View: 3081|Reply: 3
|
Solat sambil pegang Quran
[Copy link]
|
|
Salam.
Nak tanya la, apa hukumnya kalau masa solat kita pegang dan baca Quran? Selalu nampak waktu solat terawih, waktu imam baca surah2, makmum pun ikut baca dari Quran jugak.
I mean, kalau kita pegang, tutup dan letak Quran masa nak ruku' dan sujud, bukan dah ada lebih drpd 3 pergerakan yang boleh membatalkan solat ke?
Siapa2 yang maklum tentang ni, tolong bagitau ye.
Thanks.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
minta tlg org2 Alim jawab. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by miss_perfect at 3-9-2008 01:13 PM
Salam.
Nak tanya la, apa hukumnya kalau masa solat kita pegang dan baca Quran? Selalu nampak waktu solat terawih, waktu imam baca surah2, makmum pun ikut baca dari Quran jugak.
I mean, kala ...
Bagi makmum dalam solat tarawih berjemaah, tidak ada keperluan untuk memegang mushaf. Lebih-lebih lagi perbuatan memegang mushaf menyebabkan terabai beberapa sunnah seperti meletakkan dua tangan di atas dada, menyebabkan pergerakan anggota ketika membelek mushaf dan lain-lain. Maka, lebih utama ialah mendengar bacaan imam. (Fatawa Islamiyyah 4/8).
- Bagi imam atau orang yang bersolat bersendirian yang tidak menghafal quran, maka tidak mengapa membaca quran menggunakan mushaf.
- Aisyah pernah bersolat berimamkan hambanya Zakwan dan beliau membacanya pada mushaf. Disebut oleh Bukhari secara ta'liq (tanpa dibawakan sanad). Ibn Hajar dalam Taghliq Al-Taaliq membawakan sanad bagi atsar ini yang menyebut ia berlaku pada bulan Ramadhan.
- Ketika rukuk dan sujud, jika mushaf bersaiz kecil, boleh diletakkan dalam saku pakaian. Ia tidak dianggap merendah2kan quran.
-Secara umum, setiap muslim wajib menghormati mushaf al-Quran dan menghindari melakukan sesuatu yang dianggap menghina dan merendah2kan mushaf. Kerana firman Allah Taala:
في صحف مكرمة مرفوعة مطهرة بأيدي سفرة
ertinya: Di dalam kitab-kitab yang dimuliakan. Yang ditinggikan lagi disucikan. Di tangan para malaikat. (Abasa: 13-15).
-Namun, tiada dalil yang menghadkan bahawa meletakkan mushaf dibawah aras pusat adalah dilarang. Malahan, ada fatwa mengharuskan meletakkan mushaf di dalam poket tepi jubah yang setentang dengan peha, cuma ketika duduk, jangan sampai mushaf berada di bawah punggungnya, dan mesti berada di sebelah atas pehanya.
- Jika mushaf bersaiz besar, boleh menyediakan sebuah rehal (alas meletakkan mushaf) di sebelah kita dan apabila rukuk dan sujud boleh diletakkan di atasnya.
Wallahu A'lam.
[ Last edited by kupia at 15-9-2008 02:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Jangankan pegang quran... kelek anak pun boleh semasa sembahyang... |
|
|
|
|
|
|
| |
|