View: 2724|Reply: 2
|
NEPAL Catastrophe : kapalterbang terhempas; 18 maut!!
[Copy link]
|
|
18 maut pesawat ringan terhempas di Nepal
KATHMANDU: Sebuah pesawat ringan terhempas ketika sedang melakukan pendaratan di wilayah pergunungan Nepal, awal pagi ini, mengorbankan 18 orang yang kebanyakannya pelancong Jerman.
“Pesawat Yeti Airlines terhempas di Lapangan Terbang Lukla ketika sedang mendarat," kata pegawai lapangan terbang, Mohan Adhikari.
Ketika kejadian, pesawat itu membawa 19 penumpang dengan 14 daripadanya pelancong asing, lima rakyat Nepal dengan seorang penumpang rakyat negara itu terselamat.
Pesawat berkenaan yang dari Kathmandu ke Lukla di timur Nepal, dilaporkan terbakar akibat merempuh landasan yang beralun, menurut seorang wartawan tempatan, Suraj Kunwar yang berada di tempat nahas. - AFP
dalam seminggu dua ni ajer.. dah berapa kapalterbang terhempas ke hulu ...terhempas ke hiliq nih..
[ Last edited by amazed at 27-1-2009 11:34 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Pesawat terhempas dekat Gunung Everest, 18 terkorban
08/10/2008
KATHMANDU 8 Okt. – Sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan pergunungan terpencil di timur laut Nepal hari ini mengorbankan 18 orang setakat ini.
Pesawat Twin Otter yang membawa 16 penumpang dan tiga anak kapal ini dilaporkan terhempas tidak jauh dari tempat ia sepatutnya mendarat di bandar Lukla, yang juga dikenali sebagai pintu masuk ke Gunung Everest.
“Antara mereka yang terbunuh ialah 12 warga Jerman dan dua warga asing lain.
“Hanya seorang anak kapal yang terselamat,’’ kata seorang pegawai kanan syarikat penerbangan Yeti Airlines, sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Menurut laporan daripada pegawai lapangan terbang tersebut, Mahesh Basnet, pesawat tersebut mungkin melanggar puncak salah sebuah gunung di situ ketika cuba mendarat.
Lapangan terbang di bandar Lukla dibina pada 1960-an oleh pendaki pertama ke puncak Everest, Sir Edmund Hillary bagi membantu memudahkan usaha pendaki menawan gunung tertinggi dunia itu. – Reuters
[ Last edited by amazed at 8-10-2008 11:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
pesawat yg sama ke? tapi kenapa laporan punca terhempas tu tak sama? |
|
|
|
|
|
|
| |
|