|
pendidikan bermula dari dlm rumah,supaya tak menyusahkan yg lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #40 green7's post
mak bapak saper tu ekk??? |
|
|
|
|
|
|
|
penah dgr x org ckp lebih baik anak2 kecik bising kt dlm masjid/surau dr dorg terkinja2 terkejar2 kt tepi jalan,kt bwh mlm2~ tp agak2 la jgk kn,lau dh nakal sgt tu kna sound jgk |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kambing_berseri at 1-9-2008 02:52 PM
Aku rasa terjadi di mana2. Di tempat aku pun. Jangankan depan masjid, dalam masjid pun sama, jadi playground.
Lagi satu pasal campur-aduk saf kanak-kanak dengan dewasa. AJK masjid kata boleh, ...
Pertamanya aku rasa tak baik nak campur adukkan soal POLITIK bila kita di rumah Allah.
Tak perlu nak menyindir Islam Hadhari ke..PAS ke..UMNO ke..
Kalau nak menegur, menegur secara berhemah...
Jgn nanti kita sebagai pihak yg menegur dikatakan lebih teruk pula perangainya drpd org yg kena tegur.
Ni nasihat ikhlas aku...dan aku tujukan terutamanya utk diri aku, dan rakan rakan seagama ku yg lain..
Keduanya, soal SAF kanak kanak dan orang dewasa..
Aku tak pasti dlm kes kau ni 'kanak-kanak' yg dimaksudkan itu ialah kanak2 yg dah besar atau anak2 kecil(3, 4, 5 tahun..)
Aku ada terlihat di satu masjid ni siap ada signboard besar diletakkan 'KANAK KANAK SAF DIBELAKANG(ada anak panah)..
Dan kanak2 yg dlm umur 8-9 tahun bila nak solat satu saf dgn org dewasa pun di tegur supaya ke belakang bercampur dgn saf yg ada anak2 kecil umur 3, 4 5 tahun (yg pastinya lebih byk bemain main).
AKu tak pandai nak mengulas, tapi aku nak selitkan sedikit cerita dan ilmu ini semoga kita semua mendapat manfaat, diambil dari satu laman blog: http://klinikummi.blogspot.com
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Tibalah jua akhirnya saat yang dinanti-nanti, bulan yang ditunggu-tunggu - bulan penuh keberkatan! Malam ini adalah malam pertama kami akan berterawih di masjid…
Kata Abi, “Kalau nak dikira, lebih afdhal Ummi solat berjemaah bersama anak-anak (perempuan) di rumah aja. Lainlah Abi dan Angah. Muslimin, apa alasanpun, lebih afdhal solat kat masjid. Tapi Abi nak bawak jugak Ummi ngan anak-anak (perempuan) ni sebab nak kasi peluang Ummi ngan anak-anak dengar kuliah/tazkirah yang diselitkan di celah-celah solat terawih tu.”
Maka malam itu selepas maghrib, awal-awal lagi Ummi dan anak-anak bersiap. Sampai aja di masjid, terus Ummi, Amirah (9 tahun) dan Aisyah (6 tahun) solat tahiyyatulmasjid sementara menunggu masuk waktu Isyak. Hampir waktu Isyak, datang seorang makcik kepada kami. Terus diarahnya Ummi mengalih anak-anak ke saf belakang dengan katanya, “Budak kecik, alih ke belakang!”
Dengan suara kesal, Ummi menjawab, “Kenapa makcik? Setahu saya, ustaz cakap tak de masalah budak-budak kecik solat sama saf dengan kita. Apalagi budak-budak ni. Dah mumayyizpun, walaupun tak baligh lagi!”
Sambil menjeling ke arah Amirah dan Aisyah yang sememangnya berbadan kecil, ditanyanya pula pada Ummi; “Dah mumayyiz ni?”..sambil menjuihkan bibirnya pada anak-anak Ummi dengan suara yang agak tidak puas hati.
Maka menjawablah pula diriku dengan agak sinis (astaghfirullahal’azim);
“Yalah..lebih dari mumayyiz lagi dah..”
Terus makcik tu diam dan azanpun berkumandang…
Selesai azan, Ummi, Amirah & Aisyah terus bangun mengerjakan solat sunat qabliyyah Isyak. Bila tiba time nak solat Isyak, Ummi tengok makcik tu, yang berdiri di sebelah kiri Aisyah, menggelabah cari orang lain untuk mengambil saf di sebelahnya. Dalam hati ummi tertanya-tanya, agaknya makcik ni ingat tak sah solat kat sebelah budak kecik kot? Maka untuk mengubati keresahan hati beliau, terus Ummi berikan laluan kepada makcik tadi untuk mengambil tempat di sebelah kanan Ummi. Biar Ummi sahaja yang menyambung saf dengan anak-anak Ummi.
Namun rupanya kekesalan di hati Ummi tak berakhir di situ sahaja. Bila Ummi cuba rapatkan saf, masing-masing makmum cuba menjauhkan diri untuk mendapatkan keselesaan tempat. Astaghfirullahal’azim. Yang mampu dirapatkan, hanyalah anak-anak kecil yang berada di sebelah kiri Ummi. Begitu juga saf di hadapan dan di belakang Ummi..renggang serenggang-renggangnya! Nak ku isi lompang yang ada, tak termampu olehku lantaran terlalu banyak lompang yang berselerak.
Selesai solat Isyak, kulihat kedua-dua anakku yang masih kecil ini, terus bangun bersama-samaku mengerjakan solat sunat ba’diyyah tanpa disuruh. Sedangkan makcik-makcik yang lebih dari mumayyiz dan lebih dari baligh itu tidakpun turut serta. Ada pula yang mengambil kesempatan bersembang dengan jemaah di sebelah sementara menunggu bilal iqamat untuk solat sunat terawih…
Usai solat terawih, Angah (Anas) yang dah berumur 11 tahun juga turut merungut apabila dia dihalau dari saf hadapan supaya ke saf paling belakang dalam saf kanak-kanak. Tahu ajalah bila kanak-kanak dikumpulkan serentak, tak ke haru-biru jadinya. Lebih ramai yang bermain-main dari yang solat. Terfikir juga Ummi, inilah sebenarnya yang menjadi punca kebisingan tak terkawal sewaktu solat sedangkan kalau kanak-kanak tadi diletakkan bersebelahan dengan ibu atau bapa, sudah tentu tidak ada yang berani nak membuat bising atau mengharu-birukan suasana.
Dalam perjalanan pulang, termenung seketika diri ini mengingatkan sikap masyarakat kita terhadap anak-anak kecil yang mula diajar berjinak untuk mencintai masjid. Apalagi di sepanjang perjalanan, kulihat anak-anak muda merempit di sana-sini dengan pakaian yang tidak senonoh dan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda baru pulang dari masjid. Maka terdetik di hati ini..”Siapakah yang nak dipersalahkan kalaupun anak-anak muda zaman sekarang tidak lagi mencintai masjid? Sedangkan anak-anak kecil yang baru belajar dan baru nak diajar untuk mencintai masjidpun dihalau oleh diri-diri kita yang mengaku telah dewasa dan baligh!?”
Semoga Allah memberi kekuatan kepada diri ini dalam mendidik anak-anak, zuriat keturunanku agar menjadi insan yang bertaqwa…
Nota 1 :
Posisi kanak-kanak dalam saf solat berjemaah
Diriwayatkan dari Anas, ia berkata, “Aku solat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan ibuku (ummu Sulaim) di belakang kami." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 727)
Berkenaan dengan hadis ini, al-Imam ash-Shan’ani menyatakan, “Dan posisi makmum yang terdiri dari dua orang adalah di belakang imam, dan anak kecilpun turut diambil kira keberadaan tempat duduknya (bersama saf lelaki dewasa – pen.) dan dapat melengkapkan barisan saf. Dalam hadis disebutkan lafaz yatim, ini menunjukkan anak kecil, kerana tidak disebut sebagai yatim bagi yang telah baligh. (Rujuk: Subulus Salam, jil. 1, m/s. 652)
Menurut Sheikh al-Albani: Tidak mengapa anak-anak berdiri di saf kaum lelaki dewasa, jika saf tersebut masih ada ruang. Dan solatnya kanak-kanak lelaki yatim bersama Anas di belakang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah hujjah dalam masalah ini (saf kanak-kanak adalah bersama saf lelaki dewasa). (Rujuk: Tamamul Minnah, m/s. 311)
Nota 2:
Berdiri di dalam saf bukan hanya sekadar berbaris lurus, tetapi juga dengan merapatkan kaki dan bahu antara satu dengan yang lainnya seperti yang dilakukan oleh para sahabat. Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Rapatkanlah saf, dekatkan (jarak) antara saf-saf itu dan ratakan bahu-bahu.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasai, disahihkan oleh Ibnu Hibban)
Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, no. 666. an-Nasa’i, 2/93. Ahmad, 2/97) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 zamnie's post
apa aku nak reply agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by RedDevils at 12-9-2008 09:30 PM
Pertamanya aku rasa tak baik nak campur adukkan soal POLITIK bila kita di rumah Allah.
Tak perlu nak menyindir Islam Hadhari ke..PAS ke..UMNO ke..
Kalau nak menegur, menegur secara berhem ...
bagus artikel niee..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|