|
al mukminun mir'atu akhihi mukmin...
orang mukmin itu cermin bagi saudaranya mukmin yang lain... |
|
|
|
|
|
|
|
عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه البخاري ومسلم. Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ نُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم. Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
|
|
|
|
|
|
|
|
عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله قال: قلت یا رسول الله! قل لي في الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : (( قل آمنت بالله ثم استقم )) رواه مسلم. Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah. Hadis riwayat al-lmam Muslim.
|
|
|
|
|
|
|
|
عن أبي مالك الحارث بن عاصم الأشعري قال: قال رسول الله : (( الطهور شطر الإیمان، والحمد لله تملأ الميزان، وسبحان الله والحمد لله تملآن أو تملأ ما بين السماء والأرض، والصلاة نور، والصدقة برهان، والصبر ضياء، والقرآن حجة لك أو عليك، آل الناس یغدو فبائع نفسه فمعتقها أو موبقها )) رواه مسلم. Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. Hadis riwayat al-lmam Muslim.
|
|
|
|
|
|
|
|
عن أبي سعيد الخدري قال: سمعت رسول الله یقول: (( من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم یستطع فبلسانه، فإن لم یستطع فبقلبه. وذلك أضعف الإیمان )) رواه مسلم. Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
|
|
|
|
|
|
|
|
عن أبي محمد عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما قال: قال رسول الله : (( لا یؤمن أحدآم حتى یكون هواه تبعا لما جئت به )) حدیث حسن صحيح رویناه في آتاب الحجة بإسناد صحيح. Hadis ini hadis sahih yang kami riwayatkannya dari kitab al-Hujjah ( Nama penuh Kitab al-Hujjah di sini ialah ( الحجة على تارآي سلوك طریق المحجة ) karangan al-Syeikh Abu al-Fath Nasr ibn Ibrahim al-Maqdisie al-Syafi抜e al- Faqih al-Zahid. Kitab ini ialah kitab Usuluddin berasaskan kepada kaedah ahli Hadis dan Sunnah.)dengan sanad yang baik. Daripada Abu Muhammad Abdullah ibn 'Amru ibn al-'Aas r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang aku bawa.
|
|
|
|
|
|
|
|
waawiii..
that 's so nice of u .....tak per tambahlah lagi ....
bless u too sister? brother ..muaach |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by anak_pejuang at 11-5-2008 10:07 PM
عن أبي محمد عبد الله بن عمرو بن ال |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mbhcsf at 11-5-2008 10:10 PM
tapi tulah diuji ni .......ish tu lah Allah akan terus meguji..saya terkejut jugak...bila ditanya atau di provoke take off the tudung..show ur self terkedu jugak
katakan pada mereka... sesungguhnya aku Takut dengan Tuhan... soal kat dia balik kamu tak takut Tuhan ka??? |
|
|
|
|
|
|
|
Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa
Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah
Jika tidak kembali pada Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Iman adalah segala-galanya
Iman sangat penting dan banyak peranannya
Siapa yang mendapatkan iman
Selesai masalah dunia dan akhirat
Iman adalah aset yang boleh dibawa kemana saja
Kemana pergi rahmat Allah mencurah-curah
Iman adalah perisai
Untuk menangkis kemungkaran dan maksiat
Iman adalah pedang yang membunuh sifat jahat
Yang merosakkan diri dan kehidupan manusia
Iman adalah tenaga pendorong untuk berbakti
Kepada agama bangsa dan negara
Iman dan taqwa dirasa oleh hati
Bukan sekadar ilmu di akal semata
Iman adalah gabungan percaya dan yakin
Dengan zat, sifat dan peranan Tuhan dalam kehidupan
Iman adalah pengubat hati
Daripada cabaran hidup dan penyakit jiwa
Agar hamba Allah sentiasa bahagia
Iman adalah benteng yang paling kebal
Daripada jatuh ke neraka yang dahsyat azabnya
Iman dan taqwa asas kejayaan yang selamat dan menyelamatkan
Iman dan taqwa dirasa oleh hati
Bukan sekadar ilmu di akal semata
Iman adalah gabungan percaya dan yakin
Dengan zat, sifat dan peranan Tuhan dalam kehidupan
Bawalah Tuhan kemana sahaja
Dia kawan yang paling setia
Milikilah Tuhan dan iman walau berkorban apa saja
Kerana Tuhan dan iman adalah segalanya
Kehilangan Tuhan dan kehilangan iman
Bererti kita kehilangan segala-galanya |
|
|
|
|
|
|
|
well...
Originally posted by anak_pejuang at 11-5-2008 10:18 PM
katakan pada mereka... sesungguhnya aku Takut dengan Tuhan... soal kat dia balik kamu tak takut Tuhan ka???
dalam konteks biasa kalau org kat tepi jalan tu bolehlah mmg boleh tapi nak cakap yg u know
"tarik rambut dalam tepung tak bersepah" ni yg susah ni....
tapi u know..dah abis pun hal ni tapi i cuma takut ....nanti soal ni timbul lagi..she does not want me to "cave in " dgn tudung nak diterima sebab tu dai tanya sincewhen i pakai tudung.....saya cakap sejak i was 16 years...so itulah my parents are quite opened depa tak strict sangat pun but mmg depa suka tudung pun but they are not as strict as some parents juts anak anak depa ni sedaq sendiri jer ....so alhamdulillah jugak ...tapi tu lah.....
kan kan...tersentak jugak....tak pa yg prinsip prinsip jugaklah ..rasanya ...
cara yg lembut ..ada |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mbhcsf at 11-5-2008 10:24 PM
dalam konteks biasa kalau org kat tepi jalan tu bolehlah mmg boleh tapi nak cakap yg u know
"tarik rambut dalam tepung tak bersepah" ni yg susah ni....
tapi u know..dah abis pun hal ni t ...
buat solat hajat... mintak Tuhan bagi idea dan buah fikiran cam mana nak tangani masalah ni... saya belom ada pengalaman tentang perkara ini... InsyaAllah ada penyelesaiannya...
tetapkan hati... dengan izin Tuhan ia mempermudahkan hamba2nya...
[ Last edited by anak_pejuang at 11-5-2008 10:33 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 anak_pejuang's post
ahahhh ..good idea...clever you.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #38 anak_pejuang's post
yep bless u |
|
|
|
|
|
|
| |
|