View: 10185|Reply: 8
|
Tengah solat,ibu panggil
[Copy link]
|
|
Kawan cikmonlala cakap,kalau kita tengah solat,tiba-tiba ibu kita panggil,kita wajib berhenti solat dan jawab panggilan ibu.Walaupun waktu tu kita baru start solat atau dah nak masuk rakaat terakhir.So,kat sini ada sesiapa boleh jelaskan dengan lebih terperinci x?Macam mana pula kalau kita tengah berdoa,wajibkah kita hentikan doa tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 cikmonlala's post
mcm ade citer dlm sejarah tu pasal anak yg mati tak dpt mengucap sbb masa tu mak dier panggil dier tak jwb sbb solat tp , tak boleh nak recall nama pemuda tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 cikmonlala's post
Bukan wajib hentikan solat... tapi sambil solat kita wajib jawap ibu kita (iye) and teruskan solat. Tak batal solat tu kalau kita jawap ibu kita.
Kalau solat pun kita kena jawap ibu kita, doa tu lagilah sebab itu bukan perkara wajib. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cikmonlala at 16-7-2008 06:01 PM
Kawan cikmonlala cakap,kalau kita tengah solat,tiba-tiba ibu kita panggil,kita wajib berhenti solat dan jawab panggilan ibu.Walaupun waktu tu kita baru start solat atau dah nak masuk rakaat terak ...
wajib jawab panggilan ibu kalau solat sunat...
diambil dari kisah Alqamah
tetapi tidak bagi solat wajib.
InsyaAllah saya cuba carikan dalilnya.
Wallahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
Dipetik dari laman al-ahkam.net...
::al-ahkam.net::
Sembahyang dan Jumaat - SJ-1678: Membatalkan Solat
alijimmm - July 23, 2002 - 05:59 PM
Post subject: SJ-1678: Membatalkan Solat
Assalamualaikum wbt.
Persolan saya kali ini berkenaan membatalkan solat secara sengaja.
1. bolehkah saya membatalkan/memberhentikan solat saya ( sedang solat dirumah) dan di hadapan saya, anak saya yang masih bayi ( umur 15 bulan) sedang memanjat dan sekiranya dibiarkan berkemungkinan dia kan terjatuh dan mendatangkan kecederaan kepadanya.
2. Apakah panduan 2 lain yang membolehkan seseorang itu membatalkan /memberhentikan solat ( tak kiralah samada solat itu yg wajib atau pun yang sunat )
Sekian terima kasih :shocked:
thtl - July 25, 2002 - 10:16 AM
Post subject: Re: Membatalkan Solat
Jawab:
1. Wajib berhenti solat bila melihat merbahaya seperti itu, misalnya bayi yg dikhuatiri terjatuh jika sedang memanjat atau orang buta yg sedang menghala ke perigi. (fiqh Islami)
2. Panduan untuk menghentikan solat ialah dharurat (emergency) dan uzur syar'iy. Harus berhenti solat dalam keadaan berikut:
a. Kecurian sedang berlaku di hadapan orang yg bersolat
b. bimbang (keselamatan anak atau periuk di atas dapur)
c. musafir yg bimbang akan pencuri/perompak
d. binatang tunggangn yg terlepas/alarm kereta yg berbunyi
e. tiba-tiba rasa nak buang air (besar/kecil)
f. menyahut panggilan ibu-bapa hanya dibolehkan ketika sedang solat sunat sahaja. Fiqh Islami
Allahu a'alam |
|
|
|
|
|
|
|
ni tips yg aku belajar dr arwah ayah aku..
biasanya aku sembahyang dalam bilik aku yang berkunci, so kalau mak akau atau ayah aku panggil ketika kau sedang bersembahyang, maka kau perlu kuatkan bacaan agar didengari oleh mak atau ayah kita tu. dgn itu mereka akan memahami dan mnegetahui kita sedang bersembahnyang.
takde la senyap jer kalau org panggil kita. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak berapa ingat, dulu ada kisah sahabat Nabi S.A.W, beliau datang ke rumah Nabi S.A.W, dan memberi salam, tetapi Nabi S.A.W tak menjawab. Lama kemudian, baru Nabi S.A.W menjawab salam itu, dan memberitahu bahawa sedang solat.
munkyG - tu pun dulu Ustaz aku pernah ajar. Memang tips yang berguna. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Equalizer at 16-7-2008 07:02 PM
Dipetik dari laman al-ahkam.net...
::al-ahkam.net::
Sembahyang dan Jumaat - SJ-1678: Membatalkan Solat
alijimmm - July 23, 2002 - 05:59 PM
Post subject: SJ-1678: Membatalkan Solat
...
owh...ilmu baru yang aku blaja hari ini...TQ
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Equalizer at 16-7-2008 07:02 PM
Dipetik dari laman al-ahkam.net...
::al-ahkam.net::
Sembahyang dan Jumaat - SJ-1678: Membatalkan Solat
alijimmm - July 23, 2002 - 05:59 PM
Post subject: SJ-1678: Membatalkan Solat
...
Kat site sama, berkenaan menjawap salam:
[quote]
Pertama: Hukum menjawab salam dalam solat.
Imam Nawawi dalam Syarah Muslim dan al-Azkar mengatakan bhw Imam Syafi抜 dan kebykan ulama |
|
|
|
|
|
|
| |
|