CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2648|Reply: 3

oj simpson bersalah merampok dan menculik!!

[Copy link]
Post time 5-10-2008 03:21 AM | Show all posts |Read mode
Rompak: Legenda bola sepak AS bersalah

LAS VEGAS 4 Okt. - Legenda bola sepak Amerika Syarikat (AS), O.J. Simpson didapati bersalah atas tuduhan merompak dan menculik semalam, genap 13 tahun selepas dia dibebaskan daripada tuduhan membunuh bekas isterinya dan teman lelaki wanita itu.

Selepas perbicaraan selama tiga minggu di Mahkamah Daerah Clark di sini, sebuah juri Las Vegas bersidang lebih 13 jam semalam untuk menimbangkan tuduhan ke atas Simpson dan seorang rakan berpunca daripada satu insiden di kasino Palace Station pada September tahun lepas.

Simpson, 61, tidak menunjukkan sebarang emosi semasa keputusan dibacakan yang mendapati dia dan rakannya, Clarence Stewart bersalah atas semua tuduhan, yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup ke atas kedua-duanya.

Sejurus selepas keputusan dibacakan, Hakim Jackie Glass menolak permohonan supaya Simpson dibebaskan dengan ikat jamin dan dia dibawa pergi dengan tangan bergari.

Hakim menetapkan 5 Disember ini sebagai tarikh menjatuhkan hukuman.

Simpson dituduh memecah masuk ke sebuah bilik hotel dengan sekumpulan konco bersenjata api dan merampas memorabilia sukan bernilai beribu-ribu dolar daripada dua peniaga.

Simpson yang tidak memberi keterangan semasa perbicaraan itu memberitahu wartawan selepas ditangkap bahawa dia cuma mendapatkan balik koleksi peribadi yang dicuri dari bilik simpanan trofinya.

- AFP


dulu masa trial dia 1994 kalu tak silap aku...  kaw2 patotnya dia bersalah.. tapi terlepas... tu ler kata worang... tak lari gunung dikejau... kalu dah memang penyangak.. tu   kena tangkap gak... akhirnyer...

dulu bukan main baguih  main football sumer.. tapi tu ler.. kengkadang dah jadi femes ni... teruih tak sedaq diri!!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2008 04:12 PM | Show all posts
dont forget murder....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 02:08 PM | Show all posts
(CNN) -- The jury that convicted O.J. Simpson of robbery and other charges relied mostly on audio and video evidence -- and very little on testimony from prosecution witnesses -- jury members said Sunday.


O.J. Simpson, convicted of robbery and kidnapping last week, could be sentenced to life in prison on December 5.

more photos
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 02:09 PM | Show all posts
CNN) -- Jury questionnaires released Saturday revealed five of the jurors in O.J. Simpson's Las Vegas, Nevada, robbery trial said they disagreed with the 1995 verdict where he was found not guilty of two murders.


Jury questionnaires released in O.J. Simpson's robbery trial reveal diverse work and life backgrounds.

more photos
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.562670 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list