View: 2164|Reply: 14
|
nak tanya pendapat yg lebih arif tentang qadar sembahyang
[Copy link]
|
|
assalamualaikum..
mek nak tanya pasal boleh ke kita qadar solat zuhur ke asar dgn alasan merasa diri tidak bersih atau suci, ini dijadikan amalan harian...dah dipertemukan 2 orang yang mengamalkannya...
sbb setahu mek tidak boleh...mek nak kan kepastian |
|
|
|
|
|
|
|
hukum bersih tu kena lihat dari sudut syarak
kadang kala ada yang kata kalau kena lumpurpun dah tak bersih jadi tak boleh nak solat
sebenarnya nak solet ni senang jer
bagi yang merasakan ianya senang |
|
|
|
|
|
|
|
tulah..dia kata tak bersih sbb masuk tandas kat tempat keja, jadi solat mesti wat kat umah..kalu cara mcm ni boleh, mek rasa ramai yg akan buat skali gus sbb jimat masa..tapi dlm hati mek tetap ckp tak boleh, sbb ader kemudahan ..surau ada, kalu rasa tak suci bawak pakaian lain utk solat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm... mudah sangat kalau sampai nak qada hanya sekadar ragu-ragu dengan tahap kesucian diri... diterima atau tidak itu hak Allah, tanggungjawab kita adalah mengerjakannya...
Cuma sukar untuk kita nak cakap juga dalam hal ni.. I simply refuse to judge... sebabnya, saya rasa ramai yg mungkin tak tahu bahawa ada juga ulama' yg berpendapat bahawa solat boleh dijamakkan (tetapi tidak boleh diqasarkan, i.e tidak boleh dipendekkan, kena perform full rakaat) walaupun bukan dalam musafir, bukan sebab hujan. Benda ni ada saya tulis 5 tahun lepas dalam thread ni :
http://forum3.cari.com.my/viewth ... p;extra=#pid1516843
Lihat post saya no 67 dalam thread tu, where I included the hadith and comments from Imam Nawawi berkenaan menjamakkan solat walaupun bukan dalam keadaan musafir dan bukan dalam keadaan hujan.
So personally, I leave it to God. |
|
|
|
|
|
|
|
apa salahnya bawak kain & baju bersih pegi keje kalau takut sangat kotor? rasanya tu macam alasan malas nk sembahyang waktu keje. dulu masa praktikal, ada member non-muslim ingatkan soh gi sembahyang dlu, masa tgh busy wat keje dan tak perasan waktu berlalu. dia kalau ada keinginan nk solat, mesti ada caranya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mekma at 11-7-2008 05:08 PM
tulah..dia kata tak bersih sbb masuk tandas kat tempat keja, jadi solat mesti wat kat umah..kalu cara mcm ni boleh, mek rasa ramai yg akan buat skali gus sbb jimat masa..tapi dlm hati mek tetap c ...
betul tu bawa ler pakaian bersih berasingan untuk solat
|
|
|
|
|
|
|
|
qada' tiada pun diriwayat dlm al-quran mahupun hadis, tetapi jumhur ulama' mengeluarkannya atas alasan kemudahan memandangkan ada perkara2 yg menghalang kita dari sembahyang diwaktunya, akan tetapi kita perlulah berusaha sedaya upaya dahulu untuk solat pada waktunya, dlm masalah ini sebaik2nya bawalah kain yg bersih sebagai ganti kalau pakaian kita tu kotor. Betul kata "ianho", solat tu senang, kalau kita merasa ia senang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 mekma's post
kotor tak pe mek, yg penting tdk najis.....
solat, whatever pun xleh tinggal... betul kata jeppa, tdk ada qada' dlm nas mau hadis, krn solat itu tdk boleh dtinggalkan biar dalam apa jua situasi....
In lg bsetuju dgn antik.... jamak yg telah dipermudahkan buat kita.... |
|
|
|
|
|
|
|
setahu aku,kalo sesorg tuh TERTIDUR DAN TERLUPA.. sesorg tuh bole buat qada' solat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm tidak ada qada' bagi solat ...?
Kalau contohnye ... kita terperangkap dalam traffic jam ... dan terlepas solat .. bagaimana mengqada'nya ?
Mungkin kita boleh sembahyang duduk sahaja dalam kereta tu supaya tak terlepas solat ... ?
Bolehkah qada' solat subuh antara waktu lepas subuh hinnga zohor ... ? Itu waktu haram bagi sembahyang kan ?
Minta pandangan ...
[ Last edited by thedude at 13-7-2008 03:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 lolina's post
yup, boleh dan segera memohon keampunan dariNya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 jeppa's post
sebab itulah nabi S.A.W tiada mengajar umatnya mengqada' solat, supaya umatnya memandang serius terhadap waktu solat.
1. maksud tidak ada qada' dlm solat ialah tiada dinyatakan dlm al-quran mahupun al-hadis. tetapi dikeluarkan oleh jumhur ulama' atas dasar terpaksa kerana byk perkara baru berlaku di akhir zaman ini.
2.dlm situasi ini kita perlulah usaha dahulu cthnya, sembahyang terlebih dahulu sebelum bertolak, dan kalau traffic untuk jangka masa yg lama boleh diqada', xkan lah nak stop tgh jalan sehingga membebankan org lain plak. Qada' nya macam biasa.
3. tak boleh selagi kita berupaya untuk berdiri. kemudahan tu dibagi bg mereka yg uzur/sakit.
4. maaflah ni saya kurang pasti, kalau diharamkan kenapa solat sunat dhuha ada time tu? yg saya tahu makruh selepas solat Asar sebab menyamai golongan majusi yg menyembah api selepas waktu Asar- kalau salah tlg perbetulkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tulah..selama ni apa yg mak ayah mek ajar memang betul cuma mek tak berani utk menerangkan kepada mereka yang mengamalkann qadar solat zohor ni... mek dah jumpa 2 org kawan perempuan yg bersikap mcm ni, mcm mana mek nak terangkan dekat dia, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thedude at 13-7-2008 03:54 PM
Hmm tidak ada qada' bagi solat ...?
Kalau contohnye ... kita terperangkap dalam traffic jam ... dan terlepas solat .. bagaimana mengqada'nya ?
Mungkin kita boleh sembahyang duduk sahaja dala ...
caranya ialah jamak... jika, waktu asar yg lupus, solat hormat waktu dlm kete kmudian qada smula dlm maghrib...
waktu2 yg diharamkan solat :
1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit)
Kadar tombak adalah 4 darjah. Satu darjah bersamaan 4 minit.
2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini.
Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit. Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit
3) Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.
Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan.
Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari
2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari. Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat,( waktu yang lima) terbahagi kepada dua:
1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir sebab terkemudian. Ia terbahagi kepada enam:
a) Solat sunat ihram
b) Solat sunat istikharah
c) Solat sunat keluar dari rumah
d) Solat sunat musafir
e) Solat sunat Qatl
f) Solat sunat hajat
2) Solat sunat mutlak, iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya, seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.
Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.
1) Tempat : : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram dimekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpaada waktu yang diharamkan.
2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat. Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim) Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyatmasjid, ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 indah1285's post
OIc .. terima kaseh ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|