the candidate should be a Malay.
"In total, there are six Malay candidates from PAS and three from PKR who won seats.
"The names were selected based on who, of the nine, would be the best and most suitable to take on the responsibility," he said.
Speculations are rife that the first name offered up would be that of Perak PAS secretary Mohammad Nizar Jamaluddin who clinched the Pasir Panjang state seat from MIC's Datuk Dr S. Vasan at Saturday's polls.
Mohammad Nizar however denied the rumours, saying that he would wait for the party leadership to inform him of any development.
When contacted, Zulkifly quashed talk that there was a tussle between the three parties for the Mentri Besar's seat.
"It is just one seat. The best person will take the post. There is no argument between members of parties as to who should get it," he said. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysiakini
PKR offers itself for Perak MB post
Chan Kok Leong | Mar 10, 08 11:32am
While the leading opposition party in Perak, DAP met to discuss who they would support for the state's Menteri Besar position, PKR held theirs in Segambut, Kuala Lumpur.
Although, it was not known what was discussed in the closed door meeting, PKR de facto leader Anwar Ibrahim told the media that there was a likelihood that the next Perak MB will be from PKR.
On the suggestion that DAP might have a problem with nominating one of their own as the next MB as there is a state criteria of having a Muslim as the head of state, Anwar gave a mixed answer.
"No the DAP is not troubled by the Muslim criteria. I've spoken to YB Lim Kit Siang, other DAP leaders and have been in communication with PAS leaders.
"DAP has the most number of seats in Perak but they think that for the smooth transition, we are considering having a Malay MB with a Chinese and Indian participation."
Asked if a PKR representative would be picked instead, he said, "There is a likelihood and we will discuss this further |
|
|
|
|
|
|
|
Fitnah tutup Tadika Kemas di Kedah - Berita Harian digesa mohon maaf
Helmi Khalid
Tue | Mar 11, 08 | 10:09:29 AM
ALOR STAR, 11 Mac (Hrkh) - Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menggesa akhbar Berita Harian untuk memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan Kedah yang menyiarkan berita palsu kononnya kerajaan mengarahkan pengajian di Tadika Kemas ditutup. |
|
|
|
|
|
|
|
Hati-hati dengan unsur sabotaj di Selangor - Dr Siti Mariah
Roy Rasul
Mon | Mar 10, 08 | 04:59:28 PM
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Hrkh) - Ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood berkata sejak semalam dan hari ini, beliau banyak menerima maklumat dari orang yang mendakwa sebagai pekerja Majlis Kerajaan Tempatan (MKT) Selangor bahawa ada orang-orang tertentu cuba mengeluarkan fail-fail dan dokumen di tempat tersebut.
Sehubungan itu beliau menasihatikan, sesiapa saja yang mengetahui berlakunya kes 'kecurian' harta-harta kerajaan tempatan perlu berani membuat laporan polis.
Ini tegasnya kerajaan baru Selangor belum lagi dibentuk dan tiada juga sebarang arahan dikeluarkan berhubung perkara berkenaan.
Begitu juga katanya, dengan laporan-laporan mengenai Tadika Kemas bahawa pihak-pihak tertentu mengeluarkan komputer dan sebagainya atas alasan PAS akan menutup Tadika tersebut.
Tegasnya, itu semua adalah pembohongan kerana kerajaan baru negeri Selangor belum ditubuh lagi.
"Kesemua laporan tersebut adalah pembohongan kerana Barisan Alternatif (BA) belum membuat apa-apa arahan dan kami bimbang orang lain akan ambil kesempatan di atas harta dan dokumen kerajaan," katanya.
Katanya, sepatutnya pegawai-pegawai kerajaan tempatan meneruskan kerja-kerja mereka seperti biasa.
Menurutnya, tidak betul kerajaan baru Selangor akan menyita barangan mereka.
Malah katanya, mereka tidak akan menutup Tadika Kemas dan para gurunya hendaklah terus mendidik anak-anak yang belajar di situ. - mr |
|
|
|
|
|
|
|
Monday, March 10, 2008
Selangor State Officials Destroyed Document
News from Sin Chew Daily 2008-03-10 17:50
(Shah Alam) State Officials of former Selangor Menteri Besar Dato' Seri Mohamad Khir Toyo have returned to State Government Office to pack but also destroyed some official documents.
Newly appointed Menteri Besar Tan Sri Abd Khalid Ibrahim arrived at Level 19 the building at 2.35pm for a close-door meeting with the former State Secretary and Tresurer.
Around 3.15pm, there were 5 to 6 officers at Level 12 started to destroy some documents. Level 12 was believed to be the Admin & Management division.
Party members of PKR and DAP immediately rushed over to stop the activity, and insisted that these documents are state property therefore must be retained regardless of the contents.
After the "destroy-document" exercise was stopped, the documents were scattered everywhere. According to sources, some of them were minutes of meetings, and some were marked "confidential document".
|
|
|
|
|
|
|
|
Utusan Malaysia
Pas cadang laksana hukum hudud di Kedah
KOTA BAHRU 9 Mac - Kepimpinan Pas Pusat berhasrat untuk melaksanakan sistem perundangan jenayah hudud di Kedah untuk dijadikan sebagai undang- undang negeri, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, perundangan yang akan dilaksanakan itu adalah mengikut Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002 yang dicadangkan dikuatkuasakan di Kelantan.
"Kita akan laksanakan dalam kemampuan bidang kuasa kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pas Pusat di sini hari ini |
|
|
|
|
|
|
|
Utusan Malaysia (Lagi sekali kata lain!)
Hudud bukan keutamaan Pas |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian
DAP boikot MB Pas
Kit Siang arah pulau majlis angkat sumpah kerajaan campuran Perak
PETALING JAYA: Pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang membentuk kerajaan campuran di Perak, mula goyah apabila semua 18 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP di negeri itu mahu memboikot majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar, petang ini.
Tindakan itu diambil berikutan keputusan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, semalam, yang memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang merangkap Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.
Pengerusi Suruhanjaya Perancangan Dasar dan Strategik DAP, Lim Kit Siang, berkata keputusan melantik Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar mencetuskan kejutan dan kemarahan pimpinan, ahli serta penyokong DAP. |
|
|
|
|
|
|
|
blog lim kit siang
Apology to Perak Sultan and Regent - No offence intended
March 13th, 2008 |
|
|
|
|
|
|
|
Harakah daily
Pendirian KeADILan mengenai situasi di Perak
Dr. Syed Husin Ali
Thu | Mar 13, 08 | 5:21:39 pm MYT
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menerima keputusan untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PAS, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.
Walaupun pada peringkat awal kami dengan tegas menekankan keperluan memilih seorang yang dapat diterima dengan baik oleh majoriti, kami kini menerima keputusan tersebut demi mempertahan semangat kerjasama antara KeADILan, PAS serta DAP dan juga untuk menjamin kestabilan serta perpaduan negeri Perak khususnya, dan negara Malaysia umumnya.
Namun, kami tidak bersetuju dengan persetujuan yang telah dibuat oleh PAS dengan DAP tentang komposisi Exco Negeri Perak di mana lapan kerusi Exco diperuntukkan untuk DAP dan dua selainnya untuk parti lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Harakahdaily
Angkat sumpah MB Perak batal: KeADILan pula buat hal?
Harakahdaily.
Thu | Mar 13, 08 | 5:53:00 pm MYT
KUALA KANGSAR, 13 Mac (Hrkh) - Majlis angkat sumpah Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri Perak yang baru terpaksa batal lagi hari ini apabila anggota Dewan Undangan Negeri dari Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) pula tidak berpuashati hasil dari salah faham.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dalam satu laporan akhbar online mengesahkan perkara ini dan majlis yang sepatutnya berlangsung jam 4 petang ini (13 Mac) terpaksa ditangguhkan.
KeADILan salah faham apabila menyangka mereka tidak mendapat sebarang kerusi dalam kerajaan Perak, padahal persetujuan yang dicapai adalah DAP akan mendapat 6 kerusi, KeADILan 3 dan PAS satu di samping MB.
Taburan ini adalah berdasarkan bilangan Adun masing-masing dalam kerajaan bersama itu iaitu DAP mempunyai 18 anggota, KeADILan 7 dan PAS 6.
"Persetujuan ini dicapai semalam antara DAP dan PAS selepas mereka dipanggil oleh Raja Muda Perak, namun tidak dipanggil KeADILan kerana ketika itu KeADILan tidak terlibat membantah," kata Ahmad Awang.
Hari ini, Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali membuat kenyataan tidak akan terlibat dalam pembentukan kerajaan negeri Perak itu.
Pagi tadi, rombongan tujuh Adun KeADILan di Perak menemui Penasihat Undang-undang dan seterusnya mengadap Raja Muda Perak menyatakan bantahan mereka.
Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua memaklumkan bantahan itu dibuat kerana KeADILan seolah-olah tidak ada sebarang kerusi dalam kerajaan Perak yang baru itu.
Namun beliau mengaku taburan 6:3:1 dalam Exco yang baru beliau ketahui itu adalah taburan yang sangat sesuai dan boleh diterima./wann |
|
|
|
|
|
|
| |
|