CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Jiman

London 2012 Olympic Games - Persediaan Malaysia

[Copy link]
 Author| Post time 25-5-2009 11:56 PM | Show all posts
'Jangan sia-sia atlet berbakat'

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu setiap persatuan di bawah portfolio itu agar tidak terlepas pandang atlet berbakat besar yang dimiliki bagi membantu negara memburu pingat di Sukan Olimpik London 2012.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menegaskan pihaknya tidak mahu atlet berpotensi cerah menyumbang pingat di temasya sukan tersebut diabaikan.

"KBS tidak mahu atlet berbakat besar dalam apa jua jenis sukan terabai dan dipersia-siakan. Seperti hari ini (semalam), KBS akan berusaha untuk membantu atlet berbakat dalam sukan layar, Nurul Ain Md. Isa.

"Dia mempunyai bakat besar dalam sukan ini dan memerlukan bantuan dalam usaha mengembangkan lagi bakat yang dimiliki bagi membantu negara memperoleh pingat di Sukan Olimpik," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ahmad Shabery mengadakan perjumpaan dengan Nurul Ain di pejabatnya bagi membincangkan jalan terbaik untuk membantu atlet layar itu menjalani latihan di luar negara.

Nurul Ain merupakan pemenang pingat perak di Sukan SEA Korat 2007 dan pernah mencatat kejayaan terbaik sebagai johan Kejuaraan Optimist Asia 2000 kategori wanita yang diadakan di Singapura.

Di kejohanan tersebut, dia juga muncul sebagai pemenang ketiga keseluruhan (lelaki dan wanita) dan menduduki tempat kedua bagi acara berpasukan.

Berdasarkan pencapaian baiknya itu, Pengarah Teknikal Piala Monsun, Datuk Peter Gilmour telah mencadangkan agar bakat yang dimiliki oleh Nurul Ain diberi perhatian oleh KBS.

Mengulas lanjut mengenai bantuan yang akan diberikan kepada Nurul Ain, Ahmad Shabery berkata, KBS terlebih dahulu akan mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar mengenai perkara tersebut.

Jelasnya, selepas mendapat khidmat pakar, KBS akan merancang pelan khusus untuk atlet layar negara itu.

Tegas Ahmad Shabery, ia merupakan satu tanggungjawab KBS untuk membantu atlet berbakat besar memajukan diri mereka.

Sementara itu, Nurul Ain berkata, dia berharap untuk mendapat latihan di luar negara bagi memantapkan lagi kemahiran yang dimiliki.

"Berlatih bersama pelayar luar negara yang lebih berpengalaman dapat membantu saya meningkatkan kemahiran dan membiasakan diri dengan keadaan laut di negara luar," katanya.

Dalam pada itu laporan Bernama menyebut, hajat Nurul Ain Md Isa untuk bertanding di London 2012 mungkin tidak kesampaian jika beliau tidak mendapat tajaan bagi meneruskan usahanya mengumpul mata.

"Dengan kemahiran dan kebolehan yang sedia ada, saya bercita-cita untuk menyumbang sesuatu dengan cara mewakili negara ke Sukan Olimpik dan ia merupakan impian saya sejak dari dahulu lagi.

"Jika ingin layak ke Olimpik saya perlu mengumpul mata kelayakan dengan mengikuti kejohanan yang telah disenaraikan oleh Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) dan ia melibatkan kos yang tinggi," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2009 01:20 PM | Show all posts
02 Julai, 2009

University Of Bath Di London Jadi PLPT Malaysia Di Eropah

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Malaysia akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan University of Bath di Britain, Oktober ini bagi membolehkan atlet negara ke Sukan Olimpik di London pada 2012 menjalani latihan di situ.

Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abd Aziz berkata MoU itu juga akan membolehkan universiti tersebut dijadikan sebagai Pusat Latihan Berprestasi Tinggi (PLPT) bagi Malaysia di benua Eropah.

"Selepas MoU itu ditandatangani pada Oktober, Malaysia boleh mula menghantar atlet ke universiti tersebut terutama bagi tiga acara sukan yang menjadi sasaran negara untuk meraih pingat emas pertama di Olimpik iaitu badminton, memanah dan berbasikal," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pemilihan University of Bath sebagai PLPT mendapat sokongan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan ketika ini, Malaysia masih mengkaji kebaikan daripada MOU yang akan ditandatangani itu.

Dr Ramlan pada Mac lepas berada di Britain bagi meninjau kemudahan di dua buah universiti iaitu University of Bath dan Loughborough University yang terkenal dengan aplikasi sains sukan, sebagai PLPT bagi Malaysia.

University of Bath terkenal dengan pusat latihan sains sukan terutama dalam bidang bio-mekanik sementara University of Loughborough menjadi tumpuan pakar-pakar kejurulatihan sains sukan.

Malaysia sebelum itu mahu mewujudkan sebuah PLPT di Britain dengan menukar Pusat Penyelidikan Tun Abdul Tazak (TARCC) di Brikendonbury, Britain, sebagai PLPT tetapi permohonan tersebut ditolak oleh Jawatankuasa Kawalan Pembangunan Majlis Tempatan East Herts pada November 2007.

Dr Ramlan berkata University of Bath bukan sahaja sebagai venue persiapan ke Sukan Olimpik London tetapi juga menjadi pangkalan hadapan bagi sebarang temasya dan kejohanan yang banyak berlangsung di sekitar Eropah.

"Contohnya Sukan Komanwel 2014 akan diadakan di Scotland. Begitu juga bagi kejohanan badminton Super Series yang banyak berlangsung di Eropah. Sirkit kejohanan berbasikal dan memanah juga banyak berlangsung di benua tersebut," katanya.

Mengenai Loughborough University, Dr Ramlan berkata ketika ini universiti tersebut mahu menumpukan kerjasama awal yang terjalin dengan negara China dan Jepun.

"Ketika ini, tiada rancangan untuk menandatangai sebarang MoU dengan Loughborough University berdasarkan komitmen universiti tersebut tetapi mungkin ada bentuk kerjasama berdasarkan projek tertentu," katanya.

Dr Ramlan berkata Malaysia juga akan terus menjalin kerjasama erat dengan dua buah universiti di Jerman, University of Leipzig dan The Johann Wolfgang Goethe University Frankfurt am Main (University of Frankfurt) yang turut terkenal dengan kemudahan sains sukan serta venue latihan bertaraf dunia.

Kerjasama dengan kedua-dua universiti di Jerman ini akan dipertingkat lagi, cuma kini berdasarkan keperluan tertentu, katanya.

Beliau berkata jika keperluan tersebut meningkat, Malaysia mungkin menandatangani MoU dengan kedua-dua buah universiti tersebut.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 07:14 AM | Show all posts
Malaysia sasar emas Olimpik 2012
Oleh ZABRY MOHAMAD




Muhyiddin Yassin (kanan) dan Ahmad Shabery Cheek pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA - Malaysia menetapkan sasaran pingat emas Sukan Olimpik pertama menerusi empat acara dalam temasya berprestij itu yang bakal berlangsung di London pada 2012, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, empat jenis sukan itu adalah badminton, memanah, berbasikal dan terjun akuatik yang disertai oleh 19 atlet negara.

Jelasnya, pemilihan untuk atlet-atlet terbabit akan dibuat berdasarkan pencapaian tertinggi yang pernah dicapai oleh mereka di peringkat antarabangsa.

"Hasrat kita adalah menang pingat emas pertama di Sukan Olimpik 2012 di London.

"Seramai 19 atlet dari empat jenis sukan akan dipilih untuk mencapai sasaran ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Bagi memastikan misi itu berjaya, Muhyiddin menjelaskan, beberapa program sedang diatur seperti mendedahkan para atlet terbabit dengan pertandingan di dalam dan luar negara selain memilih mereka yang berusia muda.

Selain itu, tambah beliau, program khusus juga akan diatur bagi menarik sokongan rakyat.
Mengenai mesyuarat berkenaan, beliau memberitahu, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Sekretariat Tetap Majlis Sukan Universiti ASEAN (AUSC) pertama yang akan berpejabat di Kuala Lumpur.

Menurutnya, penubuhan sekretariat tersebut akan menjadikan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan sebagai pusat kecemerlangan sukan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Pada mesyuarat itu juga, jelasnya, kerajaan meluluskan dasar pembangunan sukan di IPT bertujuan melahirkan atlet yang berpendidikan tinggi.

Timbalan Perdana Menteri menambah, kerajaan menetapkan sasaran sebanyak 30 peratus atlet negara merupakan lulusan universiti pada masa depan.

"Ada tujuh teras utama dalam dasar ini bagi melahirkan atlet yang seimbang dalam bidang sukan dan akademik," katanya.
Beliau memberitahu, dasar sukan negara juga akan dikaji semula bagi memberi tumpuan kepada proses pembudayaan sukan di samping mengukuhkan integrasi nasional melalui sukan.

Jelas beliau, kertas kerja mengenainya akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 12:18 AM | Show all posts
Pusat latihan atlit Olimpik dikenalpasti
+ berita harian

SEBUAH pusat latihan untuk atlit Olimpik Malaysia sudah dikenalpasti sebagai satu langkah persediaan ke arah cabaran Sukan Olimpik 2012 di London.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang melawat Kampung Latihan Sukan Bath di perkarangan Universiti Bath di London, semalam dalam pertimbangan untuk menandatangani memorandum persefahaman dengan universiti tersebut, awal tahun depan.

“Adalah penting bagi atlit kita memiliki pangkalan untuk membiasakan diri dengan cuaca dan persekitaran serta dapat berlatih sebelum acara sebenar,” katanya sambil menerangkan bahawa negara seperti negara Cina dan Jepun sudah pun mempunyai markas latihan sukan masing-masing.

Apapun, Shabery menambah pusat latihan sukan canggih ini yang memiliki Jabatan Sains Sukan dan kemudahan untuk badminton dan sukan memanah tidak mempunyai kemudahan bagi acara terjun dan velodrom untuk pelumba basikal - dua sukan yang bakal disertai Malaysia di Sukan Olimpik.

Dia turut berkata hubungan kerja yang baik dengan universiti ini yang mempunyai kira-kira 100 pelajar Malaysia bererti tempat ini boleh menjadi pangkalan untuk atlit Malaysia yang menyertai acara sukan utama seperti kejohanan badminton Seluruh England.

Difahamkan, Universiti Loughborough mempunyai kemudahan sama tetapi mereka sudah pun menandatangani MOU dengan Cina dan Jepun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 08:30 AM | Show all posts
stadium di London mcm cantik jer ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 12:13 PM | Show all posts
agak2 kalo g london next year sume mahal ta?paln na g lepas olimpik..tapi mse tu paralimpik plak adehhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2012 09:02 PM | Show all posts
Pandelela makes superb comeback to clinch medal in the world series
By LIM TEIK HUAT                                                                                                                                                                        
                                                  
PETALING JAYA: Malaysian sensation Pandelela Rinong made a superb comeback to grab bronze in the women’s 10m platform final at the opening leg of the FINA Diving World Series in Dubai.
  
Pandelela did not impress in the preliminary rounds and just made it to the top six final as the lowest scoring diver with 304.80 points. But the 19-year-old Sarawakian showed her class in the final and produced two good early dives to go into medal contention.
  
Pandelela did not execute the first of the three optional dives well and dropped to fourth but she was back in the running after the next attempt. Pandelela, who dived first, finished off with a 75.20 on the fifth and final dive and the bronze was her’s after Tonia Couch of Britain failed in her bid to overtake the Malaysian’s final tally of 369.75 points.
  
Tonia managed 347.25 points while Mexico’s Paola Espinosa, the world champion in 2009, came close to challenging the Chinese domination but had to settle for silver with 392.10 points. Reigning world and Olympic champion Chen Ruolin of China made no mistakes in the final dive to narrowly clinch the gold with 395.70 points.
   
The women’s 10m platform contest not just saw the competition for medals going down to the wire but also witnessed Hu Yadan, the silver medallist at the world championships in Shanghai last year, failing to secure a podium finish. Hu Yadan, who had faded to sixth place after missing her second dive, failed to recover from the setback. The world series, comprising four legs, gathers the top eight-ranked divers for the individual event and top six pairs for the synchro disciplines based on the world rankings.

It was the second time that Pandelela secured a medal as she took a silver in the first leg of last year’s series in Moscow.
Pandelela, who just celebrated her birthday on March 2, was pleased to make her presence felt on the world stage again.
“I did not do well in the armstand routine. If I had pulled it off well, that would have been a big difference and perhaps could have landed the gold or silver.
  
“I’m happy anyway with what I got. It gives me confidence for the Olympics,” said Pandelela, who finished fifth in the world meet last year. At press time, she was down to partner Leong Mun Yee in the 10m platform synchro competition .

sumber : http://thestar.com.my/sports/sto ... sports/10940783&;sec=sports

harap ada medal from diving, olimpik nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 09:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by mr_base at 18-3-2012 21:12

Goodbye to London dream
By S. RAMAGURU                                                                                                                                                                        
                                                  
PETALING JAYA: Malaysia kissed their Olympic dream goodbye as they could only manage a 1-1 draw with Ireland in their last Olympic qualifier group match at the UCD Stadium in Dublin yesterday.
  
Ireland will meet South Korea in the final today after the latter thrashed Russia 5-1. The Malaysians needed a win against the Irish to make the final and had a golden opportunity when they took the lead in the 40th minute through Nabil Fiqri.

The detemined hosts, however, drew level in the 60th minute via John Jerymn.

  
Suspenseful moment: Malaysia goalkeeper S. Kumar saving a penalty corner attempt from Ireland during their Olympic qualifier in Dublin yesterday.
   
Malaysia did not earn a single penalty corner in the match compared to the Irish who won six – the last leading to Jerymn’s equaliser. They also did not have enough attacking options and were left defending for much of the match against an Irish onslaught. For the third match running, Malaysia coach Tai Beng Hai stuck to the same starting line-up, leaving out Roslan Jamaluddin and Mohamed Izzat Rahim and opting for S. Kumar in goal.

sumber : http://thestar.com.my/sports/story.asp?file=/2012/3/18/sports/10941799&sec=sports
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.055767 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list