CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4034|Reply: 14

Perihal Kaabah

[Copy link]
Post time 10-7-2008 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua;

Saje bukak topic baru berkenaan kaabah ni..

Saya pernah dgr ade org kata Kaabah yg ade skrg adalah Kaabah ketiga.. Bukannya kaabah asal.
Kaabah mula2 sekali dibina zaman nabi Adam.. pastu Nabi Ibrahim bina semula..

Dan kalau tgk sejarah slm kaabah kat mekah tu kiblat arah ke baitul maqdis...

So ade tak ape2 komen dan info yang mana dan di mana Kaabah yg asal???

Silakan tuan2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2008 06:39 PM | Show all posts
ini permasalahan flat earth...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 06:51 PM | Show all posts
kenapa tetiba kaabah dijadikan isu ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2008 07:08 PM | Show all posts
Originally posted by linweona at 10-7-2008 06:51 PM
kenapa tetiba kaabah dijadikan isu ye?   


bkn isu.. juz bincang jer..
which one the real kaabah??
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 08:49 AM | Show all posts
nih aku summarize dari buku Sirah Riwayat Hidup Nabi Muhammad S.A.W. tulisan Abu Mazaya Al-Hafiz

Diriwayatkan oleh sebuah hadis Bukhari, bahawa ketika Nabi Ismail a.s. sedang membuat panah di bawah sepotong kayu berhampiran telaga zamzam, Nabi Ibrahim a.s. datang kepadanya dan menyatakan bahawa Allah telah memerintahkan untuk membuat rumah Allah (Baitullah) di sebuah kawasan lembah yang rendah.  Kedua-duanya lalu membina Baitullah bersama-sama.  Nabi Ismail a.s. mengangkat batu2nya dan ayahnya menyusunnya.  Apabila dinding semakin tinggi, Nabi Ibrahim a.s. mengambil batu2 yang nantinya dikenali sebagai maqam Ibrahim dan berdiri di atasnya dan menyusun sehingga dinding semakin tinggi.  Rumah ini didirikan sebagai rumah Allah s.w.t. yang pertama kali untuk manusia sebagai tempat suci, aman, sentosa dan tempat manusia mendapatkan rahmat dan petunjuk.  

Surah Al-Baqarah (ayat 125-126):
"Ingatlah ketika Kami mendirikan Baitullah (Ka'abah) tempat manusia berziarah dengan aman sentosa, oleh itu jadikanlah maqam Ibrahim sebagai tempat bersembahyang, dan Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail supaya kedua-duanya membershkan (mensucikan) rumahKu, bagi orang-orang yang tawaf dan beriktikaf (duduk beribadat di dalam masjid), orang yang rukuk dan sujud.  Ingatlah ketika Ibrahim bersabda, "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri kami sebuah negeri yang aman sentosa dan berilah rezeki kepada penduduknya dengan bermacam buah-buahan iaitu mereka yang beriman dengan Allah s.w.t. dan hari kemudian."

Selepas kewafatan Nabi Ismail, urusan penjagaan Ka'abah telah diurus oleh anaknya Nabit.  Selepas itu, telah diperturunkan ke beberapa keturunan Bani.  Akhirnya ada seorang yang telah membawa berhala dari Syam lalu diletakkan di Kaabah, lalu akhirnya semakin banyak berhala diletakkan di situ.  Lalu maksud pembinaan Ka'abah telah lari daripada tujuan asalnya.

Ketika sebelum Nabi S.A.W. menjangkau 35 tahun, banjir dahsyat telah mengalir dari gunung ke Ka'abah.  Dinding Ka'abah mengalami keretakan sana ini.  Orang Quraisy memutuskan untuk membina semula tetapi takut untuk meruntuhkannya.  Walid bin Mughirah, orang pertama mengambil kapak untuk meruntuhkan dua tiang suci itu.  Pada hari itu juga sebuah perahu dari Mesir milik pedagang Rom tenggelam di Jeddah akibat dipukul badai.  Orang Quraisy telah menghantar utusan untuk membeli papan bekas perahu dan digunakan untuk membina Ka'abah.  

Ketika dinding Ka'abah telah dibangunkan setinggi manusia, saatnya perletakan Hajar Aswad pada tempatnya.  Timbul perselisihan di kalangan pemimpin suku akan siapa yang harus melakukan pekerjaan mulia itu.  Akibatnya kerja2 pembinaan tertangguh 5 hari.  Akhirnya seorang tua yang disegani pemimpin2 Quraisy mencadangkan supaya menerima sebagai hakim orang yang pertama masuk melalui pintu Safa.  Semua bersetuju.  Tiba2 Nabi Muhammad S.A.W. muncul dari pintu itu.  Serentak mereka berseru, "Itu Muhammad Al-Amin.  Kita setuju beliau menjadi hakim!"

Untuk menyelesaikan pertikaian itu, Nabi Muhammad S.A.W. meminta mereka agar menyediakan sehelai kain.  Nabi. S.A.W. meletakkan Hajar Aswad di atas kain itu dengan tangannya sendiri, kemudian meminta setiap orang dari empat pemimpin suku Mekah memegang sudut kain itu.  Ketika Hajar Aswad semakin dekat di tempatnya, Nabi S.A.W. meletakkan Hajar Aswad di tempatnya dengan tangannya sendiri.  Dengan itu Baginda S.A.W. telah berjaya mengakhiri pertikaian Quraisy yang hampir mencetuskan peristiwa berdarah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 09:26 AM | Show all posts
Selama 13 tahun kenabian di Mekah, Nabi S.A.W. mendirikan solat dengan mengadap Baitul Maqdis yang juga merupakan kiblat kaum Yahudi.  Malahan setelah Nabi S.A.W.  berhijrah ke Madinah, perintah Ilahi mengatakan Batul Maqdis tetap menjadi arah kiblat.  Ini menunjukkan seolah-olah ada kerjasama antara Islam dan Yahudi.  Tapi org Yahudi bimbang dengan kemajuan kaum muslimin kerana kejayaan mereka terus meningkt memperlihatkan bahawa agama Islam akan tersebar dan pengaruh Yahudi akan berakhir.  Oleh itu mereka mula mengganggu kegiatan kaum muslimin dan pemimpin.  Antaranya mereka mengajukan masalah kiblat ke Baitul Maqdis.  Mereka mengatakan "Muhammad mendakwa agamanya adalah merdeka dan syariaat mengatasi agama sebelumnya.  Sebenarnya dia tidak mempunyai kiblatnya sendiri dan mendirikan solat menghadap kiblat kaum Yahudi."

Akhirnya turun wahyu Allah (Surah Al-Baqarah ayat 144)
"Sungguh Kami (sering) melihat mukamu mendongak ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai, maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Ka'abah)"

Peristiwa perubahan kiblat ini bukan disebabkan orang Yahudi, tetapi untuk menguji kaum muslimin, bertujuan untuk mengenali orang yang tidak tulus imannya. Nabi S.A.W.  akan mengenali sepenuhnya orang yang taat dengan perintah, dan yang kedua, dengan menghadap ke Masjidil Haram ketika solat merupakan tanda keimanan.  Manakala pembangkangan terhadapnya merupakan tanda munafik.

Surah Al-Baqarah ayat 143:
"...dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membangkang, Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa berat, kecuali orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah"

Malaikat Jibrail telah datang kepada Nabi S.A.W. yang sedang melaksanakan solat Zuhur dan menyampaikan kepada baginda perintah Allah bahawa sejak saat itu Nabi S.A.W. mesti mengubah kiblat ke arah Masjidil Haram.  Sesetengah riwayat mengatakan Jibrail memegang tangan Nabi S.A.W.  dan memalingkan Baginda ke arah Masjil Haram.  Para jemaah mengikuti Nabi S.A.W. dan sejak itu Kaabah menjadi kiblat kaum muslimin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-7-2008 11:39 AM | Show all posts

Reply #7 Vvenus's post

terima asih tuan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 11:40 AM | Show all posts
tak silap aku kaabah yang asal berbentuk segi empat tepat..kawasan hijr ismail dulu adalah kawasan kaabah tapi diruntuhkan...sebab runtuh tu tak tau la plak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2008 10:11 AM | Show all posts

Reply #1 k9999a's post

salamun alailk,

kaabah masih di tempat yang sama iaitu di kedudukan tengah-tengah planet bumi....pernah di landa banjir yang membawa kerosakan sebanyak 2 kali....banjir pertama di zaman Nabi Nuh as, banjir kedua di zaman sewaktu hidupnya baginda rasulullah saw....

saiz kaabah dulu memang lagi besar dari saiz sekarang...kalau dulu kawasan hijir ismail itu adalah lingkungan perimeter dinding kaabah...cuma sewaktu nak reconstruct semula selepas kejadian banjir kedua, terdapat kekurangan modal harta/duit halal pada ketika itu untuk membina saiz asal maka di kecilkan saiz tersebut seperti sekarang...rahmatnya umat sekarang boleh sembahyang dalam hijir ismali = sembanhyang dalam kaabah...

lokasi kaabah ini telah di tetapkan sewaktu Allah mencipta langit dan bumi...sewaktu adam as di lempar ke bumi, perintah ibadah pertama Allah kepada Adam as apabila sampai ke bumi ialah melakukan tawaf di kaabah. Pada ketika itu juga Nabi Adam as telah berjumpa dengan sekumpulan malaikat yang turut bertawaf di baitul makmur (baitul makmur terletak di atas baitul atiq)....Perintah kepada adam untuk mengerjakan ibadah itu adalah untuk menyucikan dosa manakala perintah kepada malaikat pula adalah untuk menyuci kesalahan mereka terhadap Allah sewaktu mempersoalkan kejadian Adam as....sehingga kini malaikat dan bani adam bertawaf di baitul makmur dan baitul atiq....wallahualam...

[ Last edited by  kwajah at 12-7-2008 10:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 11:54 AM | Show all posts
Bukan sahaja malaikat dan bani adam menunaikan haji, burung dan air pun menunaikan haji jugak
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 09:44 AM | Show all posts

Reply #10 kwajah's post

Dan sebab tu juga tawaf takleh masuk kawasan Hijir Ismail...sebab masih dikira kawasan dalam Kaabah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2008 11:32 PM | Show all posts

kiblat??

Mgkn yg sesuai kiblat kut..

sebelum kaabah di mekah adakah kiblat lain sebelum kaabah? setahu saya baitul maqdis..

kenapa org yahudi berkiblatkan bmaqdis kalau itu bukan kiblat semasa zaman nabi musa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 07:06 AM | Show all posts
Originally posted by k9999a at 13-7-2008 11:32 PM
Mgkn yg sesuai kiblat kut..

sebelum kaabah di mekah adakah kiblat lain sebelum kaabah? setahu saya baitul maqdis..

kenapa org yahudi berkiblatkan bmaqdis kalau itu bukan kiblat semasa zaman ...



salam k9999a..

menarik sungguh persoalan ni.. apakah yg dimaksudkan kiblat itu? rata2 org fahamkan kiblat sebagai arah tumpuan manusia yg sedang bersolat iaitu mengarah ke Kaabah. Tetapi jika dibahaskan soal kiblat, then mungkin sudah berbeza sedikit.. harap dapat penjelasan dari tuan k9999a...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 04:31 PM | Show all posts
ape yang cube dimaksudkan oleh ryant ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 05:40 PM | Show all posts
mantarey.. topik thread ialah berkenaan Kaabah.. so mebe saya salah topik.. mintak maaf..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.064350 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list