CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5652|Reply: 5

Cara-cara membaca surah Yassin dengan betul semasa mengadap orang nazak

[Copy link]
Post time 6-9-2008 05:49 AM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum,

Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.

Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,
dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum
datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i.
Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii.
Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii
. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v . Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

vi
. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.

Amiin.

Panjang2kanlah email ini pada rakan2 dan sanak saudara utk kebaikan kita bersama (bukan dapat rezeki dlm 12jam tau).

Wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2008 08:19 AM | Show all posts


waalaikumsalam wbt..terima kasih atas info di atas

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2008 10:24 AM | Show all posts

Reply #1 ayiem's post

waalaikumussalam..

maklumat yang amat berguna..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 09:12 PM | Show all posts
assalamualaikum...

saya ada masalah harap ada yg sudi membantu,pada waktu ini ayah angkat saya sedang nazak di hospital HUKM kerana menghidap kanser usus.saya sebagai anak angkat ingin tahu cara yg betul menghadapi keadaan bergini,kerana ayah angkat saya tidak mempunyai anak kandung,hanya ada 2 org anak angkat perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 03:18 PM | Show all posts
apakah makna "yassin"?? ada org yg boleh terjemahkan terperinci apakah maksudnya & siapakah dia?? dlm terjemahan al quran pon x maknanya...hanya sebutan saja.

TQ.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 08:47 PM | Show all posts
assalamualaikum...

saya ada masalah harap ada yg sudi membantu,pada waktu ini ayah angkat saya se ...
oyangz Post at 22-3-2010 21:12



    Waalaikumussalam...

Teruskan dengan bacaan Yasin... Allah Maha Mendengar ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:23 PM GMT+8 , Processed in 1.574185 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list