CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Syd

Haiwan pupus kerana.....

[Copy link]
 Author| Post time 23-11-2009 10:26 AM | Show all posts
Tanduk badak sumbu atasi nilai emas


GAMBAR fail badak sumbu dirakam di Afrika Selatan.

JOHANNESBURG - Nilai tanduk badak sumbu kini melebihi emas buat kali pertama dalam tempoh sedekad berikutan permintaan di Asia Selatan meningkat secara mendadak, lapor sebuah akhbar semalam.

Harga sekilogram tanduk badak sumbu kini mencecah £36,300 sekilogram (RM203,788) manakala harga emas tulen untuk berat yang sama hanya £24,600 (RM138,104).

Secara purata, berat sebatang tanduk badak sumbu ialah tujuh kilogram.

Pada 2007, sebanyak 13 badak sumbu dibunuh di Afrika Selatan namun tahun ini jumlah tersebut meningkat kepada 84 ekor.

Tanduk badak sumbu yang dijadikan serbuk mendapat permintaan tinggi setelah seorang menteri Vietnam mendakwa ia dapat membantu menyembuhkan penyakit kanser yang dialaminya. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2009 11:14 AM | Show all posts
Perhilitan gagalkan percubaan seludup 119 burung kelicap kunyit


SEBAHAGIAN burung kelicap kunyit yang dirampas di sebuah rumah di Puchong oleh Jabatan Perhilitan Selangor kelmarin.

SHAH ALAM 3 Dis. - Sebanyak 119 ekor burung kelicap kunyit bernilai RM5,950 yang dipercayai cuba diseludup ke Singapura, dirampas dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan 'zoo mini' di Kilometer 22.4, Kampung Baru Puchong dekat sini semalam.

Turut ditahan dalam serbuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor kira-kira pukul 1.30 petang itu, seorang lelaki berusia 46 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut.

Pengarah Perhilitan Selangor, Rahmat Topani berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang awam yang tidak tahan dengan bunyi bising burung-burung tersebut yang disusun dalam sangkar dan ditempatkan di ruang tamu rumah berkenaan seperti zoo mini.

Beliau berkata, hasil siasatan, lelaki memiliki haiwan berkenaan secara haram dan menjalankan kegiatan menyeludup spesies yang dilindungi itu ke Singapura sejak tiga tahun lalu.

"Habitat sebenar burung kelicap kunyit ini ialah di kawasan hutan tepi pantai dan biasanya boleh dilihat di Melaka, Sabak Bernam dan Perak.

"Lelaki itu dipercayai menangkap burung tersebut dan memilikinya secara haram dengan tujuan menyeludup dan menjualnya ke Singapura kerana boleh dijual dengan harga yang lumayan iaitu 100 dolar Singapura (RM245) seekor," kata beliau kepada pemberita di pejabat Perhilitan Selangor di sini hari ini.

Tambah beliau, semasa serbuan, pihaknya turut merampas seekor babi hutan yang dipercayai dipelihara lelaki itu secara haram.

Kata beliau, lelaki itu akan didakwa di bawah Seksyen 68 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76) dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya lagi, babi hutan dan kelicap kunyit yang dirampas akan dilepaskan semula ke kawasan habitatnya agar tidak pupus.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 05:05 PM | Show all posts
beg palstik penyumbang kepupusan haiwan

sedar atau tidak pengunaan beg plastik juga merupakan penyumbang terbesar kepada kepupusan haiwan kini..terutama hidupan laut seperti penyu,paus,dugong dll.. sedia kta maklum beg plastik in mengambil masa beratus-ratus tahun untuk dilupuskan secara semula jadi.

kempen mengurangkan pengunaan beg plastik di malaysia kurang di titik beratkan oleh kerajaan malaysia , hanya di negeri pulau pinang sahaja kempen ''hari isnin tanpa plastik beg'' dijalankan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 03:09 PM | Show all posts
‘Zoo’ di kondominium

SHAH ALAM: Tindakan pantas anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyerbu sebuah kondominium di Desa Pandan di sini menyelamatkan tiga hidupan dilindungi daripada menjadi bahan koleksi atau makanan eksotik peminat haiwan berkenaan.

Ketika serbuan kira-kira jam 7 malam Jumaat lalu, empat anggota Perhilitan mendapati tiga haiwan terbabit iaitu beruang madu, kucing batu dan kongkang disimpan dalam unit kondominium berkenaan dipercayai sedang menunggu pembeli.

Beruang madu berkenaan ditempatkan di ruang tamu di rumah itu sebagai hiasan dengan dikurung dalam sangkar besi manakala Kucing Batu dan Kongkang dikurung dalam sangkar jenis sama sebelum disusun di balkoni.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhilitan Selangor Mohammad Khairi Ahmad berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga haiwan berkenaan dibeli daripada Orang Asli di Negeri Sembilan dan akan dijual dengan harga yang agak tinggi di pasaran gelap.



“Harga untuk seekor beruang madu boleh mencecah sehingga RM6,000 berikutan permintaan yang tinggi serta sukar didapati manakala harga kucing batu dan kongkang adalah RM5,000 seekor.

“Beruang madu mendapat sambutan berikutan menjadi kegilaan di kalangan peminat hidangan eksotik. Dalam kes ini, beruang berkenaan dipercayai masih kecil dan pihak pemburu dikatakan sanggup membunuh ibunya sebelum haiwan itu berjaya ditangkap,” katanya.

Dipercayai, haiwan berkenaan dipelihara dalam rumah itu sejak tiga bulan lalu, dan serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2013 09:19 PM | Show all posts

senarai haiwan comel yang hampir punah

SENARAI HAIWAN PALING COMEL YANG HAMPIR PUPUS!


HAIWAN COMEL YANG HAMPIR PUPUS DI SELURUH DUNIA | Pertambahan populasi manusia dan kadar penggunaan bahan semulajadi telah meningkatkan lagi kadar kepupusan haiwan-haiwan ini.

Berikut disenaraikan haiwan-haiwan comel yang hampir pupus di seluruh dunia.

1. Sand Cats




Sand cats (kucing pasir) merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang tinggal di padang pasir, terutamanya di kawasan padang pasir di Afrika Utara, Asia Barat dan Asia Tengah.

Sejak tahun 2002 kucing pasir ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasi yang mendadak.

2. Egyptian Tortoise




Egyptian Tortoise (kura-kura Mesir?) yang juga dikenali sebagai Kleinman's tortoise atau Leith's tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam yang kritikal.

Ianya dipercayai sudah pupus di Mesir, which is ironic, sebab namanya Egyptian Tortoise tapi tak boleh dijumpai di tempat bersempena dengan nama kura-kura ini.

Ribuan sudah dihantar ke Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan pembiakan dalam kurungan.

3. Sea Otter






Sea Otter ini hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu mereka.

Populasi haiwan ini di Barat Laut Pasifik berkurangan kepada kurang daripada 2000 ekor pada awal abad ke-20.

Berita baiknya, dengan penguatkuasaan undang-undang, populasi sea otter ini telah meningkat kepada 100,000 hingga 150,000 ekor.

4. Fennec Fox




Fennec Fox yang mendiami kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini masih lagi belum dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat mereka menerima ancaman dari aktiviti perlancongan dan pembangunan.

Telinganya yang besar membantu untuk memburu pada waktu malam dengan berfungsi untuk mendengar pergerakan mangsa di bawah tanah dan menyejukkan badan daripada haba padang pasir.

5. Mexican Axolotl




Mexican Axolotl ini merupakan salah satu spesis salamander dan tinggal di dalam air.

Haiwan ini dikatakan hampir pupus, dengan kurang daripada 1200 ekor yang tinggal di Mexico, satu-satunya habitat terakhir bagi pokemon ini yang masih terpelihara.

6. Pika




Pika yang merupakan mamalia kecil dari keluarga arnab ini mempunyai telinga yang besar dan tidak mempunyai ekor.

Menurut World Wildlife Foundation WWF), binatang ini terancam kerana ianya terdedah kepada kesan pemanasan global disebabkan Pika ini tinggal di habitat yang sejuk dan agak lembap di kawasan tanah tinggi.

Apabila pemanasan global semakin meningkat, habitat tersebut akan semakin berkurang dan bakal membawa kepupusan kepada salah satu spesis pokemon ini.

7. Mandarin Duck




Mandarin Duck yang mendiami Asia Timur ini sama seperti burung merak di mana hanya yang jantan mempunyai bulu-bulu yang colourful manakala si betina hanya berwarna plain.

Walaupun aktiviti pembangunan telah mengurangkan spesis itik ini namun ianya masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan di Asia Timur.

Menurut BBC, itik ini salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana rasanya yang sangat tidak sedap.

8. Slow Loris




Berasal dari Indonesia, Slow Loris dari spesis kokang diburu hingga hampir pupus kerana kononnya dagingnya yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit dan mempunyai nilai-nilai spiritual.

Kokang ini memang nampak sangat comel tapi seperti gadis-gadis comel yang mampu mematahkan hati para jejaka, Slow Loris ini merupakan satu-satunya keluarga beruk yang berbisa.

Ia menyimpan racun di dalam kantung pada bahagian siku dan menyerang mangsanya dengan cara yang sangat awesome iaitu dengan menyedut racun tersebut ke dalam mulut dan berkumur sebelum melancarkan serangan gigitan berbisa

9. Beluga Whale






Ikan paus Beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya dan berwarna putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat mengalami ancaman di habitatnya di Alaska.

Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang tinggal di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus terkecil ini.

10. Black Footed Ferret




Berasal daripada salah satu keluarga musang, Black Footed Ferret ini dianggap terancam oleh IUCN.

Malahan, binatang ini pernah diisytiharkan pupus pada tahun 1979, sebelum dua tahun kemudian sebilangan kecil telah dijumpai di Wyoming, Amerika Syarikat.

Usaha-usaha pemuliharaan yang giat dijalankan telah mendatangkan hasil dengan lebih kurang 1000 ekor berjaya dibiakkan, menjadikannya antara usaha pemuliharaan haiwan terancam paling berjaya di Amerika Syarikat.

11. Gray Gentle Lemur




Gray Gentle Lemur, salah satu spesis lemur ini merupakan salah satu spesis yang hanya boleh dijumpai di Madagascar.

Juga dipanggil bamboo lemur, pemakanan haiwan ini sama seperti namanya iaitu buluh.

12. Hawaiian Monk Seal




Spesis monk seal yang masih tinggal di dunia, anjing laut ini hanya tinggal kira-kira 1100 ekor di habitat liar.

Diburu sehingga berada dalam ambang kepupusan pada abad ke-19, haiwan ini kini disenaraikan sebagai spesis yang dilindungi.

13. Matschie's Tree Kangaroo




Spesis kangaroo pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di Australia, Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira 11,000 kaki.

Tidak seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di atas pokok dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan anggota badannya yang kuat.

Disebabkan habitatnya yang terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada dalam ambang kepupusan.

14. Iberian Lynx




Iberian Lynx yang berasal dari Sepanyol dan Portugal ini dikhabarkan bakal menjadi spesis kucing pertama bakal pupus sejak 2000 tahun yang lepas, yang kini menjadi kebimbangan WWF.

Apa yang lebih membimbangkan ialah disebabkan oleh pembangunan manusia dan kehilangan tempat tinggal, hanya terdapat kira-kira 38 ekor Iberian Lynx betina yang masih tinggal untuk membiak.

15. Giant Panda




Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar.

Walaupun pelbagai usaha giat dijalankan, namun panda ini tidak mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 04:03 PM | Show all posts

Tapir makin pupus

Masyarakat di Malaysia rata-ratanya tidak menyedari haiwan tapir atau dikenali sebagai 'gajah kerdil' kini semakin pupus di muka bumi.

Sehubungan itu, Zoo Negara mengambil inisiatif dengan meraikan Hari Tapir Sedunia yang disambut pada 27 April setiap tahun sebagai langkah untuk memupuk kesedaran kepada masyarakat mengenai haiwan unik itu.


Timbalan Pengarah Zoo Negara, Dr. Muhammad Danial Felix berkata, kesedaran untuk melindungi haiwan yang semakin pupus itu adalah penting bagi menjamin kesinambungan spesiesnya.


Menurutnya, terdapat empat spesies tapir di dunia dan 'Malayan Tapir' yang hanya dapat ditemui di Asia merupakan spesies terbesar di dunia.


"Bilangan tapir semakin merosot disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya ialah habitat asal dimusnahkan untuk tujuan pembangunan, sekali gus mengganggu proses pembiakan dan akhirnya menyumbang kepada kepupusan," katanya ketika ditemui di Zoo Negara, dekat sini hari ini.


          
PEMUSNAHAN habitat adalah antara faktor menyebabkan kepupusan tapir.


Muhammad Danial berkata, menerusi program yang diadakan sempena sambutan tersebut, pengunjung terutamanya golongan muda sedikit sebanyak dapat didedahkan dengan pelbagai maklumat menarik mengenai haiwan itu.


Katanya, sambutan yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini akan menganjurkan beberapa aktiviti seperti pameran tapir, sesi memberi makan, dan ceramah mengenai ekosistem haiwan tersebut.


"Kami di Zoo Negara memandang serius mengenai kebajikan haiwan terutamanya spesies yang hampir pupus.


"Usaha memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia melibatkan pelbagai cabaran seperti tahap pemikiran, keadaan persekitaran dan sebagainya," ujarnya.

Last edited by rosemary70 on 29-4-2013 04:05 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2013 04:48 PM | Show all posts
Dekat malaysia, sektor Pertanian dan penerokaan hutan punca utama...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 03:49 PM | Show all posts
sedih le.. banyak hewan langka yg pupus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.049945 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list