CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1854|Reply: 4

MUHASABAH PILIHANRAYA

[Copy link]
Post time 13-3-2008 11:23 AM | Show all posts |Read mode
oleh Zamihan Md Zin Al Gharial-ghari.blogspot.com




HARI MENGUNDI :


Sayafaqir yang hina berkesempatan membuang undi di DUN Galas, Gua Musang.Harapan saya dan semua pengundi agar calon muslim dan parti yangdisokong mendapat kuasa dalam pilihanraya. Sekaligus mandat mulia inidipergunakan untuk membela ummat dan mendaulatkan agama tercinta. Sayatiba di pusat mengundi kira-kira jam 10.00 pagi.





Pengundiandi awal pagi sememangnya dirancang kerana saya perlu bergegas ke DUNChempaka, Kota Bharu untuk memberi ruang kepada zaujah tercintamembuang undi bagi DUN Tok Guru. Namun, terpaksa beratur panjang di DUNGalas kerana pengundi saluran 3 begitu ramai. Maklumlah dibarisi orangmuda yang pertama kali mengundi. Kelihatan mereka begitu teruja.Sungguh mereka teruja dengan hari mengundi! Apakah mereka juga teruja dengan hari Kiamat. Rukun Iman yang ke-5. Allahu Allah.



GELAGAT MANUSIA :



Sayamemerhati pelbagai gelagat manusia yang berbaris. Ada yang menutupaurat. Dan ada juga yang tidak. Seseorang dua pula hampir telanjangwalau berpakaian. Orang kampung yang berhijrah ke bandar katakan!. Adajuga golongan warga emas yang datang dengan bantuan petugas haripegundian. Tahniah kepada warga emas yang bersusah payah datangmengundi. Apakah mereka juga sanggup bersusah payah untuk ke masjidmenunaikan solat.

Adapula si anak kecil yang merengek-rengek minta belas kasihan. Ibu-bapapula terpaksa melayan karenah anak-anak mereka. Begitulah lumrahnyamanusia, bila kecil menagih kasih sayang. Bila besar tiada belaskasihan.



BARISAN :








Melihatbarisan beratur yang panjang. Teringat pula barisan manusia, binatangdan jin di padang Mahsyar. Pelbagai gelagat dan keadaan dipertontonkan.Diriwayatkan dari Sayyidatina Aisyah r.a : 揔amu akan dihasyar dipadang mahsyar dalam keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan tidakberkhatan. Aisyah bertanya : "Apakah manusia tidak berasa maluberpandangan sesama sendiri antara lelaki dan wanita pada hari itu?Rasulullah menjawab : "Wahai Aisyah, sesungguhnya (kesibukan) urusanAllah menyebabkan hilang perasaan malu manusia sesama manusia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2008 11:23 AM | Show all posts

sambung

PENGIRAAN UNDI:

Sayajuga sempat mengikuti penjumlahan undi. Kita asyik mengira undi tetapilupa pula untuk mengakauntabiliti diri sendiri. Muhasabalah dirisendiri sebelum kita dihisab Rabb al-Jalil. Calon pemenang diisytiharSPR. Jika pembangkang menang..keputusannya agak lewat. Bagi yangmenang, wajah ceria terang bersinar. Calon yang kalah wajahnya pudar.Hatinya turut berpinar. Penyokongnya pula terkejut besar. Begitu jugaperistiharan di akhirat. Wajah pemenang beriman penuh bercahaya. Wajahsi kafir berdebu dan kehitaman pula. Itulah hakikat pembalasan dariNya.



KESIMPULAN :

Bersamalahkita muhasabah diri dengan memperkasakan rukun iman kita. Semogapilihanraya ke-12 mendewasakan pemikiran dan kehidupan kini. Sekaligusmematangkan perjalanan kita menuju akhirat.







Al-Hamdulillah,kita selesai memilih. Dan Allah telah memberi kemenangan kepadasebahagian pejuang agamanya. Laksanakanlah amanah dengansebaik-baiknya. Demi Agama, Bangsa dan Negara.




Saudaraku,sedarlah..bahawa kita masih ditahap buta akhirat. Hidup selesa tidakdigunakan untuk mencapai hakikat. Sebaliknya digunakan untuk melanggarsyariat. Bagaimana pula untuk mengecapi makrifat. Sekarang, tibamasanya pula untuk kita bersiap. Semoga Allah memilih kita dalamkeadaan selamat dan terhormat. Dijauhkan dari kematian yang jahat.Aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 11:40 AM | Show all posts
amin
telah tertunai jualah hajat terpendam
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 11:50 AM | Show all posts
amin..
Alhamdulillah..
Allah s.w.t bukakan jua hati pengundi2 yg bijak memilih akhirat sebagai keutamaan dan meletakkan duniawi sebagai sampingan..

Alhamdulillah..
Allah s.w.t tunjukkan jua sinar kebenaranNya dengan memberi kemenangan pada yang berjuang ke jalanNya..

semoga dengan perlantikan kerajaan yang benar dan telus dapat membawa sinar keamanan dengan penuh barakah pada negeri tercinta..
AMIN~~
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 01:41 PM | Show all posts
aminnn......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.222596 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list