CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4002|Reply: 4

sumbang mahram; lelaki argentina kena jail 16 tahun

[Copy link]
Post time 23-5-2008 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Sumbang mahram: Lelaki Argentina dipenjara 16 tahun

BUENOS AIRES 22 Mei - Seorang lelaki berusia 73 tahun yang melakukan sumbang mahram dengan anak gadisnya sehingga menyebabkan kelahiran dua orang anak, hari ini dijatuhi hukuman penjara 16 tahun.

Pendakwa raya, Sergio Antin berkata, jenayah yang dilakukan oleh Eleuterio Soria mempunyai persamaan dengan kes sumbang mahram oleh lelaki Austria, Josef Fritzl yang mengurung anak perempuannya di bilik bawah tanah selama 24 tahun.

"Sekiranya penderaan seksual dan mengambil kira faktor mangsa tidak meninggalkan kediaman, ya, terdapat kesamaan dalam kedua-dua kes," kata Antin selepas Soria dijatuhi hukuman kelmarin.

Perbicaraan Soria mendedahkan yang dia mula melakukan sumbang mahram seawal tahun 1992 ketika anak perempuannya berusia 12 tahun.

Gadis malang itu mengandung pada tahun berikutnya menyebabkan ibunya meninggalkan kediaman mereka di La Matanza, sebuah daerah di Buenos Aires.

Lima lagi adik-beradiknya kemudian turut mengambil tindakan yang sama.

Anak kedua hasil sumbang mahram pula dilahirkan pada tahun 1997.

Tidak seperti Fritzl, Soria menggunakan 'penguasaan psikologi' berbanding penahanan fizikal.

Mangsa melarikan diri beberapa kali tetapi akan pulang ke rumah selepas kedua-dua anaknya itu diancam akan dibunuh.

Dia bagaimanapun berjaya melepaskan diri pada tahun 2003 dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Pakar psikologi Argentina menyatakan yang mereka tidak terkejut mangsa mengambil masa lebih dari sedekad untuk membuat laporan berdasarkan penderaan psikologi yang dialaminya.

- AP

tu ler... yg hal incest sumbang mahram  ni  bukan pasal agama aje.. ni kemanusiaan..  cuma hukuman tu berbeza.. kat malaysia aku bajet kena sebat 10 rotan  pastu penjara paling kurang pun 20 tahun.. tapi kalu dah lama sangat incest tu..mungkin triple..  pada aku org canggini   baik sula aje bontot dia.. biar mampos!!:@   umur dah 73 tahun binatang jahat camni patut potong kottey dia dulu..!!   :@  fukc  what a moron!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2010 03:36 PM | Show all posts
anak perlu dilindungi , bukan dianiaya.. Mmg kejam bapa mcm ni.,
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 09:33 PM | Show all posts
Manusia "binatang" spesis ini ada diserata dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 09:40 PM | Show all posts
mual...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 08:36 PM | Show all posts
gila jugak org argentina:cf:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.045787 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list