View: 1959|Reply: 19
|
Tilawah Antarabangsa Mula Malam nih!!
[Copy link]
|
|
Agong rasmi tilawah antarabangsa malam ini
KUALA TERENGGANU 17 Ogos - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual merasmikan Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa kali ke-50 di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, di sini malam esok.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong berkata, Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan untuk menghadiri majlis perasmian tilawah itu yang akan berlangsung sehingga 25 Ogos ini.
'' Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menteri-menteri besar serta menteri-menteri Kabinet turut dijadual menghadiri majlis perasmian itu," katanya pada sidang akhbar di TTI hari ini.
Mokhtar berkata, setakat ini, sebanyak 80 peserta yang mewakili 49 buah negara telah mengesahkan penyertaan dalam tilawah berkenaan.
''Juara tilawah akan menerima hadiah wang tunai AS$4,000 (RM13,399) beserta piala pusingan dan sijil manakala pemenang tempat kedua pula membawa pulang AS$3,000 (RM10,049) dan tempat ketiga AS$2,000 (RM6,699).
'' Pemenang hadiah saguhati pula akan menerima wang tunai AS$1,000 (RM3,349),'' katanya.
Beliau memberitahu, pelbagai program dirancang sempena tilawah termasuk seminar bertajuk Al-Quran dan Pembentukan Ummah Cemerlang yang akan diadakan di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) di Gong Badak di sini.
''Satu seminar dan pameran tulisan khat anjuran Institut Al-Quran Terengganu juga akan diadakan di Muzium Negeri bermula 21 Ogos ini.
''Selain itu, satu pameran produk halal anjuran Yayasan Pembangunan Usahawan juga akan diadakan di TTI sempena tilawah ini,'' katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan menyediakan perkhidmatan kira-kira 40 buah bas secara percuma bagi memudahkan orang ramai menghadiri majlis tilawah.
''Orang ramai digalakkan menggunakan bas-bas berkenaan yang akan berpusat di Taman Shahbandar, Stesen Bas MBKT, pasar Chabang Tiga dan Masjid Tengku Tengah Zaharah kerana kenderaan awam tidak dibenarkan memasuki kawasan TTI,'' katanya.
kalu aku dok ganu nak gak aku gi TTI tu tengok tilawah antarabangsa nih... kat mesia nih.. dah berubah betul... masa aku kecik2 dulu... bila tilawah aje.. mak pak aku bawak aku ngan my brudder gi merdeka stadium tu ada astaka sumer..... jauh gak dari s alam... tapi aku suka aje naik keta jauh2 tu.... dan punya ler ramai orang dok tengok.. dan memang jadi satu tradisi gak... lagipun qari qariah mesia selalu menang aje... tilawah antarabangsa nih....
yg paling aku suka bila qari / qariah baca SEDAP DENGUNG dan lagu dia..... worang start jerit..'ALLAH..... ' apa lagi aku pun sama ler.... sedap sikit2 pun aku sebut gak... saje nak dengar aku punya suara kat stadium tu....
tapi sekarang sedey lak ek....worang macam buat derk aje tentang tilawah nih... apa lagi dak2 jaman sekarang... baca quran pun tarak tau apa lagi nak ambik tau tentang tilawah nih.... apa lagi nak pi tengok.... jadi mak pak kena la educate balik anak2 tu... kalu konsert inul goyang gerudi... 4 bulan lagi dah beli ticket... yg pree mcm ni.. tak nak lak amik kesempatan.....
untung la worang ganu.... ramai2 ler gi tengok tilawah nih wokey....
tak silap aku dua2 qari dan qariah yang wakil mesia ni dari Perak.... harap mesia leh menang |
|
|
|
|
|
|
|
tgk kt tv je sllu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 amazed\ catat
skrg... k'jaan dah sediakan kemudahan kalo nk pi tgok tilawah... kalo xsedia, xde sape nk pi tengok.. adalh yg pi sorang dua tuh...
kalo xmo pi gak, xtau nk ckp ar... |
|
|
|
|
|
|
|
set pentas tilawah grand.ala |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 supernaturalee\ catat
tang nasyid terus jek jd boring... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 HOTlips's post
same ar..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 indah1285's post
tang nyanyian hockay jer.tang move 2 fail. tak berkembang.gerak kiri kanan, bosan giler.cam robot sgt.dr zaman dulu lgk. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 indah1285's post
tang nyanyian hockay jer.tang move 2 fail. tak berkembang.gerak kiri kanan, bosan giler.cam robot sgt.dr zaman dulu lgk. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai. awat la dia x buat kat pwtc cam biase. baru bajet nak ngan penuh semangat. sekali kat TTI. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HOTlips at 19-8-2008 10:20 AM
Kalau depa ambik kump nasyid kanak2 tentu menarik.
errr.... teringat zaman kecik2, kalau time musabaqah ni berbulu jek hati dgn bapak akak sebab tak meraso lah den nak tengok citer lain. Bapak ...
In pun terfikir pkara yg sama gak... sgt menarik kalo kanak2 wat psembahan... ada sketsa sikit.. xdelah boring... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 supernaturalee\ catat
sama jek cm dulu2.. mmg In pi dapur, wat air.. layan porem ar... sampai tang nasyid... boring giler.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 indah1285\ catat
nak tempah baju melayu untuk raya ada buat ker? |
|
|
|
|
|
|
|
antara yg menarik kalo tgk tilawah ni adalh pengacara yg smpi 3+1=3 tu.
yg plus tu sbb mahadzir lokman pengacara utk 2 bhs-english n france.france die berabuk.kellas btol! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 burujtimur\ catat
tempahan sudah dtolak 3 bln lepas lg... |
|
|
|
|
|
|
|
King calls for peace, unity
KUALA TERENGGANU: The Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yesterday called on all quarters, especially Muslims in the country, to strengthen ties among the people as it was vital for preserving peace and harmony.
[table=200][/table]Furthermore, the King said, at the international level, Malaysia was known as a peaceful developing country with its multiracial, multireligious and multicultural people.
"Muslims in the country must increase efforts and determination, and plan strategies to enhance the stature of the religion, race and nation so that Malaysia would continue to be respected and recognised as a role model.
"Such efforts will also help guide the younger generation to follow the right path in going through life and face the challenges of the 21st century," said Tuanku Mizan after opening the 50th International Quran Reciters Assembly at the Islamic Civilisation Park's Convention Centre, in Pulau Wan Man, here yesterday.
Present were Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, his wife Datin Seri Jeanne Abdullah, Terengganu Menteri Besar Datuk Ahmad Said and Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -- Bernama
aku ekceli tgh dengar tilawah ni sambil berforum... kat radio klasik....qariah dari mana ntah tapi tak berapa sedap.... aku bajet qariah mesia musti top 3 punyer..... baik punye... :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
9 lagi perdengar bacaan tilawah
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
Qari Malaysia antara peserta malam kedua
KUALA TERENGGANU: Malam kedua Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-50 yang diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini menyaksikan sembilan qari dan qariah dari sembilan negara memperdengarkan bacaan masing-masing, malam tadi.
Lima qari yang memperdengarkan bacaan ialah peserta dari Libya, Mohamad Said Ali Abu Tar; Djily Niang dari Senegal; Moegammad Aadil Abdurrahim (Afrika Selatan); Syamsul Saban@Supian (Malaysia) dan Rushan Akshov dari Russia.
Empat qariah ialah Kadiatou Bary dari Guinea; Alimatou Hissoumu (Mali); Shehnaz Akhtar Muhammad Shaffique (Pakistan) dan Bil Kis Bi Bi dari Myanmar.
Mereka adalah antara 80 peserta dari 49 negara yang mengambil bahagian dalam tilawah peringkat antarabangsa yang julung kali diadakan di Terengganu bertemakan 'Menjana Ummah Gemilang' dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, malam kelmarin.
Peserta Libya, Mohamad yang kali pertama mewakili negara itu ketika ditemui berkata, beliau memperdengarkan bacaan qalun dengan menggunakan tektik bayati, nahwan, sikah, hijjaz dan rash.
"Inilah kali pertama menyertai tilawah di Malaysia. Sebelum ini saya pernah menyertai tilawah al-Quran di Iran, Mesir serta Arab Saudi, dan pernah muncul johan qari pada 2004 di Mesir.
" Persaingan pada tilawah ini nampak sengit terutama peserta dari Indonesia, Malaysia dan Iran," katanya sambil menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang sangat cantik.
Mohamad berkata, tiga saudaranya iaitu kakak, abang dan adik adalah qari dan qariah di Libya. |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA TERENGGANU, 25Ogos (Bernama)-- Qari Indonesia Mu'min Mubarok dan qariah Thailand,Fatimah Ha' ra' ti' masing-masing menjuarai Tilawah Al-Quran PeringkatAntarabangsa ke-50 bagi tahun 1429 Hijrah dengan pungutan markahsebanyak 91.5 peratus dan 92.83 peratus.
Kedua-dua pemenang itu masing-masing menerima hadiah wang tunaiRM28,552 beserta piala pusingan, piala iringan serta sijil penyertaanpada majlis tilawah itu yang diadakan di Pusat Konvensyen Tamadun Islamdi sini.
Hadiah wang tunai untuk johan pada tahun ini meningkat berbanding padatahun sebelumnya sempena sambutan Jubli Emas pertandingan itu yangdisampaikan kepada qari oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan ZainalAbidin.
Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah menyampaikan hadiah kepada qariah.
Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun MohdKhalil Yaakub, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul RahmanAbbas, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin AbangBarieng dan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah sertaisteri masing-masing.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad ZahidHamidi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk DrMa#ah Ibrahim dan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.
Sementara itu naib johan diungguli oleh qari dari Maghribi Abdul KarimMubarak Elbaki Allah dengan pungutan markah 89.33 peratus dan qariahdari Malaysia Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman denganmarkah 91.50 peratus.
Kedua-duanya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,164 setiap seorang, cenderahati dan sijil penyertaan.
Dengan pungutan markah 88.92 peratus qari dari Iran, Reza Mohammad Poordan qariah dari Brunei Nurfaezah Emran dengan mata 87.67 peratusberjaya meraih tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah wang tunaiRM6,776 setiap seorang, cenderahati dan sijil penyertaan.
Peserta-peserta lain menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai RM3,588 setiap seorang, cenderahati serta sijil penyertaan.
Keputusan tilawah itu dibacakan Pengerusi Jemaah Hakim yang juga KetuaPengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan MohamadSheikh Abd Aziz.
Ketika membacakan keputusan penghakiman, Wan Mohamad berkata pencapaianpersembahan peserta meningkat pada kali ini dengan 12 qari dan lapanqariah berjaya memperoleh purata markah 80 peratus.
Sempena sambutan jubli emas pertandingan itu, katanya panel hakimbersetuju mengumumkan lima peserta terbaik bagi qari dan qariah.
Majlis tilawah ini yang bertemakan "Menjana Ummah Gemilang" yangbermula pada Isnin lepas disertai 64 peserta iaitu 40 qari dan 24qariah dari 41 negara.
Pada majlis tersebut, Tuanku Mizan turut berkenan melancarkan dua buahbuku sempena sambutan jubli emas musabaqah membaca Al-Quran peringkatantarabangsa iaitu "50 Tahun Tilawah Al-Quran Malaysia," dan "JohanQari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa Malaysia".
Buku-buku itu diterbitkan oleh JAKIM dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.
Seri Paduka turut berkenan menyampaikan anugerah khas kepada Datuk HajiHassan Azhari yang merupakan hakim paling lama berkhidmat sejakpertandingan itu diadakan.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|