View: 4047|Reply: 2
|
jam tangan lelong rm7.2juta!!
[Copy link]
|
|
Nilai jam tangan RM7.2j
'Trossi Leggenda' ciptaan Patek Philippe asalnya milik Presiden Scuderia Ferrari
GENEVA: Jam tangan yang pernah menjadi milik seorang pemandu kereta lumba Itali dibeli pada harga 2.345 juta francs Switzerland (RM7.2 juta) pada satu acara lelong.
Jam tangan emas Patek Philippe pada asalnya dimiliki Presiden Scuderia Ferrari, Count Carlo Felice Trossi, dijual pada harga paling tinggi pernah direkodkan bagi jam tangan yang dilelong di Sotheby's, kata agensi lelongan itu.
Sotheby's berkata, sebelum malam jualan kelmarin di Geneva, jam itu dikenali sebagai 'Trossi Leggenda', adalah 'hampir unik' dan boleh dibida sehingga dua juta francs (RM6.1 juta).
Ia adalah tumpuan utama pengumpul jam di kalangan hampir 200 jam lain.
Trossi adalah pemandu kereta lumba, juruterbang dan pemandu bot laju yang mencatat banyak kemenangan dalam sukan lumba motor termasuk Grand Prix Itali pada tahun 1947.
"Ia adalah jam lambang keagungan dan berkepentingan dari segi sejarah ketika dikeluarkan pada 1932, titik peralihan yang juga menyaksikan lumba kereta dan kemunculan kapal terbang," kata Geoffroy Ader, ketua bahagian jam tangan Sotheby's di Geneva, dalam sidang akhbar sebelum acara itu.
Gabungan Patek Philippe dan Ferrari menjadikan ia jam luar biasa," tambahnya merujuk kepada pembuat jam Switzerland dan pengeluar kereta mewah Itali itu.
Jam tangan Rolex yang dihasilkan sekitar tahun 1980, dikenali sebagai 'Oyster Daytona Paul Newman' dan dinamakan sempena perlumbaan kereta Florida dan aktor Amerika Syarikat yang menjadikan gaya itu popular, dijual pada harga 157,000 francs (RM478,993), berbanding anggaran sebelum jualan sekitar 50,000 hingga 80,000 francs (RM152,545 hingga RM244,153).
kalu 7.2juta punya jam.. penyamun tau... kena potong tangan ler nak curik jam tu... aku pakai aje ler jam kokak beli kat pasar malam... tapi masih boleh tell time ... tu aje yg penting.. (ekceli sbb tak ada duit... kalu ada duit lebey nak gak aku pakai fossil ke tag hueur ke.. ) biler la aku boleh afford patek phillppe ni... weeyyy |
|
|
|
|
|
|
|
pehhh jam jer berjuta2 kat malaysia sape ler pakai jam paling mahal ek?? {:2_65:} |
|
|
|
|
|
|
| |
|