CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4060|Reply: 18

KURANG AJAR

[Copy link]
Post time 19-5-2008 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.
Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;

Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar.

-Usman Awang-

Sajak ini cilok dari bod satu lagi...agak dalam maknanya...
Macamana...setuju @ tidak dengan konotasinya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2008 03:23 PM | Show all posts
i like....

agaknya, yg i paham...break the rules
bila dlm sesuatu masyarakat, budaya yg dipegang adalah sama....
jadi kalo ada yg berani break the norm....terjadilah kurang ajar
disebabkan sifat "kurang ajar"...nie manusia keliling akan cuba memahami rasionalnya kot....

sifat "kurang ajar" pd anak2 selalu fokus pd satu tuntutan...
mereka ingin diDENGARI....satu sifat semulajadi utk survive gak kann

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 11:03 PM | Show all posts
ada sesetengah perkara & keadaan, memang kita harus kurang ajar
tapi kurang ajar pun kena ada batas gak la kan, takleh main sembur je
rasanya kurang ajar tak semestinya guna kata2 kesat atau maki hamun
leh gak guna words/ayat/cara bercakap tertentu - pedas, berbisa tapi ada kebenarannya
kadang2 tu cukup ngan jelingan mata atau gerak tubuh pun leh dikira kurang ajar gak
pendek kata - yg makan dalam atau buat orang sentap (esp orang yg ego ke langit),
lantas orang yg dah sentap tu pun label kita sebagai "kurang ajar"

selalunya siapa & dalam keadaan apa orang melabel orang lain "kurang ajar"?
orang yg lebih tua tak semestinya tau segalanya pandai & sentiasa betul
orang yg lebih berpangkat tak semestinya dia berkuasa & leh cakap/bertindak sesuka hati
tapi derang tak sedar.. ataupun buat2 tak sedar.. ataupun tak nak sedar..
so? apa kita yg lebih muda atau takde pangkat ni leh buat utk 'betulkan'?
tegur je la kan.. tapi tegur dengan cara yg bagaimana?
tu yg kekadang tu leh keluar word "kurang ajar" ni..

kena tengok cara.. kena tengok keadaan.. kena tengok dgn siapa orangnya..

malu pun biar bertempat.. hormat pun kena ada batas..
"lebih tua" atau "berpangkat" tak semestinya kita kena hormat -
atau sentiasa nak kena telan je kata2/perbuatan diorang..
semua orang buat silap.. dan ada orang yg mmg sengaja buat silap..
tapi tak sedar, buat2 tak sedar atau taknak sedar - semata2 sbb ego, etc2
so? kalau "silap" mereka tu dah sampai ke tahap menganiayai kita,
takkan la kita nak diamkan aje & tambah penganiayaan tu dgn menganiyai diri kita sendiri -
(dengan berdiam diri & terima aje apa yg derang buat)??
kadang2 tu kita "terpaksa" gak kurang ajar.. bukan aje utk diri kita sendiri,
tapi juga utk orang yg menganiayai kita (aka "terlebih diajar") tu..

kita yg kurang ajar? atau mereka yg kurang ajar sebenarnya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 02:11 AM | Show all posts
mengamalkan sikap 'kurang ajar' dlm sesetengah perkara akan membantu anda berada di depan dan mempunyai kuasa utk bersuara! kerana sikap itu boleh membuka mata orang sekeliling

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 01:36 PM | Show all posts

Reply #3 naden's post

Setuju...faktor umur/pangkat...dah lebih makan garam/banyak pengalaman...kena tengok konteks...kondisi...

dah kalau macam ketam mengajar anaknya berjalan betul...takkan kita
nak biarkan...kalau orang tua yang suka buat kecoh dan menyebar berita
yang ternyata tiada asasnya @ tersilap fakta...

takkan kita nak diamkan dan tidak bersuara...bersuara pula kita dikatakan KURANG AJAR...sebaliknya situasi ini seleoknya dikatakan TUNJUK AJAR...kena saling ingat-menigingati...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 07:17 AM | Show all posts
kenapa ayah menghikayatkan tuah dan jebat
dan kini menyeru loloskan yang tersekat
ayah dulu hanya bersenjata tulang empat kerat
ayah saksikan sekarang bangsamu merempat demi darjat

kenapa ayah pergi sebelum kami mampu berdiri
bangsamu kini pengemis di tanah sendiri
terlalu murah harga sebuah maruah pertiwi
mata tegak ke langit kaki tak cecah bumi

kami tidak pernah di asuh kurang ajar
nabi mengajar kami supaya sabar
mungkin ingatan ayah telah pudar
mungkin azam  ayah kini hambar

yang putih belum tentu putih
yang hitam belum tentu hitam
yang boleh belum tentu soleh
yang kejam belum tentu dendam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2008 06:13 PM | Show all posts
I fully understand what Usman Awang is trying to drive at but IMHO he chose  the wrong word. 'Kurang Ajar'. It  is not the proper vocabulary because it carries a negative and immoral connotation. In English 'Kurang Ajar'  is insolent which means audaciously rude,disrespectful and impertinent..

Malays are generally  overly polite, generous, docile and submissive people after generations of subjugation and repression by the the Malay rulers. In the eyes of the Malay masses the power of the rulers are absolute and infallible. Even a minor transgression can be considered treason.  Punishment was readily accepted as a matter of fate. Because of these overwhelming power, the Malays have developed the slave mentality. See how they kissed the ruler's hand and stoop lowtowards the ruler the Providence. They need the grace of rulers not God.

Usman Awang,  a  socialist, saw that these tendencies as impediments to Malay mental progress. To progress the Malays should shake off the'sikap pemalu' and passiveness and instead be more radical and extrovert not ' kurang ajar'.  IMHO.


[ Last edited by  thamrong at 22-5-2008 06:46 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 11:43 PM | Show all posts
KURANG AJAR

Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.
Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;

Nyatanya penulis jelas dengan ketakutan bangsa 'Melayu' yang melihat perkataan 'kurang ajar' itu sebagai sesuatu yang menakutkan. Ini kerana kelompok masyarakat ini (Melayu) mendefinisikan 'kurang ajar' sebagai satu bentuk tingkah laku yang tidak hormat, (tidak kira dalam apa jua bentuknya, sama ada meninggikan suara, mengambil kesempatan atas orang lain dll) kerana norm dalam masyarakat Melayu menjunjung ketinggian budi bahasa (kelembutan tutur kata, akhlak yang baik dan seninya dalam bergaul)..

Namun, penulis membawa pembaca melihat dari sudut pandangan berbeza tentang penggunaan konotasi 'kurang ajar' seperti yang ditakrifkan beliau dalam bait-bait ayat di bawah...
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Di bait ini penulis menyatakan sebabnya, mengapa si anak harus menjadi 'kurang ajar'. Iaitu supaya tidak mewarisi sifat 'malu' miliknya. Apa pula kaitan antara 'kurang ajar' dengan 'malu'???
Penulis menerangkan lebih jelas dalam bait berikutnya....
Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya

Penulis memberi contoh, bahawa dengan sifat 'kurang ajar'lah maka para petani dapat memiliki tanah mereka. Tanah yang menjadi hak mereka, sedangkan...Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

dulu mereka tidak punya harta (tanah seperti yang digambarkan penulis), kerana sifat 'malu' yang membelenggu atau telah lama menjadi norma (sesuatu yang diterima bersama) dalam masyarakat. Malu untuk menyuarakan hak mereka dan malu untuk menonjolkan diri dalam menuntut keadilan..

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar.

Penulis = Usman Awang

Akhir sekali, pesan penulis bahawa sesuatu bangsa tidak akan berjaya (besar, kuat dan diterima dunia) tanpa memiliki sifat 'kurang ajar' yang dalam konteks sajak ini membawa maksud 'berani memperjuangkan hak, menyatakan yang benar dan tidak 'malu' membuat perubahan, ke arah yang lebih baik'....

Sekian. Setakat yang aku paham. Sori la kalau ayat ter'skema' plak.


[ Last edited by  pesona1 at 1-6-2008 11:44 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2008 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 22-5-2008 07:17 AM
kenapa ayah menghikayatkan tuah dan jebat
dan kini menyeru loloskan yang tersekat
ayah dulu hanya bersenjata tulang empat kerat
ayah saksikan sekarang bangsamu merempat demi darjat

kenapa a ...


belum sempat ulas lagi aji...
nanti la bila free sikit...

btw... menarik untuk diperhalusi maksudnya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 08:42 PM | Show all posts
Sebut sal kurang ajar dan pemalu ni...orang Melayu selalu malu dan kurang ajar pada tempat yang tidak sepatutnya....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 09:47 PM | Show all posts
kita harus diajar utk menjadi kurang ajar....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 01:30 AM | Show all posts
orang cina ramai yg kurang ajar dan biadap
sbb tu dia orang maju dalam ekonomi

tapi tak maju di alam kemasyarakatan, maruah
dan harga diri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 06:59 PM | Show all posts

Reply #12 bizsari's post

betul ke tak maju dalam kemasyarakatan, maruah dan harga diri??

rasanya, dengan sifat mereka yang kurang ajar tu la mereka memperkaya masyarakat dan mempertahankan maruah serta harga diri mereka...:re:
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 04:06 PM | Show all posts
kurang ajar lam konteks neh lebey pader Berani mendapat kn sesuatu yg kiter raser berhak kot?

pader dut tk perlu nk kurang ajar, tegas yerrr..tp bkan dgn cara menyakiti owang utk kiter dpt kn aper yg hak nyer
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 04:08 PM | Show all posts
Originally posted by bizsari at 29-6-2008 01:30 AM
orang cina ramai yg kurang ajar dan biadap
sbb tu dia orang maju dalam ekonomi

tapi tak maju di alam kemasyarakatan, maruah
dan harga diri.

some prime example will be most welcome here biz, or else it's gonna sound so racist, dut bergaul gaks ngan ramai owang cina neh, and there are a lot of things that I do learn from them, depa masih utuh laei lam mempertahankn hal2 berkaitan masyarakat depa, so where does your assumption comes from?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2008 08:09 AM | Show all posts
kekdg kalo kiter kurang ajar akan membuatkn kiter lebih dihormati ...
kalo malu bertanya plakss sesat jln ....so nk maju kena kuang ajar skit..ahaks ..kuang ajar dlm konteks nih berani ambik risiko kan ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2008 11:36 AM | Show all posts

Reply #8 pesona1's post

maksudnya adalah perlunya "kurang ajar" didalam merebut peluang yang mendatang tanpa ada pertimbangan yang lebih jelas atau yang dapat mengandalkan perbuatan agar tidak menjadikan ianya sebagai suatu kaedah menghalalkan cara.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 01:04 AM | Show all posts
kurang ajar/ rude......eeeemmmm often org2 yg lebih tua dr kita kata ...we youngster kurang ajar ....why? or rude only will be tag on youngster je? although org2 tua dr kita kdg2 ada gak yg rude....but they said tu nk mengajar bukan kurang ajar...kita yg muda sikit ni.....seems salah je
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 02:25 AM | Show all posts
apa yang aku boleh faham dari sini. kita kene ada pemikiran kurang ajar. pemikiran dan sifat itu berbeza. apa yg aku nak nyatakan kat sini kita yg kurang di ajari perlu belajar setiap bende. malu bertanya sesat jalan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.077119 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list