CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1457|Reply: 0

Yusuf Islam: Mengapa Saya Masuk Islam?

[Copy link]
Post time 11-8-2008 10:43 PM | Show all posts |Read mode
SAYA dilahirkan dalamsebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhanitu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.


Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitumelalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, sayamenjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah ataumembahaskannya.



Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.



Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal.Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.



Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.



Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidupdengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dansatu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dandadah.



Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, sayasakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di rumah sakit.



Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampakbaik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang samiBuddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.


Saya mencuba pula Zendan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cubamembuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktuitu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid diJerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuhdengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biarayang dirasakan kosong), aman dan tenang.



Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya darisana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakanyang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akanmenjumpai sesuatu juga.



Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakalmenerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuanhidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yangakan berlaku, dan di mana saya datang - Saya sedar bahawa inilah agamayang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat,bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.



Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.



Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudahpun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu,barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itumembawa ajaran yang sama.



Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman?Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesussebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.



Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesusanak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.



Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencarijawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang esayang telah menciptakan segala-galanya.



Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pulatentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.



Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapatmerasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawaTuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagaisatu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapaperingkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yanglain pula.



Al-Quran mengatakan, 揗ereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.058467 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list