View: 7599|Reply: 3
|
khazanah alam, taman alam kuala selangor
[Copy link]
|
|
Simbiosis Kuala Selangor
Oleh HAMZAH ABDUL HAMID
Selain fungsi akademiknya, taman alam ini menjadi tapak survival kepelbagaian biologi yang sebahagian besarnya bergantung kepada keseimbangan ekosistem paya bakau.
KALAU bukan kerana pembangunan sebuah projek padang golf berjaya ‘dilumpuhkan’ suatu ketika dahulu, tentu sekali khazanah semula jadi di Taman Alam Kuala Selangor ini tidak dapat dinikmati dan dihayati oleh generasi semasa.
Diuruskan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) bersama kerajaan negeri sejak tahun 1987, ia wujud dalam tiga bentuk habitat khusus iaitu hutan sekunder, hutan bakau dan juga sistem tasik air payau buatan.
MAKLUMAT adalah kempen paling berkesan.
Terletak kira-kira 70 kilometer di pantai barat Semenanjung Malaysia dan di sepanjang Sungai Selangor, hamparan bumi seluas 800 ekar ini kini mengagumkan para pengunjung dan pelancong dengan sambutan daripada seluruh isi taman dan ‘penghuninya’.
| KERA turut menghuni habitat hutan bakau.
|
| TEMPAT persinggahan variasi unggas.
|
Apa yang dimaksudkan adalah kewujudan variasi spesies hidupan liar dan juga himpunan flora yang ada sebilangannya membentuk populasi eksklusif di habitat tersebut.
Kewujudan santuari hijau ini bukan sekadar menjadi sarang untuk pelbagai keluarga unggas termasuk persinggahan kelompok burung migrasi, ia juga menjadi zon perlindungan, pembiakan, pemakanan dan pembesaran bagi banyak jenis haiwan lain antaranya kera, ikan belacak, biawak air dan ketam.
| BELACAK lazim ditemui di paya bakau.
|
“Itu belum termasuk ‘pertemuan’ yang dianggap bertuah sekiranya terserempak dengan dengan spesies khusus seperti memerang, langur (silvered-leaf monkey), burung kelicap mayang kelapa, dan kupu-kupu harimau paya bakau,” ujar penyelia MNS, Ashok Kumar.
Petugas MNS seperti Ashok memang sudah bersedia dengan informasi lengkap bagi menjawab pertanyaan pengunjung sepanjang meredah laluan trek dan tanah berlumpur di tapak hutan itu.
PENGINAPAN calet dengan kemudahan asas turut disediakan untuk pengunjung.
Di sini, kesempatan bersama petugas MNS perlu digunakan sebaik-baiknya untuk bertanya tentang apa sahaja. Pasti ramai yang tertanya apakah sebenarnya yang dinamakan lenggadai, bintangor laut, baru-baru dan api-api Ludat?
Jika spesies darat, hidupan akuatik dan separa akuatik lain di tempat ini masih boleh ditemukan, apakah pula ancaman yang sangat ditakuti berlaku di kawasan hijau pesisiran pantai ini?
| SUNGGUH bertuah barang siapa yang terserempak dengan burung kelicap mayang kelapa ini.
|
Jawapannya jelas terpampang di depan mata, iaitu kelangsungan hubungan simbiosis yang sejak ribuan tahun lalu tercipta dalam ekosistem hutan bakau.
“Bakau yang mati akibat faktor alam atau pencerobohan manusia adalah satu kerugian. Ramai tidak sedar, selain menjadi agen penampan ombak besar dan monsun, bakau juga mampu menjadi pelaras berkesan terhadap perubahan iklim dunia. Ia mampu menyerap gas karbon monoksida dalam kuantiti besar,” terang Ashok.
| KEUNIKAN yang boleh ditemui dalam hutan
sekunder di Taman Alam Kuala Selangor.
|
Ia juga merupakan penyaring semula jadi bagi menentu ukur tahap kualiti air khususnya di muara. Kawalan bahan mendapan dan air yang bersih secara tidak langsung menggalak pembenihan dan pembiakan ikan, udang dan ketam.
Hakikatnya, bakau berjasa kepada golongan pelaut yang meraih sumber rezeki. Jika dinilai dalam skala lebih besar, bakau sangat menyumbang kepada industri perikanan negara. Begitulah kitarannya.
“ Pengunjung sering teruja apabila diterangkan mengenai ekosistem berharga ini. Para pelajar khususnya, seronok apabila berpeluang menanam benih bakau dan bermain lumpur,” katanya.
| KEDATANGAN pengunjung taman turut disambut burung hantu tawny-browed.
|
Walau apa pun pendekatan yang dilakukan untuk menyampaikan mesej mengenai kepentingan bakau, usaha pemuliharaannya juga bermakna memberi harapan kepada penemuan lebih banyak spesies baru.
Kedatangan kita dengan semangat ingin tahu dan azam memelihara warisan alam tentunya dinanti-nanti keluarga besar di Taman Alam Kuala Selangor ini!
aku penah pi kuala selangor ni tapi aku pi bukit malawati.. tak penah lak pi taman alam... wowzieeeeee kalau camni ghoper dier..... mmg aku nak pi visit nih!!! :victory: best dapat tengok spesis2 ni.. cantek betuiii!! |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh nanti balik malaya nak lepak kat sana lah |
|
|
|
|
|
|
|
tempat nie mmg best.. masa mula2 buat dulu (tasik buatan tu) slalu jogging ngan family.. ada certain2 month, bermacam jenis burung (yg berhijrah) dari seluruh dunia stop by kat situ. port kat situ beberapa minggu..
time tu masih x terbuka kat public sbb still under ecological control.. rindu kawasan paya kat situ.. kalau pergi x bawak camera nanti nyesal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 mziskandar's post
dari dlu nak p, tp xde kwn yg minat bab ni....
tiba2 minat nak skodeng burung bila tgk bangau2 bertenggek2 kat area tasek shah alam ni...
tgk dia terbang dlm bentuk V....cun beb...
bulan apa mmg byk burung lepak situ??
yg nak tgk kelip2 tu kna bayo bape ek? |
|
|
|
|
|
|
| |
|