|
SRI LANKA: update - LTTE isytihar gencatan senjata!!
[Copy link]
|
|
LTTE diberi tempoh 24 jam
COLOMBO 20 April - Kerajaan Sri Lanka hari ini, memberi kata dua kepada gerila Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) supaya menyerah diri dalam tempoh 24 jam atau akan dimusnahkan.
Perang saudara selama 25 tahun itu kini menyaksikan gerila LTTE berada dalam kawasan kecil berdekatan pantai untuk mempertahankan diri ke titisan darah terakhir dan pada masa sama, mendesak gencatan senjata untuk melindungi orang awam yang LTTE enggan lepaskan.
Namun sekarang, dengan kebanyakan orang awam sudah keluar dari kawasan zon-bebas-tembakan seluas 17 kilometer persegi, kerajaan telah memberi amaran kepada pengasas LTTE, Vellupillai Prabhakaran supaya menyerah diri atau berdepan dengan serangan hebat tentera.
"Kami telah mengeluarkan amaran terakhir kepada Prabhakaran dan kumpulan pengganasnya supaya menyerah diri kepada tentera kerajaan dalam tempoh 24 jam bermula 12 tengah hari,'' kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Keheliya Rambukwella kepada pemberita di pusat pengurusan perang Tentera Udara di sini hari ini.
''Selepas itu, tentera akan bertindak. Inilah pilihan terbaik (untuk LTTE menyerah diri),'' kata Rambukwella.
Tiada cara untuk mendapatkan reaksi LTTE. Prabhkaran, 54, dan pengikutnya membawa kalung berisi pil kapsul beracun yang akan ditelan sekiranya ditangkap pihak berkuasa.
Untuk tempoh berdekad-dekad lamanya. Prabhakaran telah berikrar tidak akan menyerah kalah dalam perjuangannya untuk mendapatkan negara berasingan bagi orang Tamil di Sri Lanka.
Dianggarkan antara 25,000 dan 35,000 orang melarikan diri dari zon perang berkenaan, kata Pengarah di Pusat Media bagi Keselamatan Nasional, Lakshman Hulugalle.
Ia disifatkan bilangan paling besar berbuat demikian dan menjadikan mereka yang lari dari LTTE berjumlah hampir 100,000 orang. - REUTERS |
|
|
|
|
|
|
|
Sri Lanka sasar pemimpin LTTE
Rajapakse, Presiden PBB desak gerila Tamil letak senjata
COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapakse, menegaskan bahawa pemimpin pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Velupillai Prabhakaran, tidak akan diberi pengampunan, ketika kerajaan negara itu dan pemimpin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat gesaan baru kepada gerila agar menyerah diri.
" Pemimpin LTTE itu sudah musnahkan semua peluangnya menerima pengampunan kerajaan. Beliau kini perlu bertanggungjawab di atas segala perbuatannya," kata Rajapakse dalam satu kenyataan dari pejabat presiden.
Tentera kerajaan memperhebatkan serangannya di kubu terakhir tentera Harimau Tamil dan semakin yakin dapat menamatkan konflik lebih tiga dekad, di sebalik kebimbangan antarabangsa terhadap nasib berpuluh ribu orang awam yang terperangkap dalam pertempuran.
" Pemberontak semakin terdesak dalam peperangan ini," kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Keheliya Rambukwella.
Kelmarin, dua anggota kanan Harimau Tamil termasuk jurucakap kumpulan itu yang menjadi penghubung LTTE dengan dunia luar, Velayudam Dayanidi, menyerah diri kepada tentera kerajaan.
Pada masa sama, masyarakat antarabangsa turut memberi tumpuan kepada nasib berpuluh ribu orang awam yang masih terperangkap di tengah pertempuran dengan laporan 100,000 kini pelarian.
Stesen televisyen tempatan menyiarkan rakaman gambar beribu-ribu penduduk awam menunggu untuk mendapatkan bekalan makanan, sebilangan lagi mengharung air separas pinggang untuk menyelamatkan diri, manakala seorang ibu melahirkan anak dalam bas yang membawanya keluar dari kawasan pertempuran.
Sementara itu, Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Claude Heller juga mendesak pemberontak Tamil supaya menyerah diri dan membenarkan orang awam yang tidak bersalah meninggalkan zon perang. � AFP |
|
|
|
|
|
|
|
LTTE isytihar gencatan senjata
COLOMBO: Pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) hari ini mengisytihar gencatan senjata sebelah pihak ketika tentera Sri Lanka mengepung mereka di kawasan kecil bersama ribuan orang awam.
揔etika di ambang krisis kemanusiaan dan sebagai menyahut gesaan PBB, EU, kerajaan India dan lain-lain, LTTE mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak , |
|
|
|
|
|
|
|
Ketua LTTE terbunuh
| TV Derana merakamkan mayat,Charles Anthony, anak lelaki pemimpin LTTE, Vellupillai Prabhakaranyang terbunuh dalam serangan tentera Sri Lanka, semalam. – REUTERS
|
COLOMBO 18 Mei – Pemimpin tertinggi pemberontak Harimau PembebasanTamil Eelam (LTTE), Velupillai Prabhakaran ditembak mati hari iniketika cuba melarikan diri daripada kepungan askar kerajaan Sri Lanka.
Prabhakaran cuba meninggalkan kawasan yang dikepung dengan menaikisebuah ambulans bersama-sama dua pembantu kanan sebelum subuh hari ini,tetapi kesemua mereka terbunuh apabila kenderaan itu diserang hendap,kata seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan.
“Dia terbunuh bersama-sama dua orang lain di dalam ambulans itu. Pengumuman rasmi akan dibuat kemudian,” katanya.
Dua orang kanan Prabhakaran yang turut terbunuh itu dikenal pastisebagai ketua perisikan LTTE, Pottu Amman dan ketua tentera lautnya,Soosai.
Tentera Sri Lanka sebelum itu mengumumkan, mereka telah membunuhtiga pemimpin kanan LTTE dan menemui mayat anak lelaki Prabhakarandalam operasi pembersihan berikutan kekalahan pemberontak tersebut.
Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, salah seorang pemimpinLTTE yang terbunuh itu ialah ketua sayap politiknya, B. Nadesan.
Sehari selepas mengumumkan mereka menghentikan pertempuran, sakibaki gerila LTTE kini terperangkap di sebuah kawasan hutan kecil ditimur laut Sri Lanka.
Jurucakap tentera, Brigadier Udaya Nanayakkara berkata, sebilanganpemberontak terus memberikan tentangan sewaktu askar menjalankan‘operasi pembersihan’ di kawasan berkenaan.
Katanya, pasukan keselamatan turut menemui mayat anak lelaki Prabhakaran, Charles Anthony, 24, semasa operasi tersebut.
Selain Nadesan, pemimpin kanan lain LTTE yang terbunuh ialah ketuasekretariat perdamaian Harimau, S. Puleedevan; dan pemimpin mereka diwilayah timur, S. Ramesh, menurut Kementerian Pertahanan.
Nanayakkara berkata, nasib Prabhakaran tidak diketahui kerana “kamibelum menemuinya, sama ada hidup atau mati, tetapi kami mengetahui apayang perlu kami lakukan apabila kami menangkapnya.” – AFP-rujukan Utusan Melatu 19 Mei 2009 |
|
|
|
|
|
|
|
sesiapa leh bg tu info mengenai sejarah pemberontakkan LTTE tak??i heard that LTTE memperjuangkan etnic Sinhalese yg merupakan ethnic mejority kat sri langka tetapi sri lanka telah di tadbir oleh etnik tamil...itu yg menjadi konflik LTTE. ini adlah kerana LTTE merasa mereka yg ptt mentdbir sri lanka......
adakah betol fakta sy??
somebody please correct me..
thanx |
|
|
|
|
|
|
|
25# seterika
salah tu. ltte ni fought for tamil minority. LTTE : liberation tigers of TAMIL eelam. baca la kat google/wikipedia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|