CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2397|Reply: 1

perubatan masa melancong

[Copy link]
Post time 16-3-2008 07:03 AM | Show all posts |Read mode
Melancong dan berubat


Oleh HAMZAH ABDUL HAMID

Kos yang rendah tetapi kualiti setanding dengan negara maju telah menarik pesakit dari negara industri untuk mendapatkan rawatan perubatan di negara-negara membangun.


PERKEMBANGAN bidang perubatan di negara-negara
membangun membuatkan lebih ramai pesakit percaya
dengan perkhidmatan tenaga profesional.

BUKAN sesuatu yang menghairankan jika kunjungan anda ke wad hospital menemukan ramai pesakit yang bukan warga negara Malaysia dan bukan daripada golongan yang bermastautin atau bekerja di negara ini.

Mereka berada di situ kerana mahu mendapatkan layanan terbaik, kerana penjagaan kesihatan yang sama tidak ditemui di negara mereka sendiri.

Mungkin juga pesakit-pesakit itu memberi alasan bahawa mereka mahu membayar kos rawatan yang lebih rendah, namun dengan kualiti setanding dengan hospital dan kemudahan perubatan di negara maju.

Dalam konsep pelancongan medik suatu tempoh dahulu, arah perjalanan pesakit dilihat lebih bertumpu ke negara maju atau negara industri bagi mendapatkan kualiti tertinggi dalam hal ehwal penjagaan dan rawatan kesihatan.

Namun, corak itu telah berubah. Dalam seminar yang membentangkan topik Pelancongan Perubatan Antarabangsa Bagi Rawatan Penyakit Berkaitan Jantung di Institut Jantung Negara (IJN) akhir bulan lalu mendedahkan, pelancongan medik telah mengalami transformasi.

Transformasi yang dimaksudkan itu adalah mengenai corak 'penghijrahan' pesakit dari satu hala menjadi dua hala, iaitu pesakit melancong dalam kedua-dua arah.


DR. MICHAEL HOROWITZ

Dahulu, seseorang yang menghidap penyakit jantung misalnya, sanggup menempuh perjalanan jauh untuk mendapatkan rawatan di hospital yang mempunyai kemudahan perubatan terbaik.

Mereka lebih yakin pada nama doktor yang terkenal atau hospital yang masyhur di negara-negara maju.
"Namun, tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikan trend tersebut berubah. Perjalanan sehala telah bertukar menjadi lebuh raya dua hala dan semakin ramai pesakit kini mahu mendapatkan perkhidmatan di negara-negara membangun," kata Pengasas dan Presiden Medical Insights International, Dr. Michael Horowitz.

Firma yang diterajui Horowitz ini khusus dalam kerja analisis dan penyelidikan pelancongan perubatan, serta membekalkan maklumat untuk dimanfaatkan pihak yang terlibat dalam industri berkenaan.

Menurut beliau, perkembangan mendadak bidang perubatan di negara-negara membangun membuatkan lebih ramai pesakit percaya pada tawaran perkhidmatan, rawatan dan tenaga kerja profesional.

Secara tidak langsung, melalui perubahan positif ini, hospital-hospital berkenaan telah membuka pintu untuk bertindak secara dwifungsi.

"Pertama - hospital dan perkhidmatan perubatan di negara membangun ini menjadi tumpuan pesakit dari negara miskin. Banyak kes-kes yang memerlukan kepakaran dan teknologi yang lebih sofistikated boleh didapati di negara membangun.

"Kedua - ia menjadi pilihan pesakit dari negara maju yang mahu mendapatkan kualiti rawatan yang tinggi dan dipercayai tetapi hanya perlu membayar kos yang rendah berbanding di negara asal pesakit tersebut," terang Horowitz.

Ulasan Horowitz itu terkandung dalam kertas kerja beliau bersama penganalisis ekonomi global dari Universiti Emory, Atlanta, Amerika Syarikat (AS), Dr. Jeffrey Rosensweig.




Pernyataan tersebut turut disokong senario yang sedang berlaku rantau di Asia Tenggara. Kemudahan perubatan di Malaysia, Singapura dan Thailand rancak membangun, setanding dengan negara maju. India juga tidak terkecuali.

Hospital-hospital ini menyerlah dengan pelbagai perkhidmatan kesihatan untuk pesakit yang datang dari negara-negara seperti Bangladesh, Indonesia, Nepal dan Myanmar.

Pada masa yang sama, kemudahan-kemudahan ini memberikan penjagaan terbaik untuk mereka yang datang dari negara industri yang jauh seperti Britain, Kanada dan AS.

Pada masa sama, industri insurans dijangka mengalami impak besar berdasarkan perkembangan pelancongan perubatan.

"Syarikat insurans boleh menawarkan insentif kepada mereka yang sanggup mengembara jauh untuk ke destinasi perubatan luar negara, termasuk mengenepikan perbelanjaan berkaitan kesihatan, membayar kos perjalanan untuk pesakit dan ahli keluarga," kata Horowitz.

Secara amnya, kumpulan pesakit dalam konsep pelancongan perubatan berhadapan dengan faktor kewangan yang terbatas.

Sebaliknya, kos rawatan bukan satu masalah dan pesakit tidak perlu berfikir dua kali untuk mendapatkan rawatan di luar negara.

Hakikatnya, oleh kerana seseorang pesakit perlu mempunyai wang yang mencukupi untuk melancong dan membayar kos rawatan kesihatan mereka, pelancongan perubatan masih lagi menjadi pilihan yang diletakkan di bawah senarai bagi peratusan besar masyarakat negara ini.




.. pada yg suka melancong melawat negara2 lain tu, first thing korang kena ada ialah health insurance tu.. korang tak tahu apa jadi masa kat sana, sakit perut ke, kena appendix ke,  accident ke,  all those thing korang kena include dlm planning masa holiday tu..  especially yg nak melancong ke USA..  jgn tak tahu, USA lah antara negara termahal kalu korang kena masuk hospital..  jadi kena pastikan tentang health insurance tu.. sama jugak pentingnya to make sure yg korang dapat perubatan yg bagus.. jgn main blasah aje main ambik obat kat counter... takut lagi haru jadinya just semata nak jimat duit...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2008 01:59 PM | Show all posts

okay nak mencelah sikit

dan lagi satu anda kalau nak melancong kena jugak tahu

1) sama ada negara yg anda akan lawati tu ada tak risiko untuk TB, Hep B,  atau pun penyakit yg berkiatan saluran pernafasan

2) pastikan anda mengambil langkah langkah berjaga - jaga  - dgn ambil makanan yg you kno well cooked, prepared, ambil minum air DALAM BOTOL Shj

3) apa apa jenis vaccination ker atau pun gilah website helath advice for travellers ...pandemic / endemic country - like west nile fever etc..ni kena tahu


4) dan yg nak pi camping etc yg nak gi outdpoor tu you know..just read about Lyme 's disease...i had the experience of seeing one ahaks..ni rare lah jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.605516 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list