View: 2403|Reply: 11
|
Boleh Gini Baca Quran?...
[Copy link]
|
|
Boleh tak kita baca quran dengan memegang mashaf tanpa berwuduk? |
|
|
|
|
|
|
|
saya baru membaca adab membaca quran dalam tafsir saya pagi tadi. Adalah sunat membaca quran dalam keadaan berwuduk..hukumnya adalah sunat..tapi tak dinyatakan jenis sunatnya itu |
|
|
|
|
|
|
|
dalil yang megatakan haram
dipetik dari http://soaljawab.wordpress.com/2 ... -quran-tanpa-wudhu/
1. Dalil golongan yang mengatakan haram:
a. Firman Allah Ta抋la dalam Surah al-Waqiah ayat 79:
لا يمسه إلا المطهرون(Tidak menyentuhnya kecuali mereka yang suci)
Mereka mengatakan ganti nama nya dalam ayat itu balik kepada al-Qur抋n, bukannya Luh Mahfuz.
Akan tetapi mereka khilaf pula, apakah yang dimaksudkan dgn al-Mutahharun? Ada yang kata: Orang yang suci dari hadas dan najis. Yang lain pula kata: Suci dari syirik dan kekufuran, iaitu orang-orang mukmin. [sila rujuk Tafsir al-Qurtubi 17/226]
Sebahagian ulama |
|
|
|
|
|
|
|
dalil yang megatakan boleh
dipetik dari http://soaljawab.wordpress.com/2 ... -quran-tanpa-wudhu/
a. Ibnu Hazmi berkata: Membaca al-Qur抋n, memegangnya, dan berzikir kepada Allah adalah perbuatan baik yang disunatkan dan diberi pahala kepada pelakunya. Sesiapa yang mengatakan ia kekadang (yakni dalam sesetengah keadaan) terlarang perlulah membawakan bukti! [al-Muhalla 1/78]
b. Hadis dalam Sahih Bukhari: dari Ibnu Abbas bahawa Abu Sufyan ketika beliau berada di Syam sebelum keislamannya telah dipanggil oleh Raja Rom. Kemudian dibawakan surat Nabi yang dihantar kepadanya yang menyeru beliau kepada Islam. Di dalam surat itu terdapat ayat 63 Surah Aali Imran.
Hujah mereka ialah Nabi telah menulis kepada Raja Rom yang kafir dan beliau telah memegangnya. Sekiranya orang kafir boleh pegang, maka lebih-lebih lagilah orang yang berhadas.
Pihak yang mengatakan haram menjawab: Surat tersebut mengandungi bukan saya ayat ini tetapi ada juga perkara lain. Ia sebenarnya sama dgn kitab Fekah atau Tafsir, dan Jumhur ulama |
|
|
|
|
|
|
|
tuan tulis panjang lebar... tapi tuan tak buat satu kesimpulan... tuan tinggalkan huraian tuan dgn dua keadaan satu kata boleh, satu kata tak boleh. mana satu nak ikut ni? minta tulung tuan buat satu kesimpulan, atau tidak pun tuan nyatakan pegangan tuan, boleh atau tidak, kita mengaji dengan pegang quran tanpa wuduk. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 lebaimandraguna's post
saya bagi panjang-panjang supaya
yang hendak membaca dan berfikir....
akan membaca dan berfikir...
pegangan saya x penting sebenarnya....
adakah tuan lebai akan ikut pegangan saya...........
tuan baca...
tapi x analisa....
kalau tuan baca....
dan analisa dengan baik....
tuan tak akan tanya soalan ini....
sebab tuan akan dapat jawapannya sendiri....
maka fikirkan dan analisa....
JANGAN MALAS!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
ni saya petik dari Laman Interaksi Mufti Melaka di http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=122
Soalan:
1.Apa hukumnya memegang Al-Quran dengan tanpa wudu'?
2.Bagaimana pula dengan Tafsir Al-Quran, adakah perlu berwudu'?
Sekian Wassalam.
Jawapan
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas RAsulullah S.A.W.
1. Hukum memegang atau menyentuh al-Qur'an tanpa wudhu' adalah haram kecuali dalam keadaan dharurat seperti menyelamatkannya daripada kebakaran dsb.
2. Yang dimaksudkan dengan al-Qur'an ialah mashaf al-Qur'an itu sendiri. oleh itu, tafsir al-Qur'an boleh dipegang tanpa wudhu' jika kandungan tafsirnya lebih banyak daripada ayat-ayat al-Qur'an di dalamnya.
Sekian, wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5 lebaimandraguna\ catat
Boleh disimpulkan pada keadaan. Kalau orang kafir pegang tentu dah tak boleh pakai hukum apa-apa pun atas dia.
Kalau orang Islam pegang, yang lebih selamat atau kalau nak berhati-hati, berwudhu' lebih baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 Acong\ catat
tengok jer la apa yang nak ditengok. tak jejas apa-apa pun kat kau. mungkin boleh dapat hidayah lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
iye saya setuju dgn ANTI ISRAEL
membiarkan tiap individu berfikir sendiri
apa yg TERBAIK utk diri sendiri
sebagaimana tiap diri
akan menjaga KEBERSIHAN DIRI SENDIRI
sampai hembusan nafas yg terakhir.......
setahu saya yg kita dok belek, baca dan teliti
adalah mushaf
iaitu yg dicipta oleh manusia
tetapi AL QURAN atau KALAM ALLAH?????
kat mana pulak.................
jommmmmmmm ramai ramai kita cari |
|
|
|
|
|
|
| |
|