CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4590|Reply: 5

gurun sahara : pernah hijau!!

[Copy link]
Post time 21-8-2008 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Gurun Sahara pernah hijau





SEORANG wanita bertubuh kecil dengan dua kanak-kanak disemadikan dengan hamparan bunga-bungaan pada kira-kira 5,000 tahun lalu di satu lokasi yang siapa sangka, kini merupakan kawasan tandus, Gurun Sahara.

Lengan kurus kanak-kanak tersebut masih 'memeluk' wanita itu apabila para pengkaji menemui rangka mereka dalam satu kawasan perkuburan purba, sekali gus memberi bayangan akan peradaban manusia pada ribuan tahun lalu di kawasan tersebut yang pernah subur dan hijau.

Paul Sereno dari University of Chicago, Amerika Syarikat dan rakan-rakannya ketika penemuan itu sebenarnya sedang mencari fosil tinggalan dinosaur di kawasan gurun tersebut di negara Niger. Namun, pencarian mereka berakhir dengan satu penemuan yang menakjubkan.

Penemuan itu telah diperincikan dalam satu sidang akhbar di Chicago baru-baru ini.

"Kami telah menemui sesuatu yang paling tidak kami jangkakan. Apabila kami menemui perkara seperti ini di tengah-tengah kawasan gurun ini, kami berasa aneh," katanya.

Kira-kira 200 kubur manusia telah ditemui dalam usaha pencarian fosil dinosaur di situ pada tahun 2005 dan 2006. Tidak ketinggalan juga, haiwan seperti ikan besar dan buaya.

"Di mana sahaja anda pergi, anda akan menemui tulang-tulang haiwan yang tidak mendiami gurun," kata Sereno. "Kami mula sedar bahawa kami berada di 'gurun' yang hijau."

Kubur-kubur tersebut yang tersembunyi di sebalik laluan angin gurun yang panas, dipercayai terletak berdekatan tasik pada masa itu.

Dahulu, perubahan orbit matahari menyebabkan angin monsun pernah bertiup jauh hingga ke utara yang membentuk landskap bertasik dan kawasan subur sekali gus menarik kedatangan haiwan dan manusia.

Kajian tersebut dibiayai oleh National Geographic, Yayasan Sains Kebangsaan AS, Island Fund of New York Community Trust dan Yayasan Penyelidikan Antropologi Wenner-Gren.





kalu ada jodoh.. mmg aku nak gi sangat kat gurun sahara ni.... nak tgk lanskap dia...  sand dune  sumer....   ..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2008 07:29 PM | Show all posts
mungkin la...sbb dulu2 cikgu aku citer..maybe mitos @ realiti...die pnah hijau same cam ade hutan n hidupan sume...tp time tu Iskandar Zulkarnain tgh kumpul tentera satu asia semata2 nk tawan China...then tentera die punye la ramai skali berhenti kat kawasan gurun sahara tu tidak tinggal per2 lg...(base camp kot)...diorg bergerak sampai gunung leh jadik rata....tp msih x leh tawan China...

p/s:jgn amik cerita ni bulat2...hanya melalui jln cerita yg disampaikan oleh cikgu sejarah aku...samada btul atau berniat utk menghilangkan ngntuk anak muridnye..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 11:14 PM | Show all posts
memang para saintis dah kaji yang gurun sahara ni pernah ada hutan sebelum dia jadi tandus.sekarangni pun sahara masih lagi berkembang dan menanduskan kawasan hijau di afrika tu......
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 11:52 PM | Show all posts
teringat aku dlm NG sorg mamat jumpa rangka buaya gergasi kat kawasan gurun
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 03:19 AM | Show all posts
dunia ni selalu berubah,tak de yang kekal.....tapi life find a way.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 08:36 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

Cikgu lilo pun pernah citer. Ada sesuatu yg menarik dulu di sini sebab banyak rangka binatang ditemui yg membawa erti gurun ini pernah didiami dulu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.078172 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list