View: 2979|Reply: 1
|
4 rangka bersejarah ditemui di tepin!!
[Copy link]
|
|
Empat lagi rangka prasejarah ditemui
Oleh Mohd Azis Ngah
PENEMUAN BARU: Pasukan arkeologi membersihkan rangka manusia prasejarah di Pulau Kelumpang, Kuala Gula, dekat Taiping.
|
Penemuan dihantar ke UKM bagi ujian DNA
KUALA LUMPUR: Empat lagi rangka manusia prasejarah ditemui di tapak arkeologi Pulau Kelumpang, Kuala Gula, dekat Taiping, Perak menjadikan jumlah keseluruhan kepada lima rangka sejak kerja cari gali dimulakan Mei lalu.
Tiga daripada rangka terbaru itu ditemui di petak bersebelahan di kawasan ditandakan sebagai Pulau Kelumpang I (PKI) manakala satu lagi ditemui di kawasan PKII, kira-kira 30 meter dari situ.
Ketua projek merangkap Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, berkata semua rangka itu ditemui pada lapisan berbeza menunjukkan ia ditanam pada tempoh berlainan.
Katanya, berdasarkan kajian awal, semua rangka itu dipercayai manusia dewasa dan rangka di lapisan paling bawah dikatakan terletak pada lapisan berhampiran punca mata air.
"Rangka manusia di lapisan paling bawah agak unik dan berbeza dengan yang lain kerana kedudukan tangannya dalam keadaan bersilang di dada berbanding rangka lain dan kedudukan tangannya lurus serta selari dengan tulang kaki.
"Kami mengeluarkan dua rangka dan dihantar ke UKM untuk ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA). Tiga lagi rangka yang belum dikorek sepenuhnya akan dihantar ke makmal di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang," katanya.
Melalui pendekatan baru mengagihkan kajian ke makmal berlainan mampu membantu penyelidik mendapat keputusan lebih cepat untuk menentukan jantina, usia serta punca kematian masyarakat yang tinggal di pulau berkenaan.
Kajian arkeologi itu dijalankan oleh Dr Nik Hassan bersama penyelidik bersama iaitu bekas Ketua Pengarah Muzium Negara, Datuk Dr Adi Taha dengan dibantu pelajar peringkat Ijazah Kedoktoran, Jamilah Taib dan dijangka selesai pertengahan bulan ini.
Mereka dibantu pakar DNA UKM, iaitu Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Bio sains dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Dr Shahrul Hisham Zainal Ariffin dan Prof Madya Dr Sahidan Senafi serta pakar Pergigian dan Ortodontik UKM, Dr Rohaya Megat Abdul Wahab.
Dr Nik Hassan berkata, rangka manusia yang ditemui di PKII lebih kecil berbanding rangka lain dan ditemui pada lapisan atas, iaitu antara 10 hingga 20 sentimeter daripada permukaan tanah.
"Berdasarkan kajian awal di situ, penyelidik pernah menemui rangka manusia diletakkan di dalam perahu di lapisan tanah paling bawah. Tetapi setakat ini, semua rangka yang kita temui berada dalam kedudukan normal bersama beberapa barang lain.
"Semua rangka yang ditemui adalah lengkap, cuma satu rangka di PKII belum dikorek sepenuhnya kerana kepala serta badannya terletak di bawah rimbunan pokok buluh," katanya.
Kajian ke atas penempatan manusia prasejarah di situ juga bertujuan mengesan ke mana menghilangnya penduduk di situ sama ada sudah pupus atau berpindah ke kawasan berdekatan atau mempunyai kaitan dengan penduduk tempatan sekitar Kuala Gula.
Tapak penempatan itu dianggarkan berusia 1,200 tahun bermula 200 tahun Sebelum Masihi dan ini bermakna sehingga sekarang, ia dianggar mencecah 2,000 tahun.
wowzieeee baguih betuil arkeologis ni ek!!!... kalu letak kat muzium shah alam aku mmg nak gi tengok !!! |
|
|
|
|
|
|
|
x nampak gamba |
|
|
|
|
|
|
| |
|