View: 2577|Reply: 3
|
7 bom meletup di jaipur; lebih 80 mati
[Copy link]
|
|
Tujuh bom gegar bandar Jaipur
JODHPUR: Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dan lebih 100 cedera selepas tujuh butir bom meletup di beberapa pasar di bandar peranginan India, Jaipur, semalam, lapor polis dan agensi berita.
Polis dan sumber lain berkata, letupan tujuh butir bom menggegarkan beberapa pasar di Jaipur, ibu kota negeri padang pasir Rajasthan. Mereka melaporkan enam kematian.
Ketua Polis, Amorjot Singh Gill berkata: 揑a satu serangan pengganas. Laporan awal menunjukkan enam orang maut dan 30 lagi cedera, |
|
|
|
|
|
|
|
tak der keje puak2 ni...........................:@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa letupan bom kini 80
Polis dakwa militan dalang beberapa siri serangan di bandar raya purba India
JAIPUR: Angka kematian akibat siri letupan di bandar raya purba India meningkat kepada 80 orang dan menjadikan pasar sibuk, bazar barang kemas dan sebuah kuil itu seperti kawasan pembunuhan beramai-ramai.
Ketua Pengarah Polis Negeri, A K Jain, berkata 20 lagi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami tengah malam kelmarin, menjadikan angka kematian akibat letupan kelmarin kepada 80.
Hampir 200 lagi cedera dalam tujuh letupan di bandar raya di barat India itu, kata Jain. Polis berkata, bom kelapan berjaya ditemui dan dimatikan.
Kumpulan militan dipersalahkan ke atas beberapa siri letupan di India sejak beberapa tahun lalu turut segera disyaki menjadi dalang serangan terbaru itu.
"Memang jelas, ia serangan pengganas. Cara ia dilakukan adalah cubaan untuk memaksimumkan kemusnahan nyawa manusia," kata Ketua Polis Rajasthan, A S Gill.
Polis mengenakan perintah berkurung sepanjang hari semalam di beberapa bahagian bandar raya itu yang digegarkan dengan letupan, kata seorang lagi ketua pengarah polis, Kanhaiya Lal.
Perintah berkurung bertujuan untuk menghalang sebarang pertempuran antara penganut Hindu dan penduduk Islam.
Kebanyakan kedai masih ditutup di beberapa bahagian lain bandar raya itu walaupun semakin ramai peronda polis.
Jain berkata, polis menyoal hampir 12 orang tetapi masih tidak menemui petunjuk siapa yang terbabit.
"Tiada tangkapan dibuat setakat ini," katanya.
Tiada siapa mengaku bertanggungjawab di atas letupan itu, yang bermula kira-kira jam 7.30 petang waktu tempatan kelmarin.
Sebutir bom meletup di pasar berhampiran kuil yang dikhaskan untuk Dewa Hanuman dan sebutir lagi meletup berhampiran pasar barang kemas Bazar Johari, kawasan tarikan pelancong popular.
Kawasan kejadian dipenuhi dengan beg beli-belah yang ditinggalkan pelanggan, kereta yang musnah dan beca yang terbalik, jenis pengangkutan paling popular di lorong sesak di Jaipur. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
pergi manpus lah terrorist ini.
asyik buat org lain susah saja.:@ :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
| |
|